Chapter 5

139 11 0
                                    

Berbanding dengan tahun yang sebelumnya, tahun ini mereka semua dapat menikmati buah persimmons yang masak dan ranum dengan banyak hasil daripada pemberian Putera Keempat. Malah kulit buah itu boleh dihiris dan dijadikan jeruk untuk dimakan pada lain waktu.

Qingyan sama sekali tidak menyangka mereka akan sangat bertuah pada hari ini.

Ketika melalui kawasan tanaman  buah limau, Lin Feilu memberitahu kepada Qingyan bahawa dia ingin mengutip beberapa biji buah tersebut untuk dibawa balik.

"Tapi buah ini adalah buah limau untuk musim luruh dan hanya digunakan sebagai perhiasan. Buahnya boleh dimakan namun rasanya sangat masam".

"Kalau begitu, saya hanya mahu dua biji, cukup untuk mencicipinya sahaja".

Qingyan terpaksa akur dengan arahan itu lalu memetik dua biji limau dan diserahkan kepada Lin Feilu. Kemudian mereka berdua segera kembali semula ke halaman mereka di istana Mingyue.

Xiao Lan terkejut ketika melihat mereka kembali dengan membawa pulang sebakul buah persimmons yang sedang masak ranum dan menganggap kemurahan hati Putera Keempat pada hari ini kerana dia sedang berada dalam keadaan mood yang baik. Dia tidak mempersoalkan perkara tersebut dan segera memotong buah itu untuk diberikan kepada anak anaknya.

Sambil makan Lin Feilu memandang kearah halaman utama yang menempatkan Xu Cairen, kini sedang tertutup rapat. Menurut Yunyao, pintu mereka telah tertutup semenjak pagi lagi. Mendengarkannya Lin Feilu tersenyum sinis kerana tidak menyangka cerita seorang kanak kanak yang melihat sesuatu berada di atas pokok boleh menakutkan mereka.

Pada waktu petang barulah Lin Feilu melihat kelibat Xu Cairen yang berjalan dengan sangat cepat sambil tidak berani memandang ke arah pokok buah delima.

Xu Cairen menyedari Lin Feilu sedang memandangnya, tapi dia beranggapan bahawa Puteri Kelima juga adalah kawanan daripada apa yang berada di atas pokok delima tersebut dan cuba untuk tidak mengendahkannya.

Lin Feilu tidak mengetahui kemana Xu Cairen pergi setelah keluar pada petang itu tapi dia hanya kembali pada waktu malam. Dan Lin Feilu terus memerhatikannya membuatkan perasaan Xu Cairen semakin tidak menentu.

Dia merasa cuak melihat pandangan Lin Feilu kepadanya lantas Xu Cairen ingin maju untuk memarahinya seperti biasa tapi semakin dia mendekati semakin dia menyedari bahawa pandangan Puteri Kelima bukanlah terarah kepadanya tetapi sesuatu yang berada di belakangnya.

Semasa memandang ke belakang untuk mengetahui apa yang sedang dilihat oleh Lin Feilu, Xu Cairen langsung merasa ketakutan namun cuba bersikap seperti biasa. "Puteri Kelima, apa yang sedang kamu perhatikan?".

Sebaliknya Lin Feilu tidak menjawab pertanyaan itu malah segera melarikan diri membawa abangnya Lin Zhanyuan yang berada disisinya meninggalkan Xu Cairen bersendirian.

Melihat tindakan Lin Feilu, perasaan Xu Cairen semakin berkecamuk, lututnya menjadi lemah dan dia tidak berani untuk memandang ke belakang bimbang jika melihat sesuatu yang menggerunkan. Pembantunya segera memapah Xu Cairen masuk ke dalam bilik untuk berehat. Berada didalam bilik bukannya membuatkan dia menjadi tenang tetapi sebaliknya pula yang berlaku, didalam bilik Xu Cairen terus menangis ketakutan.

"Cairen, jangan pedulikan Puteri Kelima. Dia adalah kanak kanak yang dipengaruhi oleh roh jahat".

Namun Xu Cairen ketika ini langsung tidak mempedulikan semua nasihat itu. Wajahnya menjadi pucat, dia merasakan seseorang sedang memerhatikannya walau kemana sekalipun dia pergi. 

Dia bertekad untuk bertemu kembali dengan dua orang sami yang dia arahkan untuk membersihkan jiwa Puteri Kelima dari roh jahat. Kali ini dia berharap sami sami tersebut dapat menolongnya pula untuk menghalau gangguan yang mengikutnya pada ketika ini.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now