Chapter 61

76 9 0
                                    


"Xiaowu, kenapa kamu tidak beritahu saya bahawa pemuda tadi adalah Du Jingruo. Kalau tidak, pasti saya sudah turun untuk pergi melihat orangnya dari dekat", ucap Lin Nianzhi agak kesal.

"Saya kan melambai kearah kakak tadi".

"Mana saya tahu lambaian yang kamu berikan adalah merupakan sebuah isyarat".

Lin Feilu hanya mampu mengeluh kecil kerana kadang kala tingkah laku kakak sulungnya itu membuatkan dia bingung.

Lin Nianzhi segera menyerahkan potret Du Jingruo kepada ayah mereka kerana dia amat berpuas hati dengan sikap pemuda itu.

Pada awal musim luruh, Lin Nianzhi secara rasmi bertunangan dengan Du Jingruo. Perkhawinan diantara keduanya akan berlangsung ketika Puteri Sulung berusia lima belas tahun.

Dapat menjalinkan hubungan kekeluargaan merupakan satu rahmat kepada keluarga Du dan mereka amat gembira dengan keputusan itu. Menurut pengamatan Lin Feilu, Du Jingruo juga tidak akan membantah keputusan tersebut memandangkan dia merupakan seseorang yang berpegang teguh dengan aturan yang telah ditetapkan.

Semoga Du Jingruo akan melayan Lin Nianzhi dengan ikhlas setelah mereka  berkhawin kelak.

Selesai masalah Lin Nianzhi, Lin Feilu ingin menyelesaikan pula masalah yang berkaitan dengan keluarga Xiao.

Pada hari tersebut, setelah kembali ke istana, Lin Feilu segera menceritakan kepada ibunya tentang kejadian yang berlaku. Apa yang mengejutkan, Xiao Lan langsung tidak mengingati dan mengenali si pembuli itu. Mungkinkah dia merupakan keluarga jauh ibunya tapi berani melakukan kejahatan menggunakan nama mereka anak beranak sebagai benteng pertahanan!

Xiao Lan yang mendengar cerita tersebut merasa sangat kesal dengan tindakan keluarganya lalu keesokkan harinya dia segera pergi ke istana Yangxin untuk bertemu dengan Lin Di.

Namun semasa Xiao Lan tiba disana, Lin Di sedang sibuk menguruskan masalah negara dan sida yang bertugas menasihatinya untuk kembali semula ke istana Mingyue. Tapi Xiao Lan menolak cadangan itu dan berhasrat untuk menunggu sehingga Lin Di menghabiskan segala perkerjaannya.

Setelah dua jam berlalu akhirnya Lin Di selesai menghabiskan segala tugasannya untuk hari itu. Sebaik sahaja mengetahui bahawa Xiao Lan telah menunggunya sedari tadi, dengan rasa bersalah Lin Di mengarahkan pembantunya untuk memanggil Xiao Lan masuk kedalam.

Wajah Xiao Lan kelihatan menggigil dan pucat kerana terdedah dengan cuaca sejuk dalam waktu yang agak lama membuatkan perasaan bersalah Lin Di semakin bertambah.

"Kenapa kamu menunggu diluar dalam keadaan cuaca yang sejuk seperti ini?"

"Saya datang kesini kerana ingin memohon keampunan dari tuanku".

"Apa yang telah berlaku sehingga kamu sanggup menunggu di luar selama dua jam". Pada waktu ini, Lin Di takut jika terdapat gundik lain yang berniat buruk terhadap Xiao Lan seperti di masa lalu.

"Saya merasa bersalah dan takut untuk berhadapan dengan tuanku kerana perbuatan yang tidak senonoh dilakukan oleh keluarga saya di ibu kota. Saya memohon tuanku untuk menghukum mereka dengan seadilnya tanpa perlu memikirkan situasi saya!".

Sepanjang menjadi Raja, ini adalah kali pertama seorang gundik datang bertemu dengannya semata mata untuk meminta dia menghukum keluarganya yang melakukan kesalahan. Selalunya para gundik lain akan memohon kepada Lin Di untuk mengampunkan ahli keluarga mereka dengan pelbagai alasan.

Lan Fei merupakan seorang wanita luar biasa yang mempunyai keunikkannya yang tersendiri!

"Tapi bukanhkah Xiaowu telah menghukum pemuda itu untuk dimasukkan kedalam Jingzhaoyin?"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now