100 Finale

285 32 6
                                    

Keadaan di istana Tun Ishak hiruk-pikuk dengan jeritan dayang-dayang dan khadam-khadam yang tidak tentu arah. Terdapat api marak membakar istana dan lanun-lanun dengan senang membunuh sesiapa sahaja di hadapan mereka. Delima dan Tun Ishak masih di istana. Tinggallah Syahida dan pengawal-pengawal istana.

Sara, Ann Di dan Pipit bersama 50 orang tentera laut menyorok di tepi semak untuk memerhatikan keadaan. Api marak dan asap hitam berkepul-kepul di udara.

"Teruk sangat ni,"tegur Ann Di. "Dari cara mereka ini, memang mereka tidak mahu seorang pun yang selamat,"bisik Ann Di. Sara memandang kepada Ann Di.

"Aku masuk cari Syahida. Kau dan Pipit serang dari hadapan. Aku masuk dari pintu belakang. Ann Di memeluk Sara. "Jumpa aku di KL,"bisik Sara.

"Jaga diri,"bisik Ann Di. Sara mencucuk cucuk sanggul jed putih mutiara pink sebutir ke rambut Ann Di.

"This will show you the way home,"kata Sara berbisik. Ann Di mengangguk dan terus berlalu bersama Pipit dan tentera yang mengikut mereka. Sara berlari sepantas mungkin dan menyelinap ke dalam perkarangan istana Tun Ishak. Dia mendengar jeritan Syahida yang meminta tolong. Suasana begitu kelam-kabut ketika itu. Sara terus menuju ke rumah Syahida. Rumah itu masih belum dijilat api. Sara berlari naik dan menendang pintu. Syahida sedang terikat di kerusi. "Sya!"jerit Sara. Syahida menggelengkan kepalanya. Sara terasa ada orang di belakangnya dan menoleh. Yong Liu menghunuskan pedangnya ke jantung Sara.

"Zheng Xiaojie,"panggil Yong Liu mesra. Sara tersenyum pahit.

"Lepaskan dia. Dia mengandung,"pinta Sara. Yong Liu mengarahkan orangnya melepaskan Syahida pergi.

"Shuang er,"panggil Syahida dalam tangisnya.

"Jangan takut, Ann Di dan Pipit di pintu gerbang,pergilah,"kata Sara tenang.

"Tapi-"

"Sya, pergilah. Shuang er janji Shuang er datang sekejap lagi,"pujuk Sara. Syahida berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu. Tiba-tiba Yong Liu melontarkan sebilah pisau mengenai belakang Syahida. Syahida rebah ke lantai. "Sya!!!!!!!!"jerit Sara. Sara mengambil sebatang rotan dan melibas mata Yong Liu.

"Mata! Ah mataku buta!"Yong Liu terjatuh kesakitan.

"Sya..."panggil Sara meluru kepada Syahida.

"Syahida,"jerit Ann Di dan Pipit mendapatkan mereka.

"Anak Sya, anak Sya,"rintih Syahida dalam kesakitan.

"Sya...,"panggil Sara menangis. Pisau itu menembusi hati Syahida.

"Selamat-selamatkan anak Sya,tolong,"kata Syahida menahan kesakitan. Airmata Syahida terus tumpah.

"C-section tapi-"kata Ann di.

"Apapun terjadi, tolonglah selamatkan anak Sya,"kata Syahida dalam kesakitan.

"Kita angkat Syahida ke bilik,"arah Ann Di. Sara dan Pipit mengangkat Syahida ke bilik. Yong Liu masih berguling-guling memegang matanya. Syahida sudah hilang darah yang banyak.

"Sya,Sya,"panggil Sara cemas.

"Pipit pergi uruskan Yong Liu,"kata Sara dan Pipit keluar dari situ.

"She is dying, Sara,"kata Ann Di. "But we can save her child,"sambung Ann Di. Sara mengangguk.

"Shuang er, masa Sya sudah hampir tiba. Tolonglah,"kata Syahida.

"Mengucap Sya,"kata Sara tersekat-sekat dia tidak dapat menahan airmatanya. Syahida mengangguk dan melafazkan syahadah.

"Sara, I need you,"pujuk Ann Di. Sara mengesat airmatanya pantas. "Air panas, gunting, pisau kecil yang tajam, kain bersih,"pinta Ann Di. Sara bangun dan mencari semua itu di bilik dan di dapur. Suasana masih hingar-bingar di luar. Sara membawa semua barang itu dengan pantas. Syahida telah menyediakan semua kelengkapan bersalin kerana menunggu hari. Ann Di membuat pembedahan c-section dan dibantu oleh Sara. Bukan seorang bayi tapi dua. Syahida sudah melahirkan anak kembar.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now