10

308 33 1
                                    

Shu Wu Ji berjalan beriringan dengan Sara dan Ah Chan mengikuti rapat di belakang mereka. Xiao Lian yang menjinjit jagung kukus yang berat mendapatkan mereka di situ.

"Li Furen, berat jagung-jagung ini," komplen Xiao Lian. Ah Chan mengambil semua jagung-jagung itu daripada Xiao Lian.

"Xiao Lian, ini Ah Chan. Segak tak?" usik Sara.

"Li Furen," balas Xiao Lian muka sudah kemerahan.

"Ah Chan dah ada isteri?" tanya Sara kepada Shu Wu Ji. Wu Ji menggelengkan kepalanya.

"Daren," sampuk Ah Chan. Sara dan Shu Wu Ji ketawa.

"Kau nak buat apa dengan kotak muzik ni?" tanya Wu Ji.

"Birthday Zumu malam ni. Aku baru tahu," jawab Sara.

Xiao Lian dan Ah Chan berpandangan kerana kedua tuan mereka berbahasa asing.

"Macamana kau tahu aku di sini?" tanya Sara.

"Aku keluar dari kedai teh dan ternampak kau berjalan ke arah ini."

"Li Yang Jian?" tanya Sara.

"Kem Li Yang Jian ada kecemasan. 10 dari tenteranya mendapat penyakit?"

"Penyakit apa?"

"Bahasa kau...demam campak," jawab Wu Ji. Sara terdiam dan memandang Wu Ji. "Kenapa?" tanya Wu Ji. Sara menggelengkan kepalanya. 'Janganlah kau pulak yang demam campak Yang Jian. Jenuh nak kuarantin ni,' dia berleter dalam hatinya.

"Wu Ji. Hantarkan aku balik," pinta Sara. Wu Ji mengangguk.

"Li Furen, qing..." balas Shu Wu Ji dan kali ini Xiao Lian dan Ah Chan boleh tersenyum kerana memahami mereka. Mereka sampai di pintu gerbang kediaman keluarga Li. Sara mengisyaratkan dua dari petugas di pintu gerbang itu membawa masuk beliannya ke dalam.

"Shu Daren. Terima kasih kerana membantu tadi," kata Sara menunduk hormat. Shu Wu Ji mengangguk.

"Datang kepada aku kalau kau memerlukan bantuan bila-bila masa," kata Shu Wu Ji tersenyum.

"Sudah tentu," jawab Sara. "Aku masuk dulu," katanya lagi. Shu Wu Ji mengangguk dan melihat Sara masuk bersama Xiao Lian sehingga hilang kelibatnya.

"Daren, selama ini, belum pernah saya tahu Daren mengenali Li Furen," tegur Ah Chan. Shu Wu Ji tersenyum tanpa menjawab apa-apa.

"Kita balik," ajak Shu Wu Ji. Ah Chan mengikut sahaja arahan tuannya itu. Hati Shu Wu Ji yang berat kini menjadi bahagia kerana Sara berada dekat dengannya biarpun di hadapannya ialah Mo Li Hua.

Xiao Lian dan Sara berjalan menuju ke kediaman mereka di hujung sekali di kawasan Kediaman Li yang sebesar kawasan sebuah pusat beli belah. "Hai, kenapalah jauh sangat rumah kita dalam kawasan ni?" leter Sara.

"Li Hua, kawasan rumah kita adalah yang terbesar tetapi semua orang tahu, Li Daren, sengaja menempatkan kita sejauh ini."

Sara memandang inang atau dayang atau hamba atau bagi Sara gadis yang paling jujur di sisinya. "Ya, rumah Yuan Yuan adalah yang terdekat dengan bilik membaca Yang Jian," jawab Sara. "Ok...Xiao Lian pintu paling dekat dengan kediaman kita pintu mana?"

"Paling dekat? hmm... Pintu sebelah barat. Tetapi dayang dapur menggunakan pintu tersebut."

"Oh? Kalau macam tu, kita guna sahaja pintu yang paling dekat lain kali," kata Sara.

"Tak boleh Li Hua. Kau puan besar kediaman ini. Isteri rasmi Li Daren. Hanya hamba dan pekerja sahaja yang boleh menggunakan pintu itu," beritahu Xiao Lian.

"Selagi orang tak tahu," jawab Sara.

"Li hua," tegur Xiao Lian.

"Xiao Lian! Kau suka membebel mengalahkan zumu," balas Sara. Xiao Lian bermasam muka dengan kenyataan Sara itu. "Ohhhh....marah....ya," usik Sara.

