98

197 25 2
                                    

Ann Di menghentikan langkahnya dan itu mengejutkan Sara. Dia memandang Sara.

"Kau ni kenapa Ann Di?"tanya Sara kehairanan.

"Entahlah aku rasa macam tak sedap hati saja," jawab Ann Di. Sara memerhatikan sahaja Andrew versi gadis jelita di hadapannya.

"Kenapa adinda berdua berhenti?"tanya Tun Ishak. Dia melangkah menuju ke arah mereka.

"Hamba merasa seperti ada yang tidak kena," jawab Ann Di. Tun Ishak terdiam sebentar.

"Apa yang buat Ann Di berkata demikian?"tanya Tun Ishak.

"Yong Liu adalah lanun yang paling ganas dan paling ditakuti dan tak mungkin dia mudah ditangkap. Dia di sini kerana kemahuannya bukan kemahuan kita," jawab Ann Di. Sara juga merasakan demikian tetapi dia terlalu ingin mengetahui mengapa Yong Liu sanggup menjadi penghuni penjara di Tanah Melaka ini.

"Saudari Ann Di, apakah yang hamba dapat lakukan untuk menyenangkan sedikit hati saudari?"tanya Tun Ishak. Sara melihat cara Tun Ishak melayan Ann Di. 'Tun Ishak kau memang lady's man-lah,'puji Sara. Dia mengeluh dalam hati. Keprihatinan dan kepekaan Tun Ishak mengatasi Shu Wu Ji, Li Yang Jian dan Tun Daim.  Ann Di memerhatikan Tun Ishak.

"Kita buat begini,"Ann Di memulakan cadangannya. "Datuk, bawa Yong Liu keluar dari sini tetapi datuk mesti pengsankan dia."

"Kita nak bawa dia ke mana?"tanya Sara.

"Balik ke Tanah Ming," jawab Ann Di.

"Tapi-"

"Hamba rasa hamba faham kerisauan Ann Di," potong Tun Ishak. Sara memandang Tun Ishak dan Ann Di. Dia mengangkat kedua keningnya kerana dia langsung tidak dapat menangkap apa yang mereka sedang katakan. "Begini dinda," sambung Tun Ishak. Nada lembut Tun Ishak membuatkan Sara menyimpan senyumannya. Sungguh mempersonakan. 'Nasib baik bukan suami aku ni, kalau dak dia mintak kawin 4 pun aku angguk,'tegur Sara lalu ketawa dalam hati. "Dinda, kenapa dinda tersenyum-senyum ni?"tanya Tun Ishak masih lagi lembut. Sara memandang Ann Di tetapi dijeling tajam olehnya. 

"Teruskan-teruskan. Dinda melamun sebentar tadi. Maaf ya," jawab Sara. Tun Ishak terketawa kecil.

"Kita bersetuju bahawa Yong Liu memang mahu ditangkap dan ditahan di sini,bukan?"tanya Tun Ishak. Sara mengangguk. "Saudari Ann Di mengandaikan kita sekarang sedang mengikuti hajatnya." Sara mengangguk lagi. "Kalau kita bawa dia pulang ke tanah Ming, tanpa dia tahu, kita boleh menggagalkan apa sahaja rancangannya," cerita Tun Ishak lagi.

"Ada ke kapal hendak ke Ming bertolak segera?"tanya Sara. Tun Ishak menggelengkan kepalanya.

"Yang akan berlepas esok hanyalah kapal dagang bukan kapal utusan maharaja,"jawab Tun Ishak.

"Bukankah itu lebih baik?"tanya Sara lagi. "Ia kan kurangkan syak,"kata Sara. Tun Ishak melihat Sara dan mencubit kedua pipitnya. Sara menampar tangan Tun Ishak sambil mengaduh kesakitan. Tun Ishak ketawa lalu melepaskan pipi Sara yang sudah kemerahan.

"Ada sebuah kapal dagang membawa rempah balik ke Tanah Ming esok,"beritahu Tun Ishak. "Tetapi adinda baru sahaja berlabuh beberapa hari. Tinggallah di sini seberapa lama,"pujuk Tun Ishak. Ann Di tersenyum.

"Kalau dinda tak ikut siapa yang akan mengiringi?"tanya Sara.

"Kita serahkan kepada Shu Daren dan Liu Lu Daren untuk membuat perancangan.,"jawab Tun Ishak.

"Nak pergi jumpa Yong LIu boleh?"tanya Sara mencuba nasib. Ann Di menyentuh lengannya.

"Kan aku kata tak sedap hati," kata Ann Di. "Aku nasihatkan janganlah pergi," sambung Ann Di serius. Sara memandang Ann Di sedalamnya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now