Chapter 100

64 7 0
                                    


Ditengah malam, para pembantu istana sibuk memenuhkan air didalam tong air yang besar.

Pada waktu ini, Lin Feilu sangat merindui tub mandi yang terdapat dizaman moden.

Disebabkan rasa malu yang menebal, Lin Feilu sengaja tidak bergerak dari pembaringannya. Semuanya hanya dilakukan oleh Song Jinglan sahaja.

"Jangan panggil mereka, biar saya sahaja yang menukar cadar ini".

"Kamu mandi terlebih dahulu, saya akan tukar cadar ini dan akan menyusul awak selepas itu".

Ucapan Song Jinglan membuatkan Lin Feilu dapat menarik nafas lega.

Tong air tersebut dipenuhi dengan kelopak bunga mawar dan kayu cendana memberikan Lin Feilu rasa segar.

Tidak lama kemudian, Song Jinglan yang telah selesai mengganti cadar datang dan menyertainya untuk mandi bersama sama.

"Kamu mahu mandi? selepas saya keluar, awak boleh arahkan mereka mengganti airnya terlebih dahulu"

Tapi Song Jinglan tidak mempedulikan semua itu dan terus menyertai Lin Feilu mandi didalam tong air tersebut tanpa membuka baju yang digunakan olehnya.

"Song Jinglan, baju awak akan basah!"

Song Jinglan tidak mempedulikan semua itu, lantas dia menarik isterinya dan memeluk Lin Feilu dengan erat.

"Song Jinglan, jangan disini"

"Disini tidak perlu mengganti cadar".

"Huh?"

Memang tidak perlu mengganti cadar tapi akan menyusahkan para pembantu untuk menukar air berulang kali.

"Tapi..saya tidak boleh disini.."

Song Jinglan hanya tersenyum memandang kearah Lin Feilu.

"Esok pagi, awak akan menghadiri mesyuarat kerajaan!"

"Bukankah dahulu Puteri Kelima pernah berkata bahawa malam terlalu panjang pada musim panas".

"Tapi itu hanya cerita didalam novel sahaja".

"Awak suka membaca novel jadi apa kata, kita mengikut alur cerita didalam novel".

"Huh?"

Setelah itu, Lin Feilu segera keluar dari tong air tersebut kerana tidak mahu membiarkan Song Jinglan meneruskan niatnya dengan sesuka hati.

Sebenarnya Song Jinglan tidak berniat untuk melakukannya lagi kerana memikikran keadaan fizikal isterinya yang keletihan.

Selepas itu, barulah Lin Feilu dapat berehat dan tidur dengan lena. Keletihan yang dialami olehnya sama seperti ketika dia baru belajar seni pertahanan diri dari Xi Guifei sewaktu dirinya masih lagi kanak kanak.

Walaupun dia dan Song Jinglan sama sama mempraktiskan seni pertahanan diri tetapi kekuatan fizikal mereka berdua jelas jauh berbeza.

Malam itu, dia tidur pulas didalam pelukan suaminya.

Keesokkan paginya, semasa Lin Feilu tersedar Song Jinglan telah bangun terlebih dahulu dan sedang bersiap untuk pergi mesyuarat pagi bersama dengan barisan para menteri.

"Song Jinglan, jangan pergi".

"Saya akan kembali sebentar lagi selepas menghadiri perjumpaan ini".

"Tapi..".

"Jika Permaisuri ingin meneruskan kerja kita yang tertangguh semalam. Saya akan membatalkan pertemuan ini dan bersedia menemani awak", balas Song Jinglan sambil tersenyum.

"Song Jinglan, cepat pergilah ke sana".

Ucapan Lin Feilu membuatkan Song Jinglan tersenyum senang.

Setelah Song Jinglan pergi, Lin Feilu merasa sunyi dan mula merindui pemuda itu. Perkara itu, membuatkan dirinya tidak lagi merasa mengantuk.

