84

157 24 0
                                    

Liu Lu masih lagi memandang kapal penumpang yang ternyata meriah selepas nyanyian Sara.

"Liu Daren sukakan Zheng Xiaojie kah?"soal Zhen Hwang Di tersenyum. Liu Lu mengangguk.

"Belum pernah aku berjumpa dengan wanita muda yang cantik dan bijak dan begitu merendah diri seperti Zheng xiaojie,"balas Liu Lu.

"Satu rahsia Liu Daren,"kata Zhen Hwang Di.

"Rahsia?"soal Liu Lu balik. Zhen Hwang Di mengangguk.

"Ramai yang menaruh hati kepada Zheng Xiaojie. Wang Xiaojie walaupun sama cantik, Zheng xiaojie lebih mesra dan semua orang sukakannya." Liu Lu ketawa.

"Mungkin sehari dua ini aku akan melamar Zheng Xiaojie sebagai isteri aku,"kata Liu Lu. Zhen Hwang Di terkejut dengan niat Liu Li hanya memberikan senyuman mendatar. 'Takkan semudah itu mengenali Zheng Xiaojie,'bisik hati Zhen Hwang Di.

Sara ketawa gembira bersama Ann Di ketika bermain dengan kanak-kanak di situ. Shu Wu Ji dari tadi asyik tersenyum melihat isterinya seperti remaja bermain dengan kanak-kanak di situ.

"Memalukan. Dia tua lagi dari Wang Xiaojie tetapi perangai seperti budak-budak.Hih!,"kata Swee Lan mengeji. Shu Wu Ji terpukul dengan kata-kata itu.

"Swee Lan, tahu kedudukan kau!"tengking Wang He Lan acah-acah marah. "Shu daren semalam He Lan bertemu Liu Lu dia bertanyakan kepada He Lan,adakah boleh dia melamar Zheng Xiaojie?"

"Apa?!"tanya Shu Wu Ji keras. Itu mengejutkan Wang He Lan.

"Tidak mengejutkan bukan? Takkan daren tak dapat melihat dari mata Liu Lu apabila bersama dengan Zheng Xiaojie?"kata Wang He Lan. Shu Wu Ji menghela nafasnya dan menenangkan perasaan marahnya.

"Wang xiaojie, saya masih ada kerja. Ah Chan akan temankan Wang Xiaojie,"pinta Shu Wu Ji berlalu tanpa menoleh kepada mereka bertiga. Dia terus berjalan kepada Sara yang sedang bergurau-senda dengan budak-budak di situ.

"Oh, Wu Ji lai le!"tegur Sara tersenyum manis. Shu Wu Ji merenung wajah ceria Sara. "Yang kenapa?"tanya Sara tanpa suara.

"Zheng xiaojie!"panggil Liu Lu tatkala menghampiri mereka.

"Liu Lu,"balas Sara ceria. Dia memandang Shu Wu Ji yang nampak tidak senang.

"Bolehkah saya bercakap dengan Zheng Xiaojie sebentar?"pinta Liu Lu. Sara tertanya-tanya sendiri apakah halnya kerana dia tiada urusan dengan Liu Lu hari itu. Sara berdiri dan Shu Wu Ji menyentuh lengan Sara . Sara melihat airmuka Wu Ji yang lain macam. "Shu Daren,"tegur Liu Lu yang terasa betapa Shu Wu Ji tidak sukakan kehadirannya di situ. Pandangan Sara beralih dari Liu Lu ke Shu Wu Ji. Keduanya mempunyai ekspresi yang pelik. Wang He Lan menjerit dan berlari ke arah Sara dan menolaknya ke lantai. Liu Lu dan Shu Wu Ji sungguh terkejut dan terus mendapatkan Sara yang terduduk.

"Hei,perempuan tak tahu malu!"jerit Wang He Lan. "Mana boleh memegang lelaki sewenangnya!" Sara hanya menjeling kepada Wang He Lan dan bangun dengan bantuan Ann Di.

"Shuang er,"panggil Liu Lu kebimbangan.

"Wo mei shi(aku tak apa-apa),"jawab Sara memegang pinggangnya yang terasa sengal. Wang He Lan memegang lengan Shu Wu Ji dan menjeling tajam. Sara memandang Shu wu Ji yang serba-salah. "Shu daren yang memegang aku dan kau yang memegang Shu Daren. So yi ne? Sapa yang tak malu ni hah?"

"Zheng xiaojie,"panggil Liu Lu. "Nak saya panggilkan tabib?"

"Cheh, saya tak apa-apa. Suruh tabib tu tengok kepala Wang Xiaojie tu rasaya otak dia mengecut,"balas Sara menjeling. Liu Lu menyimpan ketawanya.

