Chapter 105

52 5 0
                                    


Pada saat ini, jika berada di Dalin salji yang putih sudah mula memenuhi kawasan persekitaran tetapi kerajaan Song terletak di selatan. Walaupun suhu persekitaran sudah sejuk namun salji tidak akan turun. Malangnya, tahun ini Lin Feilu sudah tidak dapat bermain salji lagi seperti sebelumnya.

Semenjak perlawanan didalam ring tidak diadakan lagi, Lin Feilu sudah tidak termotivasi untuk keluar istana tapi bagi mengelakkan isterinya dari merasa bosan maka Song Jinglan akan mengajaknya untuk keluar berjalan jalan setiap beberapa hari.

Mereka juga mempunyai sebuah kediaman yang terletak di luar istana. Kediaman tersebut berada dikawasan yang agak terpencil, dihadapannya terdapat sebuah pokok xinyi dan pelbagai jenis bunga yang berwarna warni. Tidak jauh dari situ juga, terdapat sebuah kedai menjual wine yang enak.

Mereka berdua akan tinggal di kediaman tersebut selama beberapa hari jika keluar dari istana. Memandangkan Lin Feilu merupakan seorang yang ramah, maka dia dengan cepat dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran jirannya. Para jirannya pula tidak mengetahui identiti sebenar mereka dan menyangka pasangan tersebut merupakan pasangan yang mengamalkan seni bela diri sepanjang masa kerana sering melihat Lin Feilu terbang kesana dan kesini menggunakan teknik qigongnya.

Oleh kerana ramai orang yang ingin tahu tentang anak didik Ji Liang maka setiap kali dia keluar dari istana, Lin Feilu akan diekori oleh beberapa orang yang ingin mencungkil kehidupannya dengan lebih jelas. Disebabkan itu, beberapa dari mereka telah mengetahui bahawa anak murid Ji Liang tinggal di sebuah kediaman kecil yang dihadapannya terdapat sebatang pokok xinyi. Lama kelamaan, orang ramai mula memanggil kawasan tersebut sebagai jalan xinyi.

Menjelang akhir tahun, setelah menyelesaikan segala urusan kerajaan. Song Jinglan mengajak isterinya untuk keluar dari istana lagi memandangkan mereka sudah tidak keluar selama setengah bulan disebabkan kesibukannya.

Mereka bercadang untuk berkunjung ke sebuah tokong yang akan dipenuhi oleh orang ramai setiap hujung tahun.

Tokong tersebut menjadi tumpuan masyarakat kerana dikatakan jika berdoa dan menyembah buddha disana, setiap permintaan akan dapat ditunaikan. Menyebabkan ia dipenuhi dengan orang ramai yang bersesak untuk berdoa.

Memandangkan pengunjung yang datang terlalu ramai maka Lin Feilu takut jika ia terpisah dengan Song Jinglan lalu mereka berdua pergi ke gerai tali merah yang selalu digunakan untuk berdoa mencari pasangan. Sepatutnya tali merah itu akan diikat diatas pokok yang terdapat di belakang tokong tapi mereka berdua menggunakannya untuk mengikat tangan masing masing agar tidak terpisah.

"Song Jinglan, bermula dari sekarang awak tidak akan dapat melarikan diri dari saya!"

Song Jinglan tersenyum lalu berpura pura berjalan dan selang dua langkah Lin Feilu akan tertarik dan jatuh kedalam pelukannya membuatkan Lin Feilu merasa kesal lalu membuat trik yang sama kepada suaminya.

Perkara itu membuatkan si peniaga gerai yang menjual kuih kacang merasa kesal dengan tindakan mereka berdua. "Kamu berdua adalah pasangan maju mundur yang sangat romantis tapi jika mahu melakukannya tolong jangan buat dihadapan gerai saya kerana saya mahu berjualan untuk mendapatkan duit dan menikahi seorang isteri!"

"Maafkan kami, sebagai gantinya saya akan mendukung kamu untuk mendapatkan seorang isteri dengan cepat. Maka saya akan membeli sepuluh biji kuih kacang jualan awak", ucap Lin Feilu sambil tersenyum.

"Bukankah kamu baru sahaja selesai makan, nanti perut awak akan merasa tidak selesa kerana terlalu banyak makan".

"Saya hanya akan makan dua sahaja, selebihnya berikan kepada Tiandong".

Kuih tersebut di pegang oleh Song Jinglan manakala Lin Feilu sibuk memerhatikan keadaan persekitaran dengan perasaan teruja.

Malah setiap gerai yang menjual makanan akan disinggahi olehnya untuk membeli dan merasa sendiri makanan tersebut. Song Jinglan hanya mampu menggelengkan sahaja kepalanya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now