97

182 27 2
                                    

Shu Wu Ji sedaya upaya mengawal kesabarannya kerana telah masuk perangkap yang dipasang oleh Sara.

"Shu daren,gongju akan menitahkan yang kita menjadi suami isteri,"beritahu Wang He Lan lembut sambil tersenyum.

Shu Wu Ji hanya mendiamkan dirinya. Dia hanya memikirkan keselamatan Sara. Jika sampai begini helahnya sudah tentu ada rancangan merbahaya yang mahu dibuatnya.

"Shu daren, He Lan tidak kisah menjadi isteri kedua,"tegur Wang He Lan menyentuh tangan Shu Wu Ji dan secepat kilat dia mengalihkan tangannya.

"Wang xiaojie terlalu baik. Wang xioajie tidak mahu tahu siapakah isteri saya pada saat ini?"tanya Shu Wu Ji meneguk teh tekaknya terasa kering.

"Siapapun, He Lan berjanji akan sentiasa berbaik sangka kerana Shu Daren,"balasnya manis dia menjeling kepada Swee Lee yang tersenyum.

"Isteri saya adalah isteri yang paling terbaik di dunia. Dia bijak, cantik dan saya amat mencintainya,"kata Shu Wu Ji memandang tepat kepada Wang He Lan. "Jika Wang xiaojie tidak kisah saya mengutamakan dia dalam segala hal dan dalam setiap percakapan dan akan sentiasa berpihak kepadanya.. Baiklah, kita boleh berkahwin,"sambungnya lagi. Wang He Lan kehairanan siapakah wanita yang begitu dimuliakan oleh Shu Wu Ji. Mana mungkin lelaki berjawatan tinggi hanya setia kepada satu. Wang He Lan tersenyum biarpun dia merasa dia diremehkan oleh Shu Wu Ji.

"Mana ada wanita yang lebih cantik dari xiaojie,"balas Swee Lee spontan. Dia tidak berpuashati perasaan cik mudanya dipersenda begitu.

"Swee Lee!Tahu tempat kamu,"tegur Wang He Lan. "Shu Daren, cukuplah Shu Daren tahu yang He Lan sayangkan Shu Daren. Biarpun di hati Shu Daren tiada yang lain kecuali jie jie,"sambung Wang He Lan yang begitu yakin memanggil madunya kakak. "Siapakah orangnya?"tanya Wang He Lan. Dia yakin dia dapat menandingi sesiapa sahaja.

"Zheng Shuang,"jawab Shu Wu Ji pendek. Wang He Lan ketawa tidak percaya.

"Maafkan He Lan, siapa?"tanya Wang He Lan ketawa. Dia mesti sudah salah dengar jawapan Shu Wu Ji.

"Zheng Shuang,"jawab Shu Wu Ji lebih kuat. Ketawa Wang He Lan terhenti. "Kenapa?Wang xiaojie tidak percaya?"

"Shu Daren tinggal berlainan bilik. Di kapal atau di sini. Shu Daren sengaja hendak menolak saya bukan?"

"Ah Chan,"panggil Shu Wu Ji. Ah Chan berjalan masuk ke bilik. "Wang xiaojie boleh bertanyakan kepada Ah Chan untuk kepastian," kata Shu Wu Ji. Ah Chan terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

"Shu Furen di mana?"tanya Wang He Lan.

"Ada di dapur,"jawab Ah Chan teragak-agak.

"Shu Furen ialah Zheng Shuang?"tanya Wang He Lan. Ah Chan mengangguk. Dia menoleh kepada Shu Wu Ji. "Semua orang tahukah?"tanya Wang He Lan.

"Pipit,Ah Chan, Ann Di, Liu Lu dan biarpun saya mahu umumkan status Zheng Shuang tetapi keadaan begitu membahayakan sekarang,"jawab Shu Wu Ji tenang. Wang He Lan memegang kepalanya yang terasa berdenyut. "Bagaimana?Bersedia untuk masuk ke dalam keluarga Shu?"sindir Shu Wu Ji. Wang He Lan terdiam.Dia dikalahkan sekali lagi oleh Zheng Shuang.Perempuan yang hanya anak angkat Zheng He. Shu Wu Ji bangun. "Wang xiaojie fikirkanlah. Jika masih mahu berkahwin dengan saya, saya terima,"katanya sambil melangkah keluar.

"Shu daren,"sapa Pipit.

