Chapter 41

82 8 0
                                    


Setelah ditenangkan oleh Lin Feilu akhirnya Lin Zhanyuan tidak menangis lagi, "adik, apakah ibu kita akan meninggal dunia?"

Lalu Lin Feilu meletakkan tangan Lin Zhanyuan diatas tangan Xiao Lan dan  berkata bahawa tangan orang yang sudah meninggal akan sejuk dan tidak hangat seperti orang yang masih hidup.

"Tangan ibu kita masih hangat", ucap Lin Zhanyuan dengan gembira.

"Ibu bukannya meninggal dunia, dia cuma tidur dan sebentar lagi akan bangun seperti biasa".

Setelah memastikan bahawa Xiao Lan hanya tertidur dan bukannya meninggal dunia maka Lin Zhanyuan mengajak Lin Feilu untuk beredar dari bilik ibu mereka dan pergi bermain di luar.

Lantas Lin Feilu mengangguk dan menyetujui saranan tersebut.

Semenjak Lin Zhanyuan memiliki arnab dan anak anjing pemberian Lin Ting, hidupnya lebih bahagia daripada dahulu namun dia terkejut apabila melihat Xiao Lan yang dipikul masuk kedalam istana Mingyue dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sehingga menyebabkannya menangis tanpa henti.

Setelah mengetahui bahawa ibunya berada dalam keadaan baik maka segala kesedihannya tadi segera dilupakan.

Tidak lama kemudian, Xiao Lan akhirnya tersedar dan Lin Feilu segera bergegas masuk semula kedalam bilik ibunya itu.

"Maafkan ibu kerana membuat Lu'er khuatir dengan keadaan ibu", ucap Xiao Lan dalam keadaan yang lemah.

Lin Feilu menyatakan bahawa ibunya tidak menyusahkan dia dan berharap agar Xiao Lan segera sembuh seperti sedia kala.

Semasa Xiao Lan ingin memegang wajahnya, Lin Feilu menegah kerana wajah ibunya itu baru sahaja disapu ubat.

"Tapi wajah ibu".

"Ibu tidak perlu merasa risau kerana ia hanyalah lebam biasa sahaja dan akan sembuh setelah memakan ubat mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor".

"Mei Fei ingin menjebak ibu tapi nampaknya perancangannya tidak berjalan dengan baik".

"Ya, dia ingin menjebak ibu, satu hari nanti saya pasti akan membalasnya!"

Sambil memegang tangan Lin Feilu, Lan Guiren berpesan agar anaknya itu untuk berhati hati.

Sambil tersenyum, Lin Feilu mengangguk menerima pesanan tersebut.

Disebabkan hal ini, Lin Feilu tidak meninggalkan istana Mingyue dengan alasan menjaga ibunya tapi sebenarnya adalah bertujuan untuk mengelakkan istana mereka dari menerima tetamu yang tidak diingini.

Iaitu tetamu yang datang berkunjung semata mata untuk memperli ibunya. Dengan adanya dia disitu, mereka yang berniat kurang baik tidak akan berani datang kerana tahu bahawa Puteri Kelima merupakan kesayangan Raja.

"Kenapa Xiaowu tidak datang pada hari ini?" soal Xi Guifei kepada pembantunya kerana tidak melihat kelibat Puteri Kelima.

"Ibu kandung Puteri Kelima iaitu Lan Guiren telah mengalami kemalangan sewaktu menikmati keindahan bunga di taman. Lan Guiren telah dikejar dan disengat oleh sekawanan lebah lalu dia melarikan diri dan akhirnya terjun kedalam tasik yang berdekatan. Semasa Lan Guiren diselamatkan, dia langsung tidak sedarkan diri".

"Dengan siapa Lan Guiren menikmati keindahan bunga?"

"Lan Guiren menikmati keindahan bunga tersebut adalah disebabkan menerima jemputan dari Mei Fei. Malah gundik lain juga turut diundang tapi yang menghairankan hanya Lan Guiren sahaja yang dikejar oleh kumpulan lebah itu", ujar pembantu Xi Guifei lagi dengan nada yang perlahan.

Semenjak memasuki istana, Xi Guifei langsung tidak terlibat dengan sebarang masalah yang berlaku didalam harem. Tapi jika ada sesiapa yang berani mengusiknya maka meraka pasti akan menyesal!

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now