Chapter 110 (Ekstra Chapter)

52 4 0
                                    


Song Xioalan ditabal menjadi Putera Mahkota secara rasmi ketika umurnya berusia lima tahun.

Karakternya lebih mengikuti Lin Feilu, dia membesar menjadi seorang yang periang, sukakan haiwan dan disayangi oleh semua orang. Malah dia juga merupakan seorang kanak kanak yang bijak kerana dapat membaca dengan baik semasa berumur dua tahun dan boleh menghafal kesemua buku klasik diusia tiga tahun. Kehebatannya sangat jauh berbeza dengan Lin Jingyuan sewaktu dia masih kanak kanak.

Semakin membesar, wajah Song Xiaolan menjadi semakin iras dengan wajah ayahnya sewaktu Song Jinglan masih lagi menjadi putera tawanan di Dalin. Membuatkan setiap kali Lin Feilu memandang wajah anaknya, serta merta dia mengingati kenangan masa kecil mereka.

Dengan kata lain, Song Xiaolan mengikuti karakter ibunya tapi memiliki wajah seiras ayahnya.

Boleh dikatakan seluruh rakyat kerajaan Song sangat menyukai Song Xiaolan, dia adalah kebanggaan mereka kerana mempunyai tahap pemikiran yang bijak.

Selain menyayangi ibunya, Song Xiaolan juga sangat menyukai Lin Zhanyuan. Semasa dia berumur tiga tahun, Lin Ting telah membawa Lin Zhanyuan ke istana kerajaan Song untuk berkunjung, dan itu merupakan pertemuan pertama mereka.

Sebagai seorang putera tunggal diraja, Song Xioalan tidak kekurangan rakan untuk bermain.

Ianya disebabkan Lin Feilu telah membuka sebuah pusat asuhan kanak  kanak di dalam istana yang dihadiri oleh anak para menteri kerajaan.

Disana kanak kanak tersebut akan dijaga oleh pembantu yang telah  dilatih secara profesional untuk mengajar sekaligus menjaga kanak kanak itu. Dengan kata lain, mereka semua telah diberikan pendedahan awal. Disebabkan hal itu, para menteri dan pejabat tinggi berusaha untuk menghantar anak masing masing kedalam pusat asuhan tersebut.

Pusat asuhan itu dikenali sebagai Taman Kanak Kanak Chuntian Huahua. Sebagai seorang putera kerajaan, Song Xiaolan merupakan figura yang sangat disanjungi dan ingin didekati.

Walaubagaimanapun, kanak kanak yang lainnya mengambil sikap berhati hati ketika berada dekat dengan Song Xiaolan kerana takut akan menyinggungnya.

Jadi walaupun dia mempunyai ramai kawan tapi mereka terpisah kerana status sosial masing masing. Perkara itu, membuatkan Song Xiaolan merasa tidak teruja untuk terus bergaul.

Sehinggalah dia mengenali Lin Zhanyuan, ayah saudara kecilnya!

Ayah saudaranya itu tidak memandang status yang dimilikinya. Mereka berdua bermain dengan riang malah Lin Zhanyuan bermain dengan lebih bersemangat daripada dirinya.

Lin Zhanyuan menyayanginya seperti ibu dan ayahnya mencintai dirinya. Oleh itu, dia sangat menyukai ayah saudaranya ini. Memandangkan Song Xiaolan seorang kanak kanak yang pintar maka setelah beberapa waktu bergaul dengan Lin Zhanyuan, dia menyedari ayah saudaranya itu mempunyai pemikiran yang lembam tidak seperti orang biasa.

Dia tidak berani bertanya kepada ibunya tentang keadaan ayah saudaranya kerana takut ibunya akan merasa sedih.

Menurut penerangan ayahnya, ayah saudaranya itu telah diracun oleh orang jahat semasa dia masih berada di dalam kandungan membuatkan dirinya tidak akan pernah menjadi dewasa untuk selama lamanya.

Betapa bahagianya jika dapat menjadi kanak kanak selamanya tanpa perlu menjadi orang dewasa!

Dua tahun selepasa dia ditabalkan menjadi Putera Mahkota, ibu dan ayahnya membawa Song Xiaolan berkunjung ke Qinshan pada musim luruh.

Itu adalah perjalanan panjang pertamanya keluar dari istana membuatkan dia merasa sangat teruja.

Qinshan sebuah tempat yang menyeronokkan kerana ia adalah tempat tinggal ayah saudara kesayangannya. Disana dia berkenalan dengan ramai kanak kanak sebayanya yang sudi bermain guli dengannya tanpa mempersoalkan masalah status mereka. Malah dia juga dapat berkunjung ke mini zoo milik ayah saudaranya itu yang mempunyai pelbagai jenis haiwan yang jinak.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now