Chapter 8

113 10 0
                                    


Pada mulanya Lin Di menyangka buku yang disembunyikan oleh Lin Jingyuan bukanlah 'The Analect of Conficius' tetapi buku lain dan hanya menggunakn nama yang sama untuk mengelabui mata mereka sahaja namun ternyata dia silap.

Buku tersebut merupakan sebuah buku lama tapi yang menarik perhatian, didalam buku itu terdapat bunga begonia yang telah layu namum harumannya masih tetap ada.

"Untuk apa bunga mati ini diletakkan didalam buku?" soal Lin Di ingin tahu.

"Ia adalah bunga yang saya gunakan sebagai penanda buku untuk mengetahui sejauh mana saya telah membaca buku ini. Selain itu lagi, ia boleh mengelakkan saya daripada melipat helaian buku supaya dapat mengelakkannya daripada rosak", jawab Lin Jingyuan dengan penuh yakin.

"Ayah tidak menyangka bahawa kamu merupakan seorang yag suka membaca. Jadi, adakah Yuan'er faham dengan helaian yang ditandai dengan bunga ini?"

"Ya, tentu sekali".

"Kalau begitu, cuba kamu bacakan halaman ini tanpa perlu melihatnya. Ayah ingin menilai sendiri perkembangan pelajaran awak".

"Sebenarnya saya belum terlalu menghafal keseluruhan buku ini, saya bercadang untuk membaca kembali dan memahaminya semula dari awal", ucap Lin Jingyuan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Lin Di merasa puas hati dengan penjelasan anaknya yang dianggap telah berubah untuk menjadi yang lebih baik.

Gundik Xian berusia lebih tua daripada gundik gundik Raja yang lain, jika bukan kerana kelahiran Lin Jingyuan tentu dia sudah lama disisihkan dan menjadi salah seorang isteri yang terabai.

Namun yang menjadi masalah buat dirinya, Lin Jingyuan tidak suka belajar dan lebih memilih untuk bermain serta menghabiskan masa melakukan perkara yang tidak berfaedah. Mungkin pada ketika ini Raja akan menganggap tindakannya itu sebagai perkara yang normal dilakukan oleh kanak kanak dan comel tapi bagaimana jika dia beranjak dewasa kelak.

Pasti Raja akan merasa jengkel dan menganggapnya sebagai anak yang tidak berguna.

Sebaik sahaja Raja beredar dari istana mereka, Gundik Xian serta merta menyoal siasat Lin Jingyuan akan asal usul buku tersebut kerana dia yakin anaknya tidak akan serajin itu dengan membawa buku kemana sahaja dia pergi.

"Buku ini diberikan oleh adik Kelima, nampaknya adik Kelima merupakan bintang bertuah saya. Disebabkan dia, hari ini saya tidak dimarahi oleh ayah".

Serta merta Gundik Xian mengingati bahawa pada hari ini, anaknya memberikan hadiah yang banyak ke istana Mingyue dan mahu memberikan peringatan kepada Lan Giuren untuk tidak mengambil kesempatan keatas kebaikan Yuan'er, namun oleh kerana senang hati dia mengarahkan pembantunya untuk tidak memanggil ibu Lin Feilu menghadapnya seperti ia rancangkan sebelum ini.

Jadi pada keesokkan paginya, Gundik Xian mengarahkan pengikutnya untuk menjemput Lin Feilu bertemu dengannya di istana Changming.

Xiao Lan merasa takut lalu berniat untuk turut serta pergi kesana, dia bersedia memohon maaf kepada Gundik Xian bagi pihak anaknya sekiranya Lin Feilu telah melakukan kesalahan. Namun pembantu yang ditugaskan oleh Gundik Xian menolak  permintaannya untuk turut serta dan dengan tegas menyatakan hanya Puteri Kelima sahaja yang telah dijemput.

Oleh itu, Xiao Lan dalam delima, demi keselamatan anaknya dia sanggup memberikan pembantu itu gelang tangan jed yang sedang dipakainya ketika ini. Ianya bertujuan sebagai langkah berjaga jaga sekiranya Gundik Xian hilang kesabaran terhadap Lin Feilu, pembantu tersebut boleh membelanya dengan sepatah dua kata atau sekurang kurangnya datang semula ke istana Mingyue untuk memberitahu Xiao Lan.

Setelah menerima gelang tangan jed milik Xiao Lan, pembantu itu tersenyum lebar sambil menyatakan tiada apa yang akan berlaku kepada Puteri Kelima memandangkann dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Gundik Xian hanya ingin bertemu untuk berkenalan dengannya sahaja.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now