Tidak lama kemudian, Tingchun dan Shixia segera datang dan mempersiapkan Lin Feilu untuk memberi salam kepada Maharani.

Memandangkan kini dia sudah bergelar Permaisuri maka Lin Feilu harus menyarungkan busana formal seorang Permaisuri bagi menampilkan statusnya.

Setelah itu, dia dan para pembantunya segera pergi ke istana Chonghua.

Beberapa waktu terakhir ini, Lin Feilu selalu berkunjung ke istana Maharani membuatkan hubungan mereka berdua menjadi dekat malah Lin Feilu menyedari bahawa Maharani melayan dirinya dengan sangat ikhlas. Mungkin ia disebabkan, seiring waktu masa berlalu Maharani mula mendambakan kasih sayang keluarga yang selama ini, tidak dirasakan olehnya.

Pada awal mulanya, Maharani mahu mendekati Puteri Yong'an supaya dapat menjernihkan hubungannya dengan Raja tapi kini tidak lagi kerana dia benar benar menyukai gadis itu.

Maharani memberikan beberapa hadiah berharga serta penerangan berkaitan tanggungjawab Lin Feilu sebagai seorang Permaisuri sebuah kerajaan.

Setelah meninggalkan istana Chonghua, Lin Feilu pergi ke istana kecil yang meletakkan altar penyembahn kepada nenek moyang. Disana dia menyalakan dupa sebagai tanda hormat selaku menantu baru keluarga diraja.

Walaupun tanggungjawab seorang Permaisuri sangat besar tapi Lin Feilu tetap santai melakukannya kerana semuanya sudah diatur oleh Song Jinglan terlebih dahulu agar tidak menyusahkan isterinya itu.

Lin Feilu melalui kehidupan perkhawinannya dengan sangat indah dan bahagia.

Setiap hari, dia akan berlatih bermain pedang di istananya. Kadang kala, Song Jinglan akan menemaninya.

Memandangkan Lin Feilu dilatih oleh Xi Guifei yang lebih arif menggunakan tombak maka apabila dia berlatih menggunakan pedang pergerakan Lin Feilu kelihatan agak kaku dan tidak selincah Yan Xin serta Song Jinglan yang dilatih oleh Ji Liang seorang pemain pedang nombor satu di dunia.

Walaupun nama Song Jinglan tidak terdapat di dalam senarai sepuluh pahlawan terhebat tapi Lin Feilu yakin bahawa suaminya pasti memiliki kemampuan yang hebat dan layak berada didalam senarai tersebut.

"Mengapa?" soal Lin Feilu kepada Song Jinglan yang baru sahaja datang dan tertawa melihatnya.

"Saya juga mahu berlatih pedang"

"Song Jinglan, boleh tak awak ajar saya!"

"Memandangkan ini adalah seni pedang pakcik Ji maka saya harus meminta keizinan daripadanya dahulu jika mahu mengajar awak".

"Siapa cakap saya mahu mempelajari seni pedang kamu?"

"Huh?"

"Saya mahu mempelajari seni pedang ini", sambil Lin Feilu menunjukkan kearah buku pedang Jimo yang pernah dihadiahkan oleh Song Jinglan kepadanya sewaktu ketika dahulu.

"Kamu mahu mempelajari teknik pedang Jimo?"

"Ya".

"Teknik pedang Jimo setanding dengan teknik pedang pakcik Ji"

Selama bertahun tahun, buku pedang itu berada ditangan Lin Feilu tapi dia tidak pernah mempelajarinya kerana tidak mendapat bimbingan dari mereka yang pakar. Dia khuatir, jika belajar tanpa panduan yang betul maka dia akan tersalah dan nanti akan menimbulkan masalah lain seperti yang berlaku didalam novel jianghu yang pernah dibaca olehnya sewaktu berada di zaman moden.

"Saya mahu kamu membimbing saya untuk mempelajari seni pedang ini!"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now