Chapter 6

135 8 0
                                    

"Abang Jingyuan".

Semenjak lahir tiada siapa yang pernah memanggilnya dengan panggilan tersebut. Bawahannya akan menggelarnya sebagai tuanku atau Putera Keempat, ibunya pula memanggil dengan nama manja iaitu Yuan'er manakala adik beradiknya yang lain akan menyebutnya sebagai adinda keempat.

Dan pada hari ini, dia mendengar satu panggilan yang sangat rapat dan sedap didengar membuatkan hati Putera Keempat berbunga bunga.

"Abang Jingyuan, apa awak buat disini?"

Dia mengeluarkan bunga begonia  yang diberikan oleh Lin Feilu kepadanya tempoh hari, namun bunga itu telah kering, "bunga yang awak berikan tempoh hari telah menjadi layu", ujarnya dalam nada yang sedih.

Sambil tersenyum Lin Feilu menarik tangan Lin Jingyuan dan berkata, "jangan risau saya ada cara untuk mengelakkannya dari hancur".

Melihat Lin Feilu memegang tangannya membuatkan Lin Jingyuan tersipu malu, walaupun mereka berdua adalah adik beradik kandung namun budaya hidup dizaman silam mencegah lelaki dan wanita saling bersentuhan dengan rapat kecuali pasangan suami isteri.

Bagi menutup rasa malunya, Lin Jingyuan segera mengubah topik perbicaraan mereka, "siapa dia?", soalnya sambil melihat kearah Lin Zhanyuan.

"Dia adalah abang saya, Lin Zhanyuan".

"Si bodoh?"

Merasa agak tersinggung dengan pertanyaan itu Lin Feilu segera menundukkan kepalanya, "abang Jingyuan, adakah awak pun seperti orang lain, tidak menyukai abang saya juga?"

"Tentu sekali saya tidak seperti mereka, walau bagaimanapun dia adalah saudara saya, berapa umurnya?", jawab Lin Jingyuan

"Abang saya berumur tujuh tahun".

"Kalau begitu saya adalah abang kerana tua setahun darinya. Saya tidak akan membenci adik beradik saya sendiri", ucap Lin Jingyuan dengan penuh yakin.

Setelah mendengar kata kata Lin Jingyuan, Lin Feilu tersenyum lebar, "abang Jingyuan merupakan abang  paling terbaik di dunia yang pernah saya temui".

Mendengar pujian itu membuatkan hati Lin Jingyuan semakin senang. Para pengikutnya yang melarang dia untuk masuk kedalam halaman Puteri Kelima, diarahkan untuk menunggu di luar sahaja dan jangan mengikutnya lagi.

Xiao Lan yang sedang menyulam baju di halaman Piandian terkejut melihat kedatangan anaknya yang memimpin tangan Putera Keempat. 

"Ibu, abang Keempat datang kemari untuk bermain dengan saya".

Ibu Lin Feilu hanya mampu terdiam sambil melihat ketiga kanak kanak itu  berlalu masuk ke dalam bilik Puteri Kelima.

"Mengapa awak memanggil saya dengan panggilan yang lain semasa berada di hadapan Lan Guiren?" soal Lin Jingyuan hairan.

"Panggilan itu adalah panggilan yang digunakan hanya untuk kita berdua sahaja dan akan menjadi rahsia kita bersama", jawab Lin Feilu sambil tersenyum manis.

Bilik Lin Feilu sangat kecil tidak seperti bilik seorang puteri Raja yang biasa. Walaupun kecil namun ia cukup bersih dan kemas.

Lin Feilu segera menyuruh Lin Zhanyuan pergi mengambil buah persimmons yang berada diluar untuk dihidangkan kepada tetamu mereka. Walau berat hati tetapi abangnya itu tidak bearni membantah arahan tersebut.

Setelah Lin Zhanyuan keluar, Lin Feilu menghampiri almari yang berada di dalam biliknya lalu mengambil sebuah bangku kecil untuk dijadikan tangga kerana dia mahu mengambil buku yang terletak tinggi diatas.

Almari tersebut dipenuhi dengan pelbagai buku yang dibawa oleh Xiao Lan sewaktu berkhawin dengan ayahnya. Semasa masih gadis ibunya dikenali sebagai 'wanita yng berbakat' dan menjadi kegilaan lelaki pada waktu itu.

Namun malangnya buku buku tersebut hanya tinggal sahaja didalam almari tanpa disentuh kerana kini ibunya lebih mementingkan kelangsungan hidup mereka anak beranak daripada menjadi wanita yang berbakat.

Lin Feilu mengambil buku yang bertajuk, 'The Analect of Confucius' dan meletakkan bunga begonia yang mati itu didalam buku tersebut.

"Apa yang awak lakukan?", soal Lin Jingyuan hairan.

