38

265 34 4
                                    

Sara mengeluh di tepi tingkap di bilik penginapannya. Li Yang Jian sememangnya dilahirkan untuk mengujinya. Shu Wu memanggil namanya di luar bilik. Dia terus berjalan ke pintu.

"Zheng gonggong dah balik,"beritahu Shu Wu Ji. Sara keluar dari bilik itu dan berjalan bersama Shu Wu Ji ke ruang makan penginapan itu. "Kenapa aku tengok kau termenung dari tadi?"

"Aku memikirkan Li Yang Jian."

"Kenapa?"tanya Shu Wu Ji hairan. Sara mengangkat bahunya.

"Agaknya sebab aku hilang sabar tadi aku merasa sedikit bersalah. Walaupun dia bencikan Mo Li Hua dia masih rela menjadikan Mo Li Hua isteri rasminya,"jawab Sara menghela nafas panjang.

"Kau rasa bersalah kepada Mo Li Hua bukan Li Yang Jian."

"Aku takut keputusan ini menjejaskan Mo Li Hua. Bayangkan Mo Li Hua kembali dah tentu dia terkejut tidak menjadi isteri Li Yang Jian lagi."

"Kau cakap apa ni? Bukankah Li Laoye yang mahukan Li Yang Jian menceraikan kau. Kau lupa Mo Li Hua banyak dibuli di rumah itu,"balas Shu Wu Ji. Sara memberhentikan langkahnya dan menoleh kepada Shu Wu Ji yang berada di sebelahnya.

"Aku tahu. Aku takut biarpun Mo Li Hua dibuli, dia menahan semua caci maki kerana dia sayangkan Li Yang Jian,"kata Sara merenung mata Shu Wu Ji.

"Apa yang perlu kau lakukan ialah menjayakan misi ini. Kalau keluarga Mo gemilang macam sebelum Mo Li Hua berkahwin. Aku rasa dia tak kisah sangat kot." Sara meneruskan langkahnya.

"Kau betul. Baiklah, mulai hari ini aku akan memikirkan apa yang kita akan lakukan selepas ini,"janji Sara. "Cepatlah, aku lapar ni,"kata Sara berlari ke restoran rumah penginapan itu. "Jiaofu, jiaofu, jiaofu,"panggil Sara sambil berlari. Terkejut Zheng gongong yang baru saja hendak meneguk teh.

"Shuang er, tolonglah jangan buat begini. Gugur jantung jiaofu,"kata Zheng gonggong mengurut dada. Sara tergelak.

"Maafkan Shuang er,"kata Sara terus duduk di tepi Zheng gonggong. "Nah, jiaofu teh."Sara memberikan secawan teh kepada ayah angkatnya.

"Pipit cerita Li Yang Jian buat hal lagi,"kata Zheng gonggong. Sara mengangguk. Dia malas nak komen. "Li Yang Jian ada hati dengan kamu agaknya,"kata Zheng gonggong sambil memandang Sara.

"Mana Shuang er tahu,"balas Sara.

"Haizi, jiaofu cakap sesuatu boleh?"tanya Zheng gonggong. "Wu Ji kau dengarkan ini juga." Mereka memasang telinga hendak mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Zheng gonggong. "Wu Ji, kau sudah islam bukan?" Tanya Zheng gonggong. Shu Wu Ji memandang Sara dan kemudian Zheng gonggong. Dia mengangguk. "Dengan itu, Shu Furen bukan lagi isterimu,"sambung Zheng gonggong.

"Apa yang jiaofu nak katakan ini?"tanya Sara.

"Hao haizi, jiaofu kalau minta Shuang er berkahwin dengan Wu Ji bagaimana?"

"Hah?!"jerit Sara dan Shu Wu Ji serentak.

"Jiaofu tahu, Shu Wu Ji sayangkan Shuang er. Sekarang shu Wu Ji bukan lagi suami sesiapa."

Shu Wu Ji menjeling kepada Sara.

