Chapter 70

64 6 0
                                    


Lin Feilu mengarahkan Meng Fuji untuk masuk kedalam kediaman Lin Ting melalui pintu utama manakala dia akan melompat melepasi tembok.

Meng Fuji mengetuk pintu dengan kuat, "Siapa kamu?" soal penjaga pintu yang bertugas dengan kehairanan.

"Saya adalah doktor istana, saya mendengar bahawa Raja Qi mengalami kemalangan. Tolong bawa saya untuk bertemu dengannya!"

"Tapi Raja Qi hanya baik baik sahaja dan sekarang dia sedang berehat didalam biliknya".

Walaupun merasa keliru, penjaga itu tetap membawa Meng Fuji pergi ke ruangan Raja Qi.

Halaman yang menempatkan Lin Ting sangat sunyi kerana sebelum ini dia telah mengarahkan kesemua pembantu dan pengawal yang bertugas untuk mengundurkan diri disebabkan dia mahu berehat. Semasa Lin Feilu sampai kesana, Lin Ting telah mengunci pintu ruangannya dari dalam.

"Abang Lin Ting, awak ada didalam? tolong buka pintu, saya mahu masuk!"

Namun Lin Feilu tidak menerima sebarang balasan. Akibat merasa terdesak, Lin Feilu telah menendang pintu tersebut dengan sekuat hati membuatkan pintu itu terbuka secara paksa.

Sebaik sahaja pintu terbuka, Lin Feilu segera berlari mendapatkan abangnya yang sedang terbaring diatas katil dengan wajah yang sangat pucat. Ditangannya terdapat sebuah botol porselin yang mengandungi serbuk putih.

Tanpa membuang masa, Lin Feilu segera memeriksa denyut nadi Lin Ting yang masih berfungsi namun dalam keadaan yang lemah, begitu juga dengan detak jantungnya.

Seolah olah, bila bila masa sahaja ia akan berhenti membuatkan Lin Feilu menangis ketakutan.

"Meng Fuji, Meng Fuji, tolong abang saya!"

"Cepat ambil air panas dan air garam", ujar Meng Fuji yang baru sahaja tiba.

"Abang Lin Ting telah meminum racun, Meng Fuji cuba lihat, racun apa yang telah diambil olehnya. Tolong fikirkan cara untuk meneutralkan racun tersebut".

Meng Fuji segera mengambil botol racun yang dimaksudkan oleh Puteri Kelima, serta merta wajahnya bertukar menjadi kelat, "ini adalah Fenglicau iaitu racun kilatan angin!"

Serta merta dia memeriksa denyut nadi dan detak jantung Putera Sulung lalu cuba memberikannya ubat secara paksa.

Pada waktu ini, tugas memberikan ubat merupakan perkara yang sangat sukar dilakukan kerana Lin Ting berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Meng Fuji, adakah ubat yang awak berikan sekarang ini adalah penawarnya?"

"Tidak, ini adalah ubat muntah supaya Raja Qi dapat mengeluarkan kesemua racun yang telah diminumnya tadi".

Kemudian Meng Fuji memberikan rawatan akupuntur menggunakan jarum perak bertujuan untuk membantutkan pergerakan racun tersebut agar tidak terus menular ke organ dalaman yang lain.

Akibatnya Lin Ting telah muntah tanpa henti dan mengalami kekejangan otot. Walaubagaimanapun, dia masih berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

"Kenapa dengan abang Lin Ting?" soal Lin Feilu cemas.

Namun Meng Fuji tidak membalas soalan Puteri Kelima dan tetap fokus dengan pekerjaannya menyelamatkan Raja Qi yang sedang tenat.

Tubuh Lin Ting dipenuhi dengan jarum perak milik Meng Fuji. Setelah itu, dia mula menuliskan preskripsi ubat dan menyatakan kepada Puteri Kelima bahawa kini Raja Qi sudah melepasi masa kritikalnya.

"Kenapa abang Lin Ting masih belum sedarkan diri? bila dia akan terjaga kembali?"

Sambil menggelengkan kepala, Meng Fuji menjelaskan, "racun ini sangat berbahaya. Jika kita terlambat sedikit, mungkin Raja Qi sudah tiada kerana racun telah pun menular ke seluruh tubuhnya. Saya sendiri tidak dapat memastikan bila dia akan tersedar kembali!"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now