Chapter 21

101 9 0
                                    


Ji Liang merupakan sahabat kepada pakcik saudara Song Jinglan, dia juga adalah pemain pedang yang amat tersohor di tiga kerajaan yang wujud pada ketika ini.

Sewaktu Song Jinglan terpilih untuk menjadi putera tawanan di kerajaan Dalin, seluruh ahli keluarga Rong merasa risau sekiranya kekuasaan keluarga mereka akan hilang, hanya Rong Heng sahaja yang benar benar peduli akan keselamatan Song Jinglan pada waktu itu.

Oleh itu, Rong Heng merayu kepada Ji Liang untuk menjaga Song Jinglan bagi pihaknya.

Sebenarnya hubungan diantara Rong Heng dan Ji Liang bukanlah akrab sangat namun suatu masa dahulu Rong Heng pernah menyelamatkannya membuatkan Ji Liang merasa terhutang budi.

Dia mula melindungi Song Jinglan secara rahsia semenjak lima tahun yang lalu selepas keluar dari pergunungan tempat pertapaannya.

Jika bukan disebabkan menyelamatkan Song Jinglan setelah dia hampir mati lemas akibat jatuh di tasik, berkemungkinan besar Song Jinglan tidak akan tahu kewujudannya sama sekali.

Tapi semenjak daripada hari itu, Song Jinglan mula mempelajari ilmu bela diri daripadanya. Walaupun pada mulanya, Ji Liang langsung tidak berminat untuk mengambil anak murid namun melihat potensi yang ada pada Song Jinglan akhirnya dia menerima putera tawanan tersebut sebagai perintisnya.

Pada mulanya Song Jinglan memanggilnya sebagai 'pendekar Ji' kemudian menjadi 'Encik Ji' dan sekarang berubah kepada 'pakcik Ji' tapi semua panggilan itu tidak menjadi masalah buat Ji Liang.

Selama ini, seumur hidupnya hanya dihabiskan dengan memperdalamkan lagi ilmu bela diri miliknya menyebabkan dia tidak memiliki isteri dan anak, jadi panggilan yang diberikan Song Jinglan kepadanya membuatkan dia merasa agak gembira kerana seolah olah dia memiliki keluarga.

Sebelumnya, Song Jinglan akan meminta dia untuk mencuri dengar perbualan didalam istana dan hal itu bukanlah menjadi masalah buatnya tapi lama kelamaan perkara itu menjadi rutin biasa buat Ji Liang walau tanpa diminta oleh Song Jinglan.

Beberapa bulan kebelakangan ini, Ji Liang telah kembali ke pergunungan Cangsong untuk menperingati kematian mantan gurunya. Dia telah berpergian selama dua bulan dan sebaik sahaja kembali ke istana, serta merta Ji Liang ke istana Zhaoyang untuk mencuri dengar perbualan mereka.

Perbuatan mencuri dengar telah menjadi tabiat buruknya yang sukar untuk diubah.

"Encik Ji, awak dah balik?", Tiandong yang baru masuk kedalam ruangan itu terkejut melihat kemunculannya disitu.

Dua tahun pertama mereka berada di Dalin beberapa perkara yang berbahaya sering terjadi kepada puteranya membuatkan Tiandong merasa takut namun setelah mengetahui bahawa Encik Ji secara rahsia selalu membantu mereka akhirnya Tiandong dapat menarik nafas lega. Sebenarnya, dalam masa dua bulan ini, Tiandong selalu berdoa supaya Encik Ji segera balik semula ke Cuizhuju.

Ji Liang hanya menganggukkan sahaja kepalanya dengan wajah yang dingin.

Walaupun begitu, Tiandong mengetahui bahawa Ji Liang merupakan orang yang baik. Sambil menuangkan teh, Tiandong bertanya lagi, "Encik Ji, apa yang berlaku di istana Zhaoyang?"

Disebabkan Puteri Ketiga sering menyusahkan Song Jinglan maka istananya menjadi sasaran buat Ji Liang mencuri dengar perbualan mereka.

"Ianya tidak ada kena mengena dengan kamu!"

Apa pun yang akan dilakukan oleh istana Zhaoyang, jika ia tidak bersangkutan dengan kediaman mereka maka Ji Liang tidak akan mengambil sebarang tindakan.

"Ia berkaitan dengan istana Mingyue?", soal Song Jinglan perlahan.

Mendengar soalan itu, Ji Liang merasa sedikit terkejut namun segera mengiakannya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now