40

250 32 3
                                    

Hari yang bersejarah untuk Sara dan Shu Wu Ji tiba jua. Selepas Subuh, Sara, Wu Ji, Zheng gonggong, Pipit dan Ah Chan sudah pun berada di bilik khas yang ditempah. Sara memakai hanfu berwarna kuning dan merah dan Wu Ji berwarna merah. Mereka akan diijabkabulkan terlebih dahulu sebelum melalui tradisi perkahwinan setempat.

Seorang imam dan saksinya sedang menanti mereka di situ. Sara melangkah kaki ke situ dan terkejut dengan kehadiran Pak Syeikh di situ. Sara memandang Zheng gonggong.

"Shuang er,kenalkan ini Pak Syeikh,"ucap Zheng gonggong. Sara mengenali Pak Syeikh tetapi Pak Syeikh tidak mengenali Sara Mo Li Hua. "Jurunikah pagi ini,"

"Assalamualaikum, Pak  Syeikh," sapa Sara. Melihat Pak Sheikh dia teringatkan syahida dan Tun Daim.

"Ini Mo Li Hua?"tanya Pak Syeikh. Sara mengangguk dan duduk di hadapannya.

"Nama Melayu Sara Amalina Sallehudin,"jawab Sara. Pak Syeikh tersenyum. Sara yang berselendang cantik duduk bersama Shu Wu Ji.

"Saya Shuib Shu Abdullah,"ucap Shu Wu Ji.

"Baiklah, ini di belakang ana saksi perkahwinan ini. Itu penulis surat nikah,"tunjuk Pak Syeikh. "Mahu guna bahasa apa? Bahasa Cina-"

"Bahasa Melayu,"jawab Shu Wu Ji pantas. Dia sungguh gementar kerana dia takut terjadi seperti hari itu. Zheng  gonggong menggelengkan kepalanya.

"Baiklah, Sara Amalina Sallehuddin, ante bersetuju untuk dinikahkan dengan Shuib Shu Abdullah?"tanya Pak Syeikh.

"Hamba setuju,"jawab Sara.

"Kita mulakan sekarang,"kata Pak Syeikh. Xiao Lian,Pipit dan Ah Chan juga berada di situ. Sara dengan sekali lafaz Shu Wu Ji menjadi isteri yang sah. Zheng gonggonglah orang yang gembira. Sara mencium tangan Shu Wu Ji dan Shu Wu ji meletakkan tangannya di kepala Sara. Selesai doa dan sarapan,Pak Syeikh meminta diri.

"Pak Syeikh, Syahida apa khabar?"tanya Sara. Pak Syeikh terkejut mendengar soalan itu.

"Ante kenal anak Pak Syeikh?"tanya Pak Syeikh kembali. Sara tersenyum.

"Pernah berjumpa sekali dua,"jawab Sara ketawa.

"Alhamdulillah  akan melahirkan sepasang kembar."

"Tun Ishak tentu gembira,"ucap Sara.

"Alhamdulillah," jawab Pak Syeikh. Sara tidak mahu bertanya lebih takut menimbulkan syak. Tapi dia percaya Tun Ishak takkan mensia-siakan Syahida. Shu Wu Ji mendapatkan Sara.

"Pak Syeikh terima kasih,"ucap Shu Wu Ji.

"Semoga perkahwinan ini diberkati oleh Allah swt. Terima kelemahan dan kekuatan masing-masing ketika susah-senang ya?"nasihat Pak Syeikh. Sara dan Shu Wu Ji berpandangan. Shu Wu Ji memeluk bahu Sara. Sara tersenyum. Hari ini jika ada mak dan mamatok,tentu lebih berseri. "Pak Syeikh pulang dulu,ya?"kata Pak Syeikh meminta diri.

"Baik Pak Syeikh, hati-hati di jalan,"sambut Sara. Pak Syeikh dan rombongannya dihantar pulang oleh orang Zheng He.

"Shuang er,pergilah bersiap sekarang. Nanti lambat pula,"tegur Zheng gonggong. Sara pergi mendapatkan orang tua terbilang itu dan memeluknya.

"Terima kasih jiaofu,"ucap Sara. Ada airmata di bening mata galak Sara. Dia melepaskan pelukannya.

"Jiaofu sekarang senang hati kerana, Shuang er sudah mengahwini Shu Wu Ji. Jiaofu pasti Shu Wu Ji akan menjaga Shuang er seperti nyawanya sendiri. Betul Wu Ji?" Shu Wu Ji mengangguk dan dia memimpin Sara ke belakang sikit dan mereka berlutut. Mereka menundukkan sedikit kepala mereka sebanyak tiga kali. Zheng gonggong membantu Sara dan Shu Wu Ji bangun dari salam hormat kepada seorang ayah itu. "Shu Wu Ji selamat datang ke keluarga Zheng,"kata Zheng gonggong lagi. Zheng gonggong meminta diri kerana dia mahu melihat persiapan di rumahnya pula. Pipit, Ah Chan dan Xiao Lian keluar untuk memberi sedikit privasi kepada Sara.

"Laopo, laokong akan datang sebentar lagi membawa laopo ke rumah jiaofu,"ucap Shu Wu Ji. Sara mendakap suaminya erat. "Kenapa ni?"tanya Shu Wu Ji.

