34

262 36 0
                                    

"Li Hua!"panggil Xiao Lian menangis melihat betapa teruknya leher Sara. "Li Hua, maafkan Xiao Lian kerana tidak berada di sini semasa Li Daren menggila tadi," kata Xiao Lian teresak-esak.

"Cempaka," panggil Pipit memegang lengan  Sara dengan kuat. Sara melihat kedua orangnya yang menangisi kesusahannya. 

"Aku okay, Pit, Xiao Lian. Bawa aku ke bilik sekarang," kata Sara yang masih merasa kesakitan dicekik oleh Li Yang Jian tadi.

"Kejam sungguh LI Yang Jian," desis Pipit. Pipit mencempung Sara ke biliknya ditemani Xiao LIan.

"Pipit, terima kasih. Aku pun tak larat hendak berjalan," ucap Sara lemah. Pipit mengangguk. 

"Xiao Lian, pergi sediakan air hangat untuk Zheng Xiaojie. Bawakan ubat bersama," pinta PIpit sambil berjalan.

"No, aku rimas badan berpeluh. Xiao LIan sediakan air mandi untuk aku."

"Tapi Cik Muda, cedera ni," kata Pipit perlahan. 

"Kau tak nampak leher dia berdarah banyak tadi?"tanya Sara kepada Pipit. Pipit menyimpan ketawa. Dia mengangguk. "Xiao Lian kau pergi siapkan air mandi ya," pinta Sara. Xiao Lian terus  berlari ke bilik Sara untuk menyediakan apa yang dimahukan oleh Sara. Hati Pipit begitu rawan melihat Sara begitu. Dia tidak pernah sukakan situasi merbahaya seperti ini. Tapi itulah Cik Muda Cempaka Sari yang dikenalinya. Begitu berani lebih dari lelaki. Wanita yang sungguh istimewa di mata dan hatinya. "Pipit selepas ini pergi tengokkan Zhu Wu, selalunya selepas Li Yang Jian jadi gila begini dia akan mencederakan Zhu Wu," arah Sara.

"Cempaka dia kan orang Li Daren," kata Pipit cuba membantah.

"Percayalah kepada aku, Zhu Wu banyak membantu aku dalam diamnya. Tolong ya? Kalau dia cedera bawakan tabib untuknya," pinta Sara dan Pipit meninggalkan Sara di biliknya.

Li Yang Jian masuk ke bilik bacaan dan Zhu Wu memanggil taiyi untuk mengubati luka di leher LI Yang Jian. Selepas sahaja dirawat dan tabib itu meninggalkan mereka dia mengambil bangku dan memukul belakang Zhu Wu. Pecah  bangku itu di situ dan Zhu Wu rebah di kaki tuannya.

"Keluar! Kenapa kau tak bunuh sahaja mereka tadi hah?!" jerit LI Yang Jian. "Keluar! Sebelum aku penggal kepala kau!"teriak Li Yang Jian dan Zhu Wu dalam kesakitan merangkak keluar dari bilik itu. Biarpun badannya sakit, dia sedikit pun tidak menyesal membantu Mo LI Hua sebentar tadi. Dia keluar dari bilik itu dan cuba berdiri tetapi hampir terjatuh dan Pipit tiba tepat pada waktunya.Dia dapat menangkap tubuh Zhu Wu yang kesakitan itu. 

"Zheng Xiaojie mahu aku membantumu," kata Pipit perlahan. Dia memapah Zhu Wu ke biliknya di belakang bilik bacaan itu. Pipit meletakkan Zhu Wu di katilnya. Pipit menuangkan secawan air dan memberikan kepada Zhu Wu. "Nah, Zheng xiaojie mengirimkan ucapan terima kasih. Dan dia mengarahkan aku membawa tabib untuk kau," beritahu Pipit. Zhu Wu hanya mengangguk. Dia tersenyum dalam kesakitan. Mo LI Hua mempunyai hati yang baik. 

Habis saja Sara mandi dia duduk di hadapan cermin dan melihat ada 10 jari melekat di lehernya. Dia mengamati bekas itu. "Bodoh Li Yang Jian!" katanya menyumpah.  Xiao LIan datang mengeringkan rambutnya yang panjang itu.

"Teruk kesan itu LI Hua," tegur Xiao Lian. Sara mengangkat bahunya.

"Mungkin ini yang terbaik,"kata Sara. 

"Hah? LI Hua kau hampir mati dan kau kata mungkin ini yang terbaik?"tanya Xiao Lian.

"Xiao LIan, inilah yang dikatakan 'when life gives you lemon, you make lemonade,'" jawab Sara.

"Bahasa itu pelik sungguh," balas Xiao Lian. Sara terketawa kecil.

"Aku akan buat pameran cap tangan LI Yang Jian ini nanti. Aku nak tengok macamana dia boleh menerima kemarahan Jiaofu dan Shu Wu Ji."

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now