Chapter 104

51 5 0
                                    


Guan Yuehui tersingkir kerana dia telah meremehkan musuhnya sehingga tidak memandang serius terhadap pihak lawan.

Guan Yuehui juga tidak menyangka bahawa dia akan kalah ditangan seorang gadis yang telah dipandang rendah olehnya sebelum ini. Serta merta tanpa menoleh dia segera melarikan diri dari situ sehingga meninggalkan pedangnya yang telah digunakannya tadi.

"Hei..pedang awak!"

Lin Feilu masih kebingungan dengan apa yang berlaku namun mula merasa teruja kerana akhirnya dia dapat mengalahkan seseorang setelah sekian lama kalah di tangan Song Jinglan.

"Adakah saya sudah menang?"

"Gadis ini telah berjaya mengalahkan lawannya, adakah yang berani untuk mencabarnya?"

Para penonton saling memandang diantara satu sama lain.

Meskipun gadis ini telah mengalahkan Tuan Muda kedua villa Yujian tapi mereka percaya dia berjaya meraih kemenangan, hanyalah sekadar satu kebetulan sahaja.

Oleh itu, terdapat beberapa orang berniat untuk mencuba nasib dengan mencabarnya.

"Saya berharap Cik dapat menerima cabaran saya", ucap seorang lelaki yang masuk ke dalam ring perlawanan.

Lelaki yang mencabar Lin Feilu kali ini tidak memandang rendah terhadapnya dan cuba memberikan perlawanan yang serius.

Dengan hanya dua gerakan sahaja, dia dapat mengalahkan lelaki itu dengan mudah.

Para penonton yang menyaksikan perlawanan itu merasa teruja dan ingin mengetahui identiti Lin Feilu yang sebenarnya.

Tidak lama kemudian, seorang lagi lelaki tampil keatas ring perlawanan untuk mencabar Lin Feilu.

Dan sekali lagi Lin Feilu berjaya mengejutkan semua orang kerana berjaya mengalahkan pencabar barunya.

Perlawanan itu semakin menarik ramai penonton untuk menyaksikannya.

Perhubungan yang terjalin diantara dua kerajaan bukan sahaja mengukuhkan jalinan ekonomi dan perdagangan tapi turut mengembangkan seni bela diri. Para pahlawan antara dua kerajaan sering berulang alik tanpa sekatan.

Tiba tiba terdapat seorang pemuda yang mengenali teknik pedang yang digunakan oleh Lin Feilu. "Itu adalah gerakan pedang Jimo!"

Tidak ramai orang yang mengenali teknik pedang tersebut kerana ia sudah terlalu lama tidak digunakan secara umum setelah kematian pengasasnya.

Dan hari ini, mereka semua dapat menyaksikan kehebatan teknik pedang Jimo secara terbuka tapi dalam masa yang sama merasa hairan kerana bagaimana teknik pedang itu dapat dimainkan oleh seorang gadis yang muda.

Semua orang mengetahui bahawa buku pedang teknik Jimo kini berada di tangan Ji Liang iaitu pendekar pedang nombor satu dunia, setelah dia memusnahkan Tiga Belas Desa Chixiao.

Mungkinkah gadis ini ...

"Cik, apa hubungan awak dengan pahlawan Ji?"

"Dia adalah guru saya!" jawab Lin Feilu dengan santai.

Semua orang terkejut mendengar ucapannya. Mereka tidak menyangka Ji Liang akan menyerahkan teknik pedang lagenda kepada seorang gadis.

Nampaknya pemikiran seorang pahlawan hebat tidak sama dengan pemikiran orang biasa.

"Pahlawan Ji telah mengajar awak dengan sangat baik!"

Setelah orang ramai mengetahui identiti Lin Feilu sebagai anak didik Ji Liang maka tiada siapa yang berani mencabarnya lagi. Akhirnya baju kalis senjata tersebut dimenangi oleh Lin Feilu.

Song Jinglan tersenyum manis apabila melihat isterinya gembira kerana berjaya memenangi hadiah itu dengan usahanya sendiri.

"Saya telah menang!" ucap Lin Feilu sambil memeluk Song Jinglan dengam erat.

