94

180 27 0
                                    

Ann Di melihat Sara tidur dengan mata yang bengkak. Dia pergi membasahkan sehelai kain pengelap muka dan menekap-nekap di sekitar mata. 'Takkan aku nak biarkan matanya bengkak macam ni,'kata Ann Di. Dia bangun dan pergi ke dapur mencari sesuatu untuk menurunkan bengkak mata Sara. Dia mencari timun dan memotongnya nipis-nipis. Dia berjalan ke bilik.

"Ann Di,"panggil Shu Wu Ji dari satu sudut. Dia menoleh.

"Ge,"sambutnya. Hatinya begitu geram dengan Shu Wu Ji.

"Sara dah tidur?"tanya Shu Wu Ji teragak-gak.

"Hmm,"balas Ann Di.

"Dia tak apa-apa?"tanya Shu Wu Ji. Ann Di melihat Shu Wu Ji di hadapannya. Nampak seperti kekusutan.

"Ge, aku nak bagi amaran. Kalau kau tak tahu membawa diri bersama Sara,aku takkan teragak-agak bawa dia jauh dari sini,"kata Ann Di mendatar.

"Kau ingat aku pengemis!"desis Shu Wu Ji."Aku suami Sara dan kau hanya kawan dia,"balas Shu Wu Ji. 'Ego,ego,ego,'bentak hati Ann Di.

"Teruskanlah perangai macam ni. Kau akan jadi Li Yang Jian tanpa banyak campurtangan orang luar. Percayalah,"balas Ann Di menunduk hormat dan berlalu. Shu Wu Ji ditinggalkan di situ berseorangan. Ann Di masuk ke bilik dan meletakkan hirisan timun tadi ke mata Sara.

"Thank you best friend,"ucap Sara tanpa membuka matanya. Ann Di tersenyum sendiri. 'Aku di sini kerana kau Sara,'kata hatinya. Sebelum ayam berkokok Sara bangun. Walaupun malam tadi seperti sangatlah membencikan tapi dia merasa ringan seperti sehelai daun. Dia melihat Ann Di tidur di bangku panjang dan dia pergi membetulkan selimut Ann Di. Dia pergi ke cermin dan melihat matanya tidak terlalu bengkak.

"Thank you Ann Di"katanya berbisik. Dia keluar dan melihat Pipit baru tiba dari masjid.

"Cempaka,"tegur Pipit. Dia mendengar cakap-cakap orang bagaimana Sara dan Shu Wu Ji bertengkar.

"Temankan aku jogging pagi ni,"pinta Sara ringkas. Pipit mengangguk. Sara memulakan dengan pemanasan badan dan dia mula berlari keluar dari rumah tumpangan itu. Cuaca agak sejuk kerana fajar baru sahaja menyinsing. Pipit berlari di sebelahnya. Sara perasan Pipit asyik mencuri pandang.

"Kau ni dahnya kenapa?"tanya Sara sambil berlari. Pipit tidak menjawab. "Pit aku kena tanya banyak kali ke?"tanya Sara lebih tegas.

"Pipit patut berada bersama Cempaka malam semalam,"jawab Pipit. Sara menghentikan lariannya.

"Kenapa kau bilang begitu?"tanya Sara.

"Pipit takkan biarkan Shu daren melayan Cempaka sedemikian,"jawab Pipit berterus-terang.  Sara merasa terharu dengan kata-kata Pipit.

"Shu daren bukan orang yang jahat apatah lagi suami yang tidak baik. Ada juga salah aku di situ,"kata Sara tersenyum. Sara menepuk bahu Pipit. "Tak perlu dirisaukan. Inikan Cempaka,"kata Sara meyakinkan Pipit. Pipit mengangguk. "Jomlah. Aku nak berlari agak lama hari ini. Berlari di kapal tidak sama di atas daratan,"sambung Sara menyambung lariannya. Selepas berbatuan berlari, Sara dan Pipit singgah di sebuah warung. Bau nasi lemak semerbak. "Kita makan di sini dulu. Nanti kita bungkuskan untuk Ann Di dan yang lainnya,"ucap Sara. Dia malas hendak menyebut nama Shu Wu Ji.

"Shuang er,"panggil satu suara ketika Sara baru hendak menjamah makanan. Dia dan Pipit menoleh lalu berdiri. "Abang Ishak,"tegur Sara.

"Duduklah Sara, Pit,"pelawa Tun Ishak.

"Abang dari masjid ya?"tanya Sara. Tun Ishak mengangguk. Pekedai itu meletakkan sepinggan nasi lemak di hadapan Tun Ishak. "Mari makan. Bau nasi lemak ni harum dari jauh dah dapat hidu,"kata Sara ceria. Mereka makan dengan penuh berselera.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now