"Kita akan jadikan bunga begonia kering ini sebagai penanda buku. Walaupun sudah layu dan mati tapi ia tidak akan hilang dan tetap berguna sampai bila bila".

Lin Jingyuan yang baru pertama kali mendengar tentang penanda buku menganggap adik kelimanya sebagai seorang yang bijak.

Selama ini, dia paling tidak suka belajar apatah lagi membaca buku. Ini menyebabkan dia sering dimarahi oleh ayahnya, namun kini dia dengan tekun membaca helaian yang ditandai bunga begonia tersebut, malah helaian itu sangat wangi!

Tidak berapa lama kemudian Lin Zhanyuan datang semula sambil membawa beberapa biji buah persimmons. Lin Feilu menyerahkan buah yang paling besar dan merah kepada Lin Jingyuan sebagai tanda hormat menerima kedatangan tetamu.

"Adakah ini buah yang saya berikan kepada awak tempoh hari? ia sudah lama kenapa kamu masih menyimpan dan memakannya?".

"Walaupun sudah lama tapi ia masih berada dalam keadaan baik dan boleh dimakan", jawab Lin Feilu dengan santai.

Lin Jingyuan melihat Lin Zhanyuan menelan liurnya sambil memandang buah persimmons yang berada di tangannya pada ketika ini.

Beberapa hari yang lalu, dia mengarahkan anak buahnya untuk mencaritahu akan kehidupan Puteri Kelima dan mengetahui bahawa adiknya ini merupakan puteri yang terasing namun tidak menyangka bahawa kehidupan mereka sedaif ini, sehingga buah yang telah dipetik beberapa hari lalu masih tidak dibuang dan dimakan.

"Adik Keenam, awak makanlah buah ini". Tanpa menunggu lama dengan senyuman yang lebar Lin Zhanyuan segera mengambil buah tersebut.

Tidak lama kemudian Lin Jingyuan memanggil pembantunya yang bernama Kang An dan mengarahkan agar dia membuat sesuatu.

"Kang An awak pergi segera melakukan apa yang saya perintahkan. Saya mahu membawa adik Kelima untuk pergi memancing ikan di tasik".

Xiao Lan sebenarnya berat hati membenarkan anaknya pergi memancing di tasik dan mahu menyuruh Qingyan untuk menemani mereka namun dia tidak berani memandangkan Putera Keempat juga tidak membenarkan walau seorang pun pembantunya untuk ikut pergi bersama mereka.

"Ibu jangan risau abang Keempat pasti akan menjaga saya dengan baik".

"Puan jangan risau, saya pasti tiada siapa yang akan berani membuli Puteri Kelima kerana dia bersama dengan Putera Keempat", ucap Qingyan yang turut cuba untuk menyakini Xiao Lan.

Sambil berjalan menuju ke tasik, kedua dua mereka saling tersenyum. Lin Jingyuan gembira kerana bangga ditemani oleh adiknya yang comel manakala Lin Feilu pula berharap akan bertemu dengan anak anak ayahnya yang lain.

Sepanjang perjalanan mereka ketika  bertembung dengan para pembantu, pelayan mahu pun sida istana. Semuanya akan berhenti seketika untuk memberikan hormat, serta merta Lin Feilu juga akan menerima penghormatan yang sama. Semenjak tiba di dinasti Dalin ini, barulah pertama kali dia merasakan bahawa dirinya sememangnya adalah seorang puteri yang sebenar dan bukan hanya pada nama sahaja.

Semuanya merasa hairan kerana melihat kemesraan diantara Puteri Kelima dan Putera Keempat. Masing masing berfikir bahawa selepas hari ini mereka tidak boleh meremahkan Lin feilu lagi.

Tasik memancing ikan itu terletak jauh di kawasan barat istana. Kawasannya sangat cantik, terletak bersebelahan dengan hutan buluh. Tidak jauh dari situ, mereka mendengar suara seseorang orang sedang bercakap, "Song Jinglan, sebaik sahaja saya sihat, saya terus datang kemari untuk menemui kamu tapi awak berani ingkar arahan saya untuk berenang ditasik ini!

"Puteri Ketiga, saya merayu kepada awak, agar tidak memaksa tuanku saya kerana ketika ini dia sedang demam", ucap pembantu lelaki yang berada disebelah Song Jinglan.

"Saya tidak peduli, dia harus patuh dengan arahan yang saya berikan tanpa sebarang bantahan walau dalam keadaan sakit sekalipun!"

Lin Feilu menggelengkan kepalanya melihat telatah Lin Xi yang tidak tahu malu itu.

Namun semakin dia menghampiri tempat itu, dia terkejut kerana tidak menyangkan Song Jinglan merupakan seorang budak lelaki yang sangat tampan.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now