"Apabila Shu Wu Ji memeluk Islam, maka Shu Furen bukan lagi isterinya sebab Shu Furen bukan Islam,"kata Zheng He. Sara termenung mendengarkan permintaan itu. Wajah Shu Wu Ji nampak gembira dengan kata-kata Sara.

"Tapi Shuang er mahu balik kepada mak dan mamatok,"kata Sara. Shu Wu Ji terkejut Sara berkata demikian. "Tak adil bagi Wu Ji jika Shuang er balik ke tempat asal,"sambung Sara lagi. Shu Wu Ji mengeluh sendiri. Wajahnya berubah. Zheng gonggong perasan tentang perubahan air muka Shu Wu Ji.

"Kau tak sayangkan aku?"tanya Shu Wu Ji perlahan. Sara memandang Shu Wu Ji.

"Aku sanggup berkorban nyawa untuk kau Wu Ji,"jawab Sara perlahan. "Tetapi aku perentas masa aku tak tahu sampai bila aku akan berada di sini,"kata Sara kepada Shu Wu Ji.

"Dalam ertikata lain kau bersedia untuk meninggalkan aku,bukan?"tanya Shu Wu Ji terkejut.

"Ini kenyataannya Wu Ji. Aku dibawa balik ke sini kerana hanya mahu memastikan kau hidup bahagia di sini seperti yang sepatutnya. Itu saja. Dan melihat kau sihat begini, hati aku sudah cukup puas,"terang Sara. Shu Wu Ji memandang Zheng gonggong.

"Shuang er, jiaofu bukan mahu memaksa tetapi keadaan akan jadi lebih bahaya bila Shuang er balik ke Hangzhao. Gadis muda begini, ramai yang memerhati, jika Shuang er menjadi isteri Shu Wu Ji sekurang-kurangnya orang yang berniat jahat akan berfikir dua kali untuk mencederakan Shuang er,"kata Zheng gonggong menggenggam tangan gadis dari masa depan yang sudah dianggap seperti darah dagingnya. Sara memerhatikan wajah Zheng gonggong dan dia tahu ayah angkatnya berniat ikhlas. "Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan tapi Shuang er dan Wu Ji bukanlah orang asing."

Sara melihat Shu Wu Ji hanya tertunduk memandang meja.

"Li Yang Jian takkan menganggu lagi bila kamu sudahpun milik orang lain."

Sara terdiam. Dia menghela nafas yang panjang. "Shu Furen akan bersedih nanti. Sudahlah baru sahaja melahirkan,"ucap Sara setelah beberapa saat terdiam.

"Jiaofu akan terangkan kepadanya yang seorang muslim hanya boleh berkahwin sesama muslim."

Sara meraup wajahnya. Bukan dia tidak rela tapi dia cuma fikirkan kesengsaraan Shu Wu Ji sekiranya dia dipanggil balik ke zaman moden. Shu Wu Ji berdiri mahu meninggalkan meja itu tetapi ditahan oleh Sara.

"Shuang er setuju,"kata Sara. Shu Wu Ji merasa sangat gembira dengan kata-kata itu. Zheng gonggong bertepuk tangan.

"Kau pasti?"tanya Shu Wu Ji.

"Kau pasti kau mahu aku menjadi isterimu?"tanya Sara kembali. Shu Wu Ji mengangguk.

"Biarpun saat yang seterusnya kau mesti pulang ke tempat asal sekurang-kurangnya aku dapat hidup di samping kau biarpun hanya seketika,"jawab Shu Wu Ji.

"Wo ai ni.."balas Sara. Shu Wu Ji merenung wajah Mo Li Hua. 'Biarpun wajah berbeza hati kau tetap sama,'bisik hati Shu Wu Ji.

"Aku juga.."kata Shu Wu Ji berbisik.

"Kalau macam tu, kita buat majlis lusa ya. Sebelum kita bertolak ke Hang zhao,"beritahu Zheng gonggong menepuk bahu Shu Wu Ji. "Mari kita makan dulu,"ajak Zheng gonggong.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now