Chapter 109 (Ekstra Chapter)

53 5 0
                                    

Lin Feilu akhirnya mengandung pada tahun kelima pernikahan mereka.

Sebenarnya di awal perkhawinan, dia selalu berdoa kepada tuhan agar tidak dikurniakan anak terlalu cepat kerana ingin menikmati kehidupan berumah tangga terlebih dahulu.

Tidak disangka, doanya itu telah disambut baik oleh tuhan.

Memandangkan Song Jinglan tidak memilik wanita lain selain dirinya. Maka para menteri kerajaan Song selalu mengambil tahu akan perkembangan janin yang dikandung olehnya.

Semua orang menyedari, bakal Putera Mahkota mereka adalah anak berdarah campuran kerana ibunya merupakan puteri dari Dalin.

Dengan lahirnya seorang Putera Mahkota berdarah Dalin, semua orang mengharapkan agar hubungan diantara dua kerajaan akan berkekalan damai untuk selama lamanya.

Malah para menteri dan rakyat kerajaan Song dilihat lebih teruja mendengar perkhabaran itu daripada Song Jinglan sendiri.

Sebelum disahkan mengandung oleh doktor istana, Lin Feilu tidak mengalami sebarang petanda seperti rasa mual atau pun demam, dia melalui harinya seperti biasa. Namun  suatu hari, semasa terbangun pada waktu subuh, nalurinya kuat mengatakan bahawa dia telah pun mengandung.

Lalu Lin Feilu mengejutkan Song Jinglan yang sedang tertidur pulas disebelahnya dengan mengatakan bahawa, "Song Jinglan, saya rasa awak akan menjadi seorang ayah".

Lalu dengan cepat Song Jinglan mengarahkan Tiandong untuk memanggil doktor bagi memeriksa keadaan isterinya.

Setelah diperiksa dengan teliti, doktor istana akhirnya mengesahkan bahawa Permaisuri telah pun mengandung zuriat Raja yang telah lama dinantikan oleh seluruh penduduk kerajaan Song.

"Awak masih mengantuk?" tanya Song  Jinglan.

"Mmm".

"Kalau begitu, pergilah tidur".

"Song Jinglan, adakah awak bahagia dengan perkhabaran ini?"

"Saya merasa sangat bahagia!"

"Apakah nama yang akan kita berikan kepadanya nanti?"

"Awak mengharapkan dia bayi lelaki ataupun perempuan?"

"Saya menyukai bayi lelaki mahu pun perempuan, yang penting ia lahir dalam keadaan sihat".

"Jika lelaki kita namakan dia sebagai Song Xiaolan manakala jika perempuan namanya ialah Song Xiaolu", putus Song Jinglan.

"Baiklah, saya setuju dengan nama tersebut", balas Lin Feilu sambil tersenyum manis.

Berita kehamilan Permaisuri menjadi topik hangat diperkatakan diseluruh pelusuk kerajaan Song.

Lin Feilu menjaga kesihatannya dengan baik sepanjang tempoh ini. Malah dia mengaplikasi pengetahuan dari zaman moden iaitu sering melakukan gerakan yoga agar dapat memudahkan proses kelahiran bayinya nanti.

Hanya Songyu sahaja yang tenang apabila melihat Permaisuri melakukan latihan yoga. Para pembantu yang lainnya merasa takut kerana gerakan tersebut terlihat mengerikan.

Dengan perasaan tidak berdaya, mereka melaporkan perkara itu kepada Song Jinglan dan akhirnya Lin Feilu turut mengajak suaminya untuk melakukan gerakan yoga bersama sama agar dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan bayi mereka yang masih berada didalam perut.

Setelah Lin Feilu memberikan penerangan kepada doktor istana, doktor juga turut bersetuju dengan gerakan tersebut yang dapat memberikan faedah yang banyak kepada ibu yang akan melahirkan.

Tapi pada tahun itu, untuk pertama kalinya Lin Feilu tidak pergi ke Qinshan bagi menyambut tahun baru kerana dirinya yang sedang mengandung tidak boleh melakukan perjalanan yang panjang.