"Shu Furen ne?"tanya Shu Wu Ji.

"Ada di dapur,"jawab Pipit. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya.

"Pergi panggil dia sekarang,"kata Shu Wu Ji. Di bertaruh dengan dirinya sendiri bahawa Sara tiada di dapur. Pipit berlari ke dapur.

"Cempaka, Ann Di,"panggil Pipit masuk ke dapur. Semua  hamba di situ terkejut dengan kehadiran Pipit. Pipit mengeluh kerana tiada Ann Di atau Sara di situ. Dia berlari ke hadapan rumah rehat itu semula.

"Shu Furen?"tanya Shu Wu Ji melihat Pipit datang seorang diri. Pipit hanya menggelengkan kepalanya.

"Shu Furen dan Ann Di tiada di dapur,"jawab Pipit. Shu Wu Ji sedikit pun tidak terkejut dengan jawapan itu.

"Ah Chan kau cari di belakang. Pipit kau pergi cari di pintu gerbang. "Aku akan pergi ke bilik Liu Lu,"kata Shu Wu Ji.Dengan pantas Ah Chan dan Pipit mengikut arahan Shu Wu Ji. Shu Wu Ji menghela nafas panjang. "Kau sungguh degil Shuang er,"katanya geram. Dia mahu berlalu ke bilik Liu Lu tetapi ditahan oleh Wang He Lan.

"Daren hari sudah lewat. Hantarkan He Lan pulang,"pinta Wang He Lan.

"Wang xiaojie tunggu di sini. Orang-orang saya akan mengiringi Wang xiaojie pulang ke istana,"balas Shu Wu Ji.

"He Lan merasa lebih selamat dengan Daren.Tolonglah,"rayu Wang He Lan. Dia mahu berbicara lebih lagi dengan Shu Wu Ji. Mahu atau tidak, keselamatan Wang He Lan perlu dijaga. Shu Wu JI  menuruti sahaja permintaan itu.

Sara dan Ann Di sudah menemui Tun Ishak dan mereka menunggang kuda untuk lebih cepat sampai tempat rahsia Yong Liu disembunyikan. Jauh juga perjalanan itu bukan kerana tempatnya jauh tetapi mereka terpaksa mengelirukan sesiapa sahaja yang mengekori mereka. Tun Ishak membawa mereka ke mahligai Temenggung.

"Abang Ishak, kenapa kita di sini? Ini rumah ayahanda,"tegur Sara seperti berbisik. Tun Ishak turun dari situ dan membantu menurunkan Sara dan Ann Di kerana kuda-kuda itu tinggi daripada mereka.

"Di sini ialah tempat yang paling selamat,"jawab Tun Ishak. Sara memerhatikan sekeliling mahligai itu. Tiada satu pun yang berubah. Tempat itu dikawal ketat. "Ikut abang ke pintu belakang. Abang sembunyikan dia di kandang kuda,"beritahu Tun Ishak. Sara dan Ann Di terkejut.

"Kandang kuda?!!"kata mereka serentak.

"Shoooo,jangan begitu adinda berdua. Kedengaran oleh orang lain nanti,"balas Tun Ishak meletakkan jari di mulutnya.

"Abang, Sara tak faham kenapa kandang kuda."

"Mari abang tunjukkan,"kata Tun Ishak menggamit mereka menurutinya. Sampai sahaja di situ, Sara terkejut kerana tempat itu sangat besar. "Abang letakkan Yong Liu dalam satu bilik di hujung kandang bersama kuda-kuda yang belum dijinakkan,"terang Tun Ishak. Sara terkelip-kelip memandang Tun Ishak. Tun Ishak mengeluh sambil ketawa. "Kuda-kuda itu liar dan berbahaya. Tiada siapa yang berani mendekati mereka."

"Habis tu, pengawal menghantar makanan bagaimana?"tanya Sara.

"Ada tingkap yang muat-muat dulang makan sahaja,"jawab Tun Ishak. "Mari nanti terlalu lewat membahayakan,"kata Tun Ishak sambil memerhatikan sekeliling. Mereka berlari masuk.  Pengawal telah memaksa kuda-kuda liar itu keluar dari kawasan lapang bilik itu untuk memberikan laluan kepada mereka dan selepas itu kuda-kuda itu dimasukkan kembali. "Kuda-kuda ini akan membantu kita memerhati alam sekeliling,"bisik Tun Ishak.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now