"Adik seperguruan merupakan seorang yang hebat!"

"Ini semua salah awak hingga membuat saya hilang kepercayaan kepada diri sendiri".

"Ya, semuanya adalah salah saya".

Beberapa orang ingin mendekati Lin Feilu tapi terpaksa membatalkan niat masing masing setelah melihat lirikan tajam Song Jinglan.

Disebabkan perkara ini, senyuman Lin Feilu tidak lekang sepanjang hari.

Beberapa hari kemudian, Lin Feilu mengikuti Song Jinglan untuk keluar dari istana lagi.

Pada kali ini, satu lagi pertandingan seni bela diri telah dianjurkan. Namun setiap peserta harus mendaftarkan diri terlebih dahulu lalu akan mendapat lawan berdasarkan undian nama melalui kertas yang diletakkan didalam sebuah kotak kayu yang kecil. Pemenang setiap pertandingan akan bertemu dengan pemenang yang lain sehingga ke perlawanan terakhir.

Sistemnya agak rumit namun menjanjikan hadiah yang lebih berharga daripada sebelumnya.

Hadiah pertandingan ini adalah senjata seribu jarum yang menakutkan.

Lin Feilu tidak sabar untuk mendaftarkan diri bagi menyertai perlawanan tersebut.

Dia juga menyuruh Song Jinglan untuk mendaftar sama namun ditolak oleh pemuda itu kerana tidak mahu mereka bertemu di pentas akhir.

Song Jinglan tidak mahu mengalahkan Lin Feilu dihadapan orang lain kerana ia bukan sahaja akan menjatuhkan reputasi Ji Liang tapi turut merosakkan mood isterinya itu kelak.

Perlawanan tersebut berlangsung selama tiga hari. Sepanjang itu juga, dia membawa para pembantunya untuk melihat sendiri kemeriahan pertandingam itu.

Para pembantu Lin Feilu merasa teruja melihat Permaisuri menang setiap perlawanan yang disertainya.

Pada kali ini, semua orang mengetahui bahawa dia adalah anak murid kepada Ji Liang dan akan menantikan kemunculannya dalam setiap perlawanan.

Lin Feilu tekad untuk menang kerana tidak mahu mencemarkan nama baik Ji Liang dimata semua orang.

Dia merasakan setiap kali selepas berlawan, teknik pedangnya akan meningkat dan semakin memahami setiap gerakan yang perlu dilakukan.

Pada akhirnya, Lin Feilu berjaya memenangi pertandingan tersebut membuatkan dia semakin teruja untuk menyertai sebarang pertandingan yang akan diadakan pada masa hadapan.

Dia mula merasa hairan kerana boleh dikatakan hampir setiap kali dia keluar dari istana pasti pertandingan seni bela diri akan dianjurkan.

Dan yang paling menghairankan, hadiah hadiah tersebut akan disumbangkan oleh Villa Cangjian.

Nampaknya pengasas villa itu merupakan orang kaya yang dermawan.

Tapi Lin Feilu tidak terlalu mengendahkan perkara tersebut kerana apa yang lebih penting ialah dia mengalami kemajuan yang pesat dalam teknik pedang miliknya setelah bertarung didalam ring perlawanan.

Khabar angin tentang dirinya juga mula tersebar dengan meluas dengan penambahan cerita yang tidak dapat dikawal.

Dia adalah anak murid pemain pedang nombor satu dunia Ji Liang yang mewarisi teknik pedang Jimo.

Setelah musim sejuk berlalu, pertandingan seni bela diri juga mula berkurangan diadakan dan akhirnya menghilang. Lin Feilu memanfaatkan masa ini untuk berlatih pedang dengan lebih gigih lagi.

Oleh kerana terlalu terobsesi dengan perlawanan menyebabkan dia agak mengabaikan Song Jinglan sejak kebelakangan ini membuatkan dia merasa bersalah.

Disebabkan itu, Lin Feilu berniat untuk menebus kesalahannya.

Dia sendiri berinisiatif untuk menyiapkan sebuah malam romantik kepada Song Jinglan dan pemuda itu menerimanya dengan tangan yang sangat terbuka bersama dengan senyuman penuh kepuasan.








Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now