Chapter 80

80 11 3
                                    


Hari jadinya yang keempat belas akan segera tiba, iaitu pada bulan hadapan.

Semenjak Song Jinglan kembali semula ke kerajaannya, mereka berdua telah pun terputus hubungan. Kadang kala, Lin Feilu akan memikirkan keselamatan sahabatnya itu semasa berada disana.

Sebelum ini, setiap kali hari jadinya, Song Jinglan akan memberikan Lin Feilu pelbagai jenis hadiah yang menarik. Walaupun hadiah hadiah tersebut tidak mahal tapi Lin Feilu sangat menyukai dan menghargai kesemua pemberiannya.

Dia menyangka, untuk tahun ini, dia tidak akan menerima hadiah pemberian dari Song Jinglan lagi namun sangkaannya itu ternyata meleset, malah Lin Feilu menerima hadiah yang jauh lebih berharga daripada segala galanya. Siapa sahaja yang tidak menginginkan buku pedang Jimo ini?

Meskipun, Lin Feilu tidak dapat berlatih menggunakan teknik pedang tersebut tapi sekurang kurangnya dia akan menyimpan dan menjadikannya sebagai koleksi.

"Awak sudah mendapatkannya maka saya akan pergi sekarang!"

"Nanti..tunggu!"

"Kenapa?"

"Bagaimana dengan keadaannya?"

"Dia baik baik sahaja".

"Bolehkah saya mengirimkannya sepucuk surat".

"Huh?"

"Selama ini, saya merasa khuatir dengan keselamatan Song Jinglan, boleh tak pakcik Ji menolong saya menghantar surat kepadanya?" ucap Lin Feilu dengan penuh pengharapan.

"Baiklah..tulis dengan cepat!"

Seketika Lin Feilu tidak tahu harus menulis apa kepada pemuda itu  Setelah berfikir sejenak, dia memutuskan untuk menceritakan serba sedikit akan perjalanan yang sedang dilakukannya sekarang. Berkemungkinan besar, Song Jinglan tidak akan membalas surat tersebut. Walaubagaimanapun, Lin Feilu merasa tidak kisah asalkan hubungan diantara mereka berdua tidak terputus dengan begitu sahaja.

Kemudian dia mengeluarkan sebuah rama rama kecil yang diperbuat daripada buluh dan dikepitkan bersama surat tersebut. Rama rama itu dibelinya pada hari ini, ia adalah hadiah balasan untuk pemberian Song Jinglan.

"Pakcik Ji, tolong berikan kepadanya dan pastikan surat ini tidak hilang!"

Tanpa banyak bicara, Ji Liang mengambil surat tersebut dan segera berlalu pergi.

Selepas pertemuan itu, Lin Feilu tidak dapat melelapkan matanya lagi. Akibatnya pada keesokkan harinya, didalam perjalanan ke gunung Qin, ia tertidur sepanjang masa.

Gunung Qin sangat besar dan luas, Sekolah Seribu Pedang atau juga dikenali sebagai Sekte Qianbian terletak dipuncak gunung tersebut.

Dikaki gunung terdapat sebuah desa yang dipenuhi dengan deretan sawah dan pelbagai jenis tanaman. Kelihatan para petani sedang sibuk melakukan aktiviti pertanian mereka sehingga menjadikan panorama perkampungan yang indah dimata Lin Feilu.

"Adik seperguruan telah kembali", teriak salah seorang yang sedang mencangkul sambil melambai kearah kereta kuda mereka.

"Adakah pemuda tersebut merupakan abang seperguruan kak Yan Xin?", soal Lin Feilu ingin tahu.

"Ya, selain berlatih pedang. Adik beradik seperguruan saya akan diarahkan untuk turun gunung bagi membantu para petani bercucuk tanam".

Mungkin peraturan tersebut dilaksanakan kerana para petani akan menyumbangkan bahan mentah kepada Sekolah Seribu Pedang untuk penyediaan makanan.

Tidak lama kemudian, akhirnya kumpulan mereka tiba disekolah tersebut.

Kedatangan mereka telah diketahui oleh pihak pengurusan sekolah. Malah sekolah itu juga telah menyediakan dua buah bilik khas yang sangat selesa untuk Lin Ting dan Lin Feilu.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now