14

278 32 0
                                    

Sejak dia pulang ke rumah keluarga Li, Sara tidak berhenti berfikir mengapa dia masih di zaman ini. Hajatnya untuk melihat Shu Wu Ji sudah tercapai dan itu sahaja yang dia mahukan. Kenapa popo(rantai mutiara) tidak membawanya balik ke zaman sepatutnya. Seraya berjalan ke pasar dagang, dia hanya mendiamkan dirinya. Xiao Lian yang menemaninya tidak mengganggu lamunannya. Tiba-tiba langkah mereka terhenti kerana sekumpulan kanak-kanak sedang bermain dan menyanyi lagu yang mereka nyanyikan di istana-Mo Li Hua atau yang bermaksud bunga melur. Mereka memerhatikan sahaja gelagat anak-anak kecil itu dan berpandangan sesama sendiri. Xiao Lian dan Sara ketawa. 

"Kau terkenal sekarang," tegur Shu Wu JI yang tiba-tiba di sebelahnya. Sara menyiku rusuk Shu Wu Ji dan lelaki itu mengaduh kesakitan. Sara ketawa.

"Li furen, siku kau sangat tajam," kata Shu Wu Ji. Seperti biasa Ah Chan bertugas sebagai pegawai pengiringnya hari itu.

"Li Hua," kata Sara membetulkan panggilan itu. Shu Wu Ji menggosok tempat disiku oleh Sara tadi. "Wu JI, kau buat apa di sini?"tanya Sara.

"Kerja! Kau ingat aku membeli-belah di sini?"usik Shu Wu Ji. Sara memberikan jelingan tajam. "Li Hua, kau puan besar rumah Li kau tak boleh selalu keluar rumah kau tahu?"kata Shu Wu Ji lebih serius.

"I need a watch," kata Sara. Xiao Lian dan Ah Chan berpandangan. Shu Wu Ji perasan akan reaksi pembantu-pembantu mereka.

"I will get you one. Aku akan hantar ke kediaman kau," janji Shu Wu Ji.

"Kau menghalau aku balik kan?"tanya Sara.

"Untuk kebaikan kau juga," balas Shu Wu Ji. Sara memandang wajah seketika Shu Wu Ji. Dia menganggukkan kepalanya. 

"Aku keluar salah satu sebab ialah ingin bertemu kau,"akui Sara.

"Ada apa-apa yang aku boleh tolong?"tanya Shu Wu Ji.

"Aku perlukan kawan sekarang," akui Sara. 

"Baiklah, aku baru selesai hal yang perlu aku selesaikan. Apa kata kita ke situ minum teh dan berbual," ajak Shu Wu Ji menunjukkan gerai menjual teh menghadap sungai kecil. Mereka bergerak ke situ dan Shu Wu JI menyuruh Ah Chan untuk memberikan mereka ruang berbicara. Xiao Lian juga duduk di samping Ah Chan tidak jauh dari situ. "Kenapa ni?"tanya Shu Wu Ji.

"Aku nak balik," kata Sara.

"Eh! Kata perlukan kawan berbual?" balas Shu Wu Ji terkejut.

"Aku nak balik....nak balik ke zaman aku," kata Sara. Shu Wu Ji terdiam sebentar dan memandang wanita cantik di hadapannya. 

"Tak boleh ke kau tak balik dan tinggal di sini bersama aku?"ucap Shu Wu Ji. Sara tersenyum mendatar.

"Ini bukan tempat aku," jawab Sara. "Aku berfikir hari-hari kenapa Popo masih biarkan aku di sini. Apa kaitan Mo LI Hua dengan diri aku?" sambung Sara sambil bermenung jauh.

"Li Yang Jian memberikan layanan buruk kepada kau?"tanya Shu Wu JI. Sara menggelengkan kepalanya. 

"Kau kenal aku. Aku takkan biarkan sesiapa membuat aku sengsara." Sara menghirup teh hijau di hadapannya.

"Apa yang menyedihkan kau ni? Kau kata kau ke sini kerana aku. Kau sudah tidak sayangkan aku?"tanya Shu Wu Ji.

"Wu Ji!"tegas Sara. "Kita tiada jodoh. I was wrong bila rasa kita ada peluang untuk hidup bersama,"kata Sara lagi.

"Kini boleh,"pujuk Shu Wu Ji.

"Not like this. Kau akan ada anak tak lama lagi. Aku redha. Dan aku bahagia bila kau bahagia."

"Tapi-"

"Sehingga aku balik ke zaman aku. Aku sememangnya akan mengharapkan kau membantu aku dalam susah dan senang. Tapi aku bimbang, apa pulak kata masyarakat di sini terutama isteri kau bila kita begini," kata Sara memandang wajah kesayangannya. Shu Wu Ji tidak berkata apa-apa dan menghirup teh di tangannya. "Aku ada satu permintaan."

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now