Chapter 68

61 8 0
                                    


Semasa kembali semula ke istana Mingyue, Lin Feilu melihat abangnya Lin Zhanyuan sedang duduk dihalaman istana itu sambil bermain dengan arnab dan anjing peliharaan mereka.

Walaupun Putera Keenam merupakan seorang anak yang istimewa tapi dia dapat mengetahui bahawa pada ketika ini adiknya sedang merasa sedih hanya dengan melihat raut wajahnya sahaja.

"Kenapa dengan Xiaowu?"

"Hari ini, saya merasa sangat sedih".

"Xiaowu jangan bersedih lagi, biar abang berguling supaya awak gembira semula".

Setelah itu, tanpa membuang masa Lin Zhanyuan segera berguling seperti bola. Lin Feilu yang tidak mahu menghampakan usaha abangnya itu segera ketawa sehingga mengeluarkan air mata.

Air mata itu bukanlah air mata kegembiraan tapi sebenarnya air mata kesedihan kerana perpisahan bersama Song Jinglan.

"Sekarang, apakah Xiaowu sudah merasa gembira?"

"Ya", lalu Lin Feilu memeluk tubuh Lin Zhanyuan dengan erat lalu mencium pipinya dengan lembut.

Ciuman dari Lin Feilu membuatkan Lin Zhanyuan tersipu malu tapi merasa bahagia.

Tidak lama kemudian, Xiao Lan memanggil kedua duanya untuk berehat kerana hari sudah gelap.

Sambil memandang cahaya bulan yang indah pada malam itu, Lin Feilu sekali lagi mengucapkan selamat tinggal kepada Song Jinglan!

Perjalanan untuk kembali semula ke kerajaan Song sangat jauh. Selain itu, pasti dia akan menempuhi segala macam dugaan dan cabaran yang jauh lebih berbahaya berbanding sewaktu berada di Dalin. Semoga Song Jinglan dapat menempuh segalanya dengan baik.

Malam itu, Lin Feilu mengalami kesukaran untuk tidur dan hanya terlelap ketika waktu subuh menjelang tiba.

"Tiada, tapi mengapa Puteri Kelima bertanya?"

Lin Feilu tidak menjawab pertanyaan Songyu, namun fikirannya sentiasa teringat akan aroma bunga iris yang terdapat di tubuh Song Jinglan semalam.

Hari ini adalah hari kedua Si Miaoran berada di istana dan mengikut adat Dalin, Si Miaoran akan memberikan salamnya kepada Maharani, Permaisuri dan dua gundik tertinggi iaitu Ruan Guifei dan juga Xi Guifei.

Lin Feilu segera berangkat menuju ke istana Timur untuk menemui kakak iparnya bagi menemani Si Miaoran, kerana walaubagaimanapun dia hanyalah seorang anak gadis yang baru berusia lima belas tahun.

Tapi semasa sampai disana, Si Mioaran sudah selesai memberikan salamnya. Pada waktu ini, Lin Qing tidak berada di istana Timur manakala Si Mioaran sedang khusyuk membaca buku.

Semenjak Lin Nianzhi berkhawin dan tinggal diluar istana, Lin Feilu telah kehilangan teman yang boleh diajak  bercerita mengenai perkara yang menjadi kesukaan anak anak gadis dan Si Miaoran adalah calon yang paling tepat buatnya untuk berbagi informasi. Tidak seperti Lin Wei dan juga Puteri Keempat Lin Zhuoyu yang membosankan itu.

Si Miaoran adalah tipikal anak bangsawan yang mahir dengan empat  kesenian iaitu bermain guqin dan catur serta hebat menulis kaligrafi juga melukis.

Walaubagaimanapun, dia tidak dapat menandingi Lin Feilu yang terdidik oleh Lin Di dan Lan Fei dalam permainan catur.

"Mioaran merasa rendah diri kerana Puteri Kelima sangat hebat bermain catur".

"Kakak ipar, biar saya bawa awak untuk berjalan jalan disekitar istana supaya awak lebih mengenali tempat ini".

Si Mioaran segera menyetujui saranan tersebut.

Lin Feilu membawa Si Miaoran menjelajah keseluruh kawasan hingga ke sebuah persimpangan yang mempunyai aroma bunga yang unik, lain daripada yang lain.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now