Chapter 57

63 5 1
                                    


Setelah Lin Feilu dibawa pergi oleh kuda tunggangannya, kesemua pengawal Lin Qing telah terkorban dan hanya menyisakan dirinya dan juga harimau tersebut.

Kini Lin Qing berada dijalan mati namun dia bertekad untuk melawan harimau itu. Jika dia terkorban pada waktu ini, sekurang kurangnya dia harus mati dengan bermaruah.

Dia mencabut belati yang tersisip dipinggannya dan bersedia untuk beradu dengan harimau itu. Namun ketika dia berada dalam keadaan putus asa, dia mendengar satu suara yang menyuruhnya untuk melarikan diri.

Tubuhnya dengan segera mengikuti arahan itu lalu sebuah tombak yang panjang laju meluru kearah mata kiri harimau yang sedang menggila.

Xi Guifei adalah orang yang telah memberikan arahan tersebut. Dia segera turun dari kuda tunggangannya meluru kearah harimau berbekalkan sebilah belati.

Xi Guifei adalah mantan general wanita yang hebat, kemampuannya dalam seni bela diri masih lagi ampuh walaupun pernah mengalami kecederaan.

Setiap gerakannya pantas dan lincah membuatkan harimau yang telah buta sebelah itu kelelahan. Tapi harimau adalah seekor haiwan pemangsa yang buas. Walaupun Xi Guifei hebat bertarung namun bahunya berjaya dicederakan oleh harimau tersebut.

Setelah berjaya mencederakan Xi Guifei, harimau itu kembali mencari Lin Qing sebagai sasaran utamanya.

Melihat situasi itu, dalam keadaan yang terluka Xi Guifei menarik ekor harimau sambil mengarahkan Lin Qing untuk lari meninggalkan kawasan tersebut.

Namun sebagai seorang yang bertanggungjawab, Lin Qing tidak akan sesekali meninggalkan Xi Guifei yang datang kesitu semata mata untuk menyelamatkannya.

Sekali lagi, dia mengambil belatinya dan segera berlari menuju kearah harimau untuk membantu Xi Guifei.

Membuatkan Xi Guifei merasa kesal terhadapnya kerana dia adalah seorang Putera Mahkota yang harus menjaga keselamatan dirinya terlebih dahulu. Tanpa Putera Mahkota, kerajaan Dalin akan goyah!

Pada waktu ini, dia bukannya seorang gundik tapi berperan sebagai general Dalin yang unggul. Hidup dan matinya adalah demi kesejahteraan negara!

Dalam keadaan yang terdesak kerana takut Lin Qing akan terbunuh, akhirnya Xi Guifei berjaya membunuh harimau itu. Darah pekat harimau tersebut tersembur di wajah pucat Xi Guifei.

Sebelum mati, harimau itu mengeluarkan ngauman kesakitan yang menggegarkan kawasan pergunungan tersebut. Membuatkan mereka yang mendengarnya terdiam ketakutan!

"Putera Mahkota, adakah kamu mengalami sebarang kecederaan?"

Setelah melihat harimau itu terbaring tidak bernyawa, sakit perut yang dialami oleh Lin Qing sebentar tadi kembali lagi, malah lebih hebat daripada sebelumnya.

Tidak lama kemudian, pasukan pengawal datang menemui mereka dan segera memohon ampun kerana terlewat datang.

"Abang Lin Qing, bagaimana dengan keadaan kamu?" soal Lin Feilu yang datang kembali bersama pasukan pengawal itu.

Ketika ini pandangan Lin Qing hanya melihat kearah beberapa kujur tubuh yang sudah tidak bernyawa bergelimpangan berhampiran mereka.

Mereka adalah pengawal yang terkorban demi menjaga keselamatannya dari diserang oleh harimau.

Lin Feilu mengikuti arah pandangan mata Lin Qing membuatkan dia termuntah dengan serta merta sebaik sahaja melihat pemandangan tersebut bercantum dengan aroma darah yang meloyakan.

Dalam keadaan yang lemah, Lin Qing mengarahkan pengawal yang berada disitu segera membawa Puteri Kelima untuk kembali semula ke istana Lijing.

Bersama Xi Guifei, akhirnya Lin Feilu meninggalkan kawasan yang mengerikan itu.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin