Chapter 103

66 9 0
                                    

Rong Heng suka berurusan dengan orang yang bijak.

Isteri kepada anak saudaranya ternyata seorang yang bijak dan dapat mengawal keadaan dengan baik. Menjadi anak didik kepada Ji Liang sudah cukup membuktikan kepandaian Permaisuri ini. Hubunganya dengan pendekar pedang nombor satu itu akan menjadi lebih kukuh daripada segalanya.

"Saya sangat mengagumi kepintaran Permaisuri tapi Ji Liang adalah sahabat saya. Oleh itu, saya berharap Permaisuri tidak akan mengecewakannya!"

"Jangan risau, saya sangat memahanmi konsep sehari menjadi guru akan selamanya menjadi ayah".

Ucapan itu membuatkan Rong Heng tersenyum puas hati kemudian berlalu pergi meninggalkan Lin Feilu berseorangan.

Selepas Rong Heng meninggalkannya barulah Lin Feilu dapat menarik nafas dengan lega. Ini kerana Rong Heng merupakan seorang yang sangat bijak maka Lin Feilu tidak mahu memperlihatkan kepadanya tentang keinginan Lin Feilu untuk mempelajari teknik pedang yang dimiliki oleh Ji Liang.

Setelah musim luruh berlalu, kini tiba pula musim sejuk. Lin Feilu pun telah berjaya menguasai bahagian pertama dari buku pedang Jimo. Ji Liang tidak menggalakkannya untuk mempelajari bahagian seterusnya tanpa meningkatkan kekuatan fizikal. Oleh itu, Ji Liang mengambil keputusan untuk meninggalkan istana dan pergi mengembara ke tempat lain.

Sebelum ini, jika meninggalkan istana Ji Liang akan pergi dengan begitu sahaja. Namun pada kali ini, kerana tidak mahu mengecewakan Lin Feilu maka sebelum keluar dari istana dia bertemu dengan Lin Feilu terlebih dahulu untuk menyatakan kepergiannya.

"Bila guru akan datang lagi ke sini?"

"Saya akan datang semula setelah kamu menguasai seni pedang ini. Sepanjang ketiadaan saya, awak harus berlatih dengan gigih serta tekun".

Lin Feilu mengangguk, bersetuju dengan pesanan tersebut.

"Jika setelah saya kembali, kamu tidak menunjukkan sebarang kemajuan maka awak akan dihukum!"

"Baiklah, saya pasti akan berlatih dengan sangat tekun agar tidak dihukum kelak".

"Huh?"

...

Setelah Ji Liang pergi, Lin Feilu kembali mengganggu Song Jinglan untuk berlatih pedang dengannya. Kali ini, dia yakin dapat mengalahkan suaminya memandangkan dia sudah mengalami kemajuan yang sangat membanggakan dalam seni bela diri selepas mendapat tunjuk ajar daripada Ji Liang.

"Jangan cuba untuk mengalah kerana saya ingin menguji kemampuan pedang saya yang sebenarnya", ucap Lin Feilu dengan yakin.

"Baiklah", balas Song Jinglan sambil tersenyum.

Namun setelah melakukan sepuluh teknik serangan, dia tetap tewas ditangan Song Jinglan.

"Sudahlah saya tidak mahu belajar dan berlatih teknik pedang lagi. Nampaknya saya tidak mempunyai masa depan dalam seni bela diri", ucap Lin Feilu kecewa sambil duduk di tanah tanpa sebarang lapisan.

"Tapi sebenarnya adik seperguruan telah mengalami kemajuan yang pesat tanpa kamu sedari", balas Song Jinglan pula.

"Abang seperguruan, tidak perlulah berkata seperti itu semata mata untuk menghiburkan hati saya!" ucap Lin Feilu dengan nada yang jengkel.

Song Jinglan cuba menariknya untuk berdiri namun Lin Feilu tidak mahu. Tapi setelah beberapa kali percubaan, akhirnya Song Jinglan berjaya juga.

"Mengapa dengan kamu?"

"Saya merasa tidak senang kerana awak telah membuli saya!"

"Saya akan membawa awak keluar dari istana untuk pergi bermain".

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now