"Kalau macam tu boleh tak Zheng Xiaojie temankan saya bersiar-siar?"

"Tak ada masalah. Ann Di jom,"kata Sara menarik tangan Ann Di. "Aku sepak karang bisu minah ni,"bisik Sara kepada Ann Di. Ann Di ketawa. Dalam marah pun masih boleh melawak. Mereka berjalan ke hujung dek. Matahari terbenam, angin bertiup, bunyi bising hampir tidak kedengaran kerana semua sudah balik ke kabin masing. Bunyi burung camar yang singgah dan terbang menjadikan suasana itu begitu romantik.

"Liu Lu datang kerana ingin meminta sesuatu," kata Liu Lu memulakan bicara. Sara mengerling kepada Ann Di dan Ann Di mengambil beberapa tapak jauh sedikit.

"Apa dia? Kalau saya ada, saya boleh berikan," balas Sara mula merasakan janggal. Dia melihat Liu Lu yang seperti tidak betah di hadapannya.

"Liu Lu err... Zheng Xiaojie bilakah akan balik ke Da Ming?" tanya Liu Lu.

"Sampai Melaka pun belum," jawab Sara ketawa.

"Zheng xiaojie err.. Sudi-"

"Aku tak benarkan!" kata Shu Wu ji yang tiba-tiba muncul.

"Wu Ji, Liu Lu tak habis lagi-"

"Dia," tuding Shu Wu Ji kepada Liu Lu. "Mahukan kau menjadi isterinya," sambungnya. Sara dan Ann Di berpandangan.

"Shu Daren, ini hal aku dan Zehng Xiaojie," tegur Liu Lu.

"Err... Apa betul?" tanya Sara kepada Liu Lu. Liu Lu menjeling kepada Shu Wu Ji dan mengangguk. "Liu Lu senang tak malam ini? Kita makan bersama?" tanya Sara.

"Shuang er!" panggil Shu Wu Ji. Sara menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Liu daren balik dulu nanti datang makan malam di tempat saya, ya?" kata Sara seperti memujuk Liu Lu meninggalkan mereka di situ. Liu Lu tersenyum dan mengangkat hormat.

"Jumpa lagi," kata Liu Lu terus berlalu. Sara memandang Ann Di dan Ann Di pergi dari situ. Sara mendapatkan Shu Wu Ji dan memimpin tangannya ke tepi kapal.

"Semuanya begitu mempesonakan tapi Wu Ji tak ada. Sekarang baru sempurna,"ucap Sara memandang Shu Wu Ji yang masam mencuka itu.
" Senyumlah sikit,"pujuk Sara tapi Shu wu ji tidak mengendahkannya."Nak tolak hati orang biarlah selepas makan," kata Sara.

"Apa maksud sayang?" tanya Shu Wu Ji. Sara tersenyum kerana Wu Ji masih memanggilnya sayang bermaksud dia taklah begitu merajuk.

"Selepas makan nanti Shuang er akan beritahu Shuang er ialah isteri kepada Panglima paling berani! Paling tampan! Paling menyayangi Shuang er," kata Sara. Shu Wu Ji hampir ketawa. "Look at the sunset," kata Sara. "Bersaksikan matahari itu, Shuang er berjanji hanya Shu Wu Ji untuk Shuang er. Dan walau apapun terjadi sama ada kau suka atau tidak, Shuang er hendak Wu Ji ingat balik saat ini dan ingat yang Sara aka Shuang er aka Cempaka aka Mo Li Hua mencintai Shu Wu Ji aka Shuib Abdullah. "

Shu Wu Ji melepaskan tangan Sara dan memeluk bahu isterinya lembut.

"Hanya Sara untuk Wu Ji," bisik Shu Wu Ji.

"Malam ini, berikan ruang untuk Shuang er menerangkan kepada Liu Lu ok?" Shu Wu Ji mengalihkan pandangannya kepada matahari yang sudah separuh terbenam.

"Jangan lama-lama!" sambut Shu Wu Ji. Sara mencubit pipi Shu wu Ji sekuat hatinya. "Aduh!" jerit Shu Wu Ji mencubit pipi Sara pula.

"Sakit! Sakit!" jerit Sara.

"Lepas dulu!" arah shu Wu Ji.

"Hah Dah lepaskan!" Kata Sara menggosok pipinya. Shu Wu Ji juga menggosok  pipinya sendiri yang terasa perit.

"Laokong maksudkannya. Jangan lama-lama," kata Shu Wu Ji mengingatkan.

"Hao le Hao le. Bie sheng qi (Yalah yalah,jangan marah)," jawab Sara tersenyum.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now