"Sara rindukan mak dan mamatok,"jawab Sara. Shu Wu Ji memeluk Sara erat. Bagaimana mungkin dia membalas apa-apa. Hubungan ini begitu ganjil dan mustahil diterima akal. Yang pasti hatinya hanya ada wanita dalam pelukannya ini. Hanya itu yang membuat Shu Wu Ji meneruskan perkahwinan ini.

"Sayang, hanya Allah yang dapat memisahkan kita. Laokong tidak akan pernah menyesali." Sara menangis dalam pelukan Shu Wu Ji. Sara akui, kehadirannya di situ hanyalah sementara. Dia meleraikan dakapan itu.

"Pergilah bersiap, ada dalam dua jam saja lagi ni,"kata Sara. Shu Wu Ji mengangguk dan memberikan ciuman di dahi.

"Wo ai ni,"ucap Shu Wu Ji.

"Wo ai ni banyak-banyak,"jawab Sara. Mereka ketawa bersama.

"Bye!"kata Shu Wu Ji berlalu dari bilik itu. Xiao Lian masuk ke kamar besar itu.

"Li Hua,"panggil Xiao Lian.

"Ok, kita ikut plan yang kita dah buat tempoh hari,"kata Sara bergegas ke tempat persalinan.

"Daren, hari ini di rumah penginapan begitu sibuk dengan persiapan perkahwinan  Mo Li Hua,"kata Shen Liang, pembantu Zhu Wu yang masih kecederaan. Li Yang Jian membaling cawan dan teko ke dinding dan berderaian jatuh.

"Baru saja diceraikan sudah mencari suami baru!"tempik Li Yang Jian. Semalaman dia tidak dapat tidur kerana hari ini adalah hari perkahwinan Mo Li Hua. "Hmm, Li Hua, yang akan menjadi suami kau hari ini hanyalah aku!" Lalu dia ketawa besar. "Shen Liang, letakkan orang-orang kita di laluan perarakan. Perceraian ini akan digantikan dengan perkahwinan,"kata Li Yang Jian.

Sara telahpun menyalin tadi ke pakaian lelaki. "Kau dengan Pipit harus berada di sini. Persiapan pengantin mestilah mengikut yang sebenarnya.Ok?" Xiao Lian mengangguk.

"Tolong berhati-hati di jalan Li Hua. Aku risau. Li Yang Jian itu tak dapat dijangka tindakannya."

"Aku tahu,"balas Sara.

"Zheng gongzi,"pengawal peribadi Zheng gonggong memanggil dari luar.

"Ini-"tegur Pipit.

"Chen Di Fen," dia mengeluarkan tag nama Zheng gonggong. Pipit mengangkat hormat.

"Ok, da siap."kata Sara keluar dari bilik. "Pipit sorang pun tak boleh tahu tentang hal ni."

"Zheng xiaojie,"panggil gadis di belakang pengawal itu. Gadis itu sama tinggi sama saiz dengan Sara.

"Baik kamu masuk ke dalam, bersiap. Kamu jelas bukan tentang perkara ini?" Gadis itu mengangguk. "Keluarga kamu akan diberi wang ganjaran selain semua hutang keluarga kamu lupus,"kata Sara lembut.  Gadis itu mengesat airmatanya.

"Terima kasih Zheng xiaojie,"kata gadis itu. Sara mengangguk dan berlalu dari situ. Xiao Lian menyiapkan gadis gantian itu sepertimana yang telah dirancang. Rombongan perarakan Shu Wu Ji sampai tepat masanya. Xiao Lian dan Pipit mengiringi gadis itu ke pintu.

"Shuang er,"panggil Shu Wu Ji yang masih tidak tahu Sara telah diganti. Dia membantu gadis itu menaiki tandu perkahwinan. Shu Wu Ji menunggang kudanya dan menunggang perlahan di sisi tandu. Sampai di selekoh, mereka diserang. Xiao Lian menggelengkan kepalanya tidak percaya yang sangkaan Li Hua itu betul. "Xiao Lian Pipit bawa Li Hua pergi sekarang!"

"Zheng Xiaojie, mari,"panggil Xiao Lian tanpa berlengah. memimpin gadis itu keluar dari tandu untuk dibawa ke tempat persembunyian. Shu Wu Ji sibuk menangkis serangan. Li Yang Jian menolak Xiao Lian dan menghentak Pipit di leher menyebabkan Pipit pengsan di situ. Dia menarik gadis itu ke atas kudanya dan dilarikan secepat mungkin. Orang-orang Li Yang Jian juga hilang sekelip mata.

"Xiao Lian,Pipit!"Shu Wu Ji menjerit mendapatkannya. "Li Hua?" Pipit mengurut lehernya yang terasa sakit. Xiao lian menggelengkan kepalanya. Shu Wu Ji merasa sangat berang dengan perbuatan Li Yang Jian. Dia mahu mengejar Li Yang Jian.

"Daren, Zheng gonggong berpesan jika apa-apa terjadi pulang ke rumahnya terlebih dulu,"kata Pipit.

"Apa?"balas Shu Wu Ji terkejut.

"Zheng gonggong pesan Shu Daren pulang ke rumanya dahulu kerana jika ini perbuatan Li Yang Jian, Zheng gonggong akan mengambilnya kembali dari Li Yang Jian.

"Tapi-"

"Daren, mari kita teruskan perjalanan,"pinta Pipit. Shu Wu Ji mengeluh panjang. Hatinya seperti disiat-siat kerana musibah demi musibah terpaksa dihadapinya untuk bersama Sara. Dia mengikut sahaja saranan Pipit kerana jika Zheng gonggong sudahpun berkata demikian.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now