"Li Hua. Tolong jangan buat masalah. Kau susah kami semua akan susah," rayu Xiao Lian.

"Hao Hao Hao. Aku cuba," jawab Sara. Xiao Lian masih tidak berpuas hati dengan jawapan Sara.

"Apa kata kau pergi memberi jagung kukus tadi kepada semua orang? Aku nak balik bilik nak berehat," arah Sara. Xiao Lian mengangguk dan terus berlalu. "Xiao Lian...membebel marah pun kalau dipinta cepat sahaja kau membuat kerja kau," puji Sara perlahan. "Sampai bila aku nak berada di sini. Popo, take me back," bicaranya sambil menyentuh rantai mutiara itu di lehernya. Rantai itu tidak memberikan apa-apa reaksi.

Lao Furen atau Zumu duduk di samping Zhang momo yang sedang pulih dari kecederaan kakinya.

"Lao Furen," tegur Zhang Momo. Lao Furen yang sedang membaca memandang dayang yang bersamanya selama hayatnya. "Li Furen ke pekan tadi dan balik membelikan jagung kukus untuk semua pembantu-pembantunya."

"Hua er," kata Lao Furen tersenyum.

"Sejak kemalangan itu, Li Furen nampak lebih ceria," puji Zhang Momo. "Zhang momo terhutang nyawa dengannya," sambung Zhang Momo melihat kakinya.

"Perubahan Hua er ialah dia menjadi lebih berkeyakinan. Tidak macam dulu, selalu menangis, menunduk. Dia lebih berani sekarang," kata Lao Furen memberi pendapatnya. Zhang Momo mengangguk.

"Lao Fu ren. lebih cantik!" kata Zhang Momo. Lao Furen ketawa.

"Aku sentiasa melihat Hua er sebagai anak gadis yang cantik. Tapi sekarang dia sudah pun dewasa menjadi seorang wanita muda yang bila berdiri di sebelah Yuan Yuan dan Han Mei, dia lebih menonjol. Mungkin kerana dia lebih muda dari gundik-gundik itu atau mungkin perubahan dirinya membuatkan ramai yang terpikat," puji Lao Furen. Zhang momo tersenyum.

Tetamu mula membanjiri kediaman Li kerana jamuan makan malam hari ulangtahun Lao Furen. Sara berpakaian cantik malam itu untuk Zumu yang disayanginya. Dia pergi bersama hadiah yang dibelinya tadi di pasar pedagang asing. Xiao Lian membalut kotak itu dengan cantik.

"Li Furen," tegur salah seorang penyambut tetamu di situ.

"Xiao Li," sambut Sara. Xiao Li terperanjat kerana Sara menyebut namanya.

"Silakan," kata Xiao Li tersenyum dan membawa Sara duduk bersama Lao Furen. Li Yang Jian dan Yuan Yuan duduk di satu meja.

"Jie jie ada masalah agaknya kerana dia datang paling lambat," kata Yuan Yuan lembut. Han Mei yang berada di meja sebelahnya mengiyakan. Li Yang Jian tidak memberikan reaksi kerana terhadap kata-kata itu. Malam itu Mo Li Hua menarik pandangannya.

"Zumu, Li Hua lewat ke?" tanya Sara melihat pandangan tetamu yang semacam memandangnya. Lao Furen ketawa.

"Kamu tak tahu kamu lewat?" tanya Lao Furen.

"Oh, Zumu maafkan Li Hua," kata Sara berdiri dan memberikan hormat sekali lagi tanda minta maaf.

"Duduklah Li Hua. Bapa mertua kamu ada sedikit hal jadi dia yang lewat. Kita sedang menunggunya," terang Lao Furen. Sara tersenyum menarik nafas lega. "Ini apa?" tanya Lao Furen.

"Hadiah harijadi Zumu," bisik Sara. Lao Furen tersenyum.

"Apakah dia?" tanya Zumu berbisik.

"Rahsia," jawab Sara dan Zumu ketawa riang. Dari satu jarak, Li Yang Jian memerhatikan sahaja gelagat mereka. Tiba-tiba pengumuman dibuat dan Li Lao Ye dan Li DaNyangzi masuk ke balai. Shu Wu ji dan beberapa pegawai istana lain berjalan di belakang mereka. Shu Wu Ji duduk di meja bersebelahan Li Yang Jian. Sara melambai mesra Shu Wu Ji dan Shu Wu Ji melambai balik. Li Yang Jian memerhatikan kelakuan Sara yang langsung tidak mempedulikannya di situ.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now