Kali ini, dia hanya mengutuskan surat dan memberikan pelbagai jenis hadiah tahun baru kepada mereka semua.

Sepanjang tempoh mengandung ini, Lin Feilu menghabiskan waktunya dengan menulis kembali beberapa novel yang bertemakan jianghu seperti The Legend of Condor Heroes dan beberapa siri popular lainnya.

Malah setelah menyiapkan novelnya, Lin Feilu menulis skrip pula untuk dijadikan sebagai pementasan drama berdasarkan cerita tersebut. Ianya berbeza dengan cerita opera yang lazimnya dipersembahkan pada zaman itu.

Semasa membuat novel dan menulis skripnya, Lin Feilu menggunakan nama sebenar penulis cerita tersebut yang berada dizaman moden iaitu Jin Yong. Dan dalam sekelip mata sahaja, nama Jin Yong mula mahsyur seantero kerajaan malah sehingga ke kerajaan lainnya.

Tapi lama kelamaan, entah dari mana semua orang mengetahui bahawa Jin Yong adalah nama samaran Permaisuri mereka.

Semakin perutnya membesar, Lin Feilu sudah tidak terlalu gila dalam sebarang bentuk penulisan sebaliknya dia mahu Song Jinglan memperdengarkan kepadanya alunan seruling atau pun guqin agar dia dapat tidur dengan lena.

Akhirnya Lin Feilu melahirkan seorang bayi lelaki yang comel pada awal musim luruh tanpa mengalami sebarang masalah.

Disebabkan hal ini, teknik yoga mula diperkenalkan kepada wanita hamil yang akan melahirkan bayi. Gerakan yoga bukan sahaja diguna pakai di kerajaan Song tapi sehingga ke Dalin.

Semasa pertama kali dilahirkan, anak Lin Feilu yang bernama Song Xiaolan kelihatan hodoh dimatanya kerana terlalu lembut dan berwajah terlalu merah.

"Song Jinglan, mengapa bayi saya kelihatan jelek?"

"Huh?"

Seperti memahami kata kata ibunya, Song Xiaolan menangis dengan kuat.

Setengah bulan kemudian, wajah Song Xiaolan akhirnya mula berubah menjadi seorang bayi yang comel.

"Songyu, dimana anak saya yang jelek? ini anak siapa, mengapa dia sangat comel?"

Tiga bulan kemudian, Song Xiaolan kelihatan semakin comel. Wajahnya putih bersih, matanya bulat dan hitam dengan bibir yang merah serta bentuk wajah yang bujur.

Sangat comel!!

Song Xioalan merupakan seorang bayi yang tidak cerewet tapi dia akan ketawa senang hati jika berada dekat dengan ibunya.

Sebenarnya, wajah Song Xioalan saling tidak tumpah dengan wajah ayahnya. Mereka sangat mirip!

"Song Xiaolan adalah anak yang paling comel didunia", ucap Lin Feilu dengan bangga dengan ketampanan anaknya sendiri.

"Adakah ayah juga kelihatan comel seperti saya?" soal Song Xiaolan suatu hari.

"Oleh kerana ayah sudah dewasa maka dia tidak boleh dipanggil comel tapi tampan.

Tapi Song Xiaolan ingin menjadi seperti ayahnya agar ia disukai oleh ibunya untuk selama lamanya. Dia ingin menjadi tampan dan bukannya comel.

Disebabkan ingin menjadi tampan, Song Xiaolan sudah tidak mahu berpenampilan seperti kanak kanak lagi. Dia mengikut setiap penampilan ayahnya. Mereka kelihatan seperti pasangan kembar beza usia.

"Xiao Song, mengapa dengan anak ibu ni?"

"Saya sedang belajar untuk menjadi seperti ayah!"

"Mengapa Xiao Song ingin menjadi seperti ayah?"

"Kerana saya mahu menjadi sebijak dan setampan ayah tapi menjadi dirinya sangat sukar dilakukan", ucapnya sambil menangis.


Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now