19

259 29 0
                                    

Li Yang Jian keluar dari rumah itu dengan perasaan marah sehinggakan pembantunya hari itu Zhu Wu tidak berani bertanyakan hal. Mereka menunggang kuda untuk ke pelabuhan.

Sara dan Xiao Lian mengambil kereta kuda untuk ke pekan. Sara menyelak tirai di tingkap dan mengamati segala yang dilihatnya.

"Li Hua, betul ke kau nak diceraikan?"tanya Xiao Lian. Sara mengangguk.

"Aku merasa tidak puas hati bila Daren menuduh aku yang  menyebabkan keluarga aku jatuh miskin jadi, aku mahu pulang membetulkan keadaan. Apa Li Yang Jian ingat perempuan seperti aku ini lemah sangat dan keluarga Mo begitu hina?"balas Sara serius. Xiao Lian mengangguk tanda dia boleh menerima penjelasan itu.

"Na, kita nak ke mana?"tanya Xiao Lian.

"Memang aku hendak berjumpa Liang Taiyi,"jawab Sara. "Lepas itu aku hendak ke pasar pedagang asing. Ada banyak lagi yang aku belum tengok,"jawab Sara. Xiao Lian mengangguk tanda faham. Setibanya dia di kedai tabib Liang dia masuk dan berjumpa dengan tabib itu. Sara berjumpa Liang Taiyi untuk membeli beberapa ubat untuk simpanannya. Kebetulan Li Yang Jian sedang minum teh di tingkat atas kedai teh.

"Eh, itu Mo LiHua,"kata Li Yang Jian. Zhu Wu melihat ke arah pandangan Li Yang Jian.

"Ya Daren,"kata Zhu Wu mengiyakannya. Sara keluar dari klinik itu dan berdiri di depan pintu.

"Kita ke pasar dagang Xiao Lian,"ajak Sara.

"Hua er,"ada satu suara memanggilnya. Dia berpaling dan tersenyum.

"Wu Ji,kau buat apa di sini?"tanya Sara mesra. Wajah Shu Wu Ji mengubat rindunya.

"Lama sungguh aku menunggu untuk berjumpa,"jawab Shu Wu Ji.

"Nak buat macamana, Li Yang Jian sakit,"balas Sara. "Kenapa kau nak jumpa aku?"tanya Sara.

"Rindu,"bisik Shu Wu Ji. Sara ketawa besar mendengarkan pengakuan Shu Wu Ji itu. "Kenapa kau ketawa?"tanya Shu Wu Ji.

"Takde apa cuma aku rasa kau cute sangat,"jawab Sara masih lagi dengan saki baki ketawanya.

"Nah,"kata Shu Wu Ji menyerahkan satu bungkusan kecil ke tapak tangan Sara.

"Ni apa?"tanya Sara.

"Balik nanti bukalah,"jawab Shu Wu Ji. Li yang Jian yang memerhati Sara dari atas tadi menjadi marah melihat kemesraan Sara dan Shu Wu Ji. 'Patutlah tak sabar-sabar hendak bercerai,'marah Li Yang Jian di dalam hati. Sebuah kereta kuda laju melepasi Sara dan Wu Ji yang sedang berbual di situ. Tiba-tiba mata kiri Sara terkena habuk.

"Aduh,"jerit Sara sambil mengelip2kan matanya yang terkena habuk. Shu Wu Ji tanpa diminta meniup habuk di mata Sara. Xiao Lian dan Ah Chan berpandangan sesama sendiri. Li yang Jian menampar meja melihat kejadian itu. Dia bergegas turun dan keluar dari kedai itu.

"Ada lagi?"tanya Shu Wu Ji selepas meniup mata Sara. Sara mengangguk kerana dia masih tidak selesa. Baru sahaja Shu Wu  Ji mahu meniupkan sekali lagi, Li yang Jian menolak Shu Wu Ji ke tepi. Itu mengejutkan semua yang ada di situ. Dia sendiri meniup mata Sara tanpa meminta izin.

"Kau tak apa-apa?"tanya Li Yang Jian. Sara menggelengkan kepalanya.

"Wu Ji kau tak apa2?"tanya Sara. Li yang Jian merasa hampir tidak percaya yang Sara masih lagi mempedulikan Shu Wu Ji.

"Aku ada di sini kau masih nak pandang lelaki lain?"tanya Li Yang Jian. Sara memandang tepat ke wajah Li Yang Jian. Jika hendak dibandingkan dengan Shu wu Ji, Li Yang Jian lebih muda dan dari segi ketinggian Li Yang Jian melebihi Shu Wu Ji.

"Haiya, terima kasih Daren. Mo Li Hua minta diri,"jawab Sara mahu berlalu tetapi ditahan oleh Li Yang Jian. Shu Wu Ji menahan tangan Li Yang Jian daripada menyentap lengan Mo Li Hua.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now