29

288 30 0
                                    

Sara menemani Pipit makan sehingga habis. Hidupnya lebih bahagia kerana Pipit dan Zheng gonggong kembali hadir di persinggahan ini.

"Kalau dah selesai mari kita ke sana,"ajak Sara. Pipit berdiri dan menunduk hormat.

"Silakan Cik Muda,"kata Pipit tersenyum.

"Baru nak senyum ya?Kalau tak dah macam katak aku tengok muka kau Pipit,"usik Sara. Berkerut kening Pipit cuba memahami Sara. Kemudian dia ketawa. "Lama tak dengar aku bercakap kau tak faham ya?"

"Mula-mula sahaja,"jawab Pipit. Mereka berjalan ke arah Laksamana Zheng He dan keluarga Li berkumpul untuk minum teh dan mendengar muzik. Li Yang Jian yang sedari tadi tidak melepaskan pandangannya dari Sara dan Pipit.

"Li Daren,"tegur Zheng Gonggong. Li Yang Jian menoleh ke arah Laksamana Zheng He. "Pipit ialah pengawal peribadi Mo Li Hua. Kesetiaannya tidak perlu dipersoalkan kerana Pipit telah dilatih oleh saya sendiri,"kata Laksamana Zheng He. Dia terpaksa berkata begitu biarpun Sara yang melatih Pipit untuk mengelakkan syak wasangka yang tak sepatutnya. "Saya tinggalkan Pipit untuk berkhidmat kepada Li Hua,"kata Laksamana Zheng He. Shu Wu Ji yang berada di sisinya melihat wajah Li Yang Jian menjadi keruh. Zheng gonggong menepuk bahu Li Yang Jian perlahan. "Tak perlu risau apa-apa. Err..bukankah satu Nanjing sudah tahu yang Li Daren akan menceraikan Li Furen selepas Err xiaojie melahirkan?"tambah Zheng gonggong. Li Lao Ye berpandangan dengan Danyangzi mendengarkan kata-kata laksamana tersohor itu.

Yuan Yuan tersenyum puas kerana impiannya sedikit lagi akan menjadi kenyataan. Han Mei juga memberikan senyuman bermakna kepada Yuan Yuan.

"Li Hua,"panggil Zheng gonggong menggamit kepada Sara. "Pipit, kamu ikut sekali. "Li Daren, izinkan saya berbual sebentar dengan Hua er,"pinta Laksamana Zheng He.

"Silakan,"jawab Li Yang Jian walaupun dia merasa hairan kenapa Pipit mengikut bersama. Sara memeluk lengan ayah angkatnya dan berjalan menuju ke biliknya untuk lebih privasi. Pipit berjalan di belakang mereka.

"Na..ini bilik Shuang er. Cantik tak taman?"kata Sara ceria. Zheng gonggong mengangguk. "Kita duduk bawah pokok ume jiaofu mari,"ajak Sara. Pipit berdiri di sisi mereka sahaja jauh sedikit untuk tidak mendengar perbualan Sara dan Zheng gonggong.

"Shuang er, semasa Wu Ji menceritakan segalanya dan Shuang er berada di sini, jiaofu sangat susah untuk mempercayainya,"kata Zheng gonggong. "Tidak sehari jiaofu tidak mengingati Shuang er."

"Oh, jiaofu. Tidak pernah sehari pun Shuang er tidak memikirkan jiaofu."

"Hao haizi, jiaofu akan membantumu balik ke hangzhou namun selepas seminggu jiaofu mesti balik ke sini dan akan belayar untuk tidak tahu berapa lama,"kata Laksamana Zheng He. "Setiap pelayaran belum tentu dapat kembali dengan selamat,"tambah Zheng gonggong.

"Jiaofu!"tegur Sara. Hatinya merasa tidak senang dengan kata-kata itu.

"Dengar dulu, wo de hao haizi,"pujuk Zheng gonggong.

"Jiaofu telah pun membuat wasiat dan rumah di hujung Nanjing yang Shuang er suka itu..di tepi anak sungai, kebun buah-buahan dan laman pohon ume pelbagai warna bersama 50 jongkong emas 50 jongkong perak, jiaofu letakkan atas nama Shuang er,"tambah laksamana itu. Sara merasa sebak kerana kalau mengikut sejarah,laksamana itu akan meninggal dunia di dalam pelayaran. Airmatanya deras mengalir.

"Shuang er tak perlukan semua itu, jiaofu,"kata Sara sambil mengesat airmatanya yang deras turun seumpama hujan. "Shuang er hanya mahukan jiaofu sihat begini boleh berbual begini bersama Shuang er," kata Sara dalam esakannya. Zheng gonggong menepuk lembut tangannya.

"Jiaofu tahu. Sekiranya Shuang er kembali ke zaman Shuang er, carilah harta itu di sini. Jiaofu akan pastikan orang yang diamanah untuk menjaga harta itu untuk Shuang er dapat disimpan untukmu. Sekiranya Shuang ditakdirkan untuk terus hidup di zaman ini, harta ini cukup menanggung hidupmu sampai ke tua,"kata Zheng gonggong. Sara kehilangan kata-kata. Siapalah dirinya sehingga dilayan begitu baik oleh idola sejarah itu. Dia bangun mengesat matanya dan berlutut menunduk hormat. Zheng gonggong membantunya untuk berdiri semula. "Jiaofu, amanahkan Pipit semula kepada Shuang er,"kata laksamana itu. Sara mengangguk. Zheng gonggong memegang kepala Sara. "Jiaofu, tidak ditakdirkan untuk berkahwin apalagi mempunyai anak tapi Allah menghadiahkan seorang anak yang paling istimewa buat jiaofu,"tambahnya lagi. Sara menangis lebih kuat kini dan dia memeluk orang tua itu. Zheng gonggong mengeluarkan ketawa kecil. "Walaupun jiaofu ada anak yang sempurna, dia suka menangis,"usik laksamana itu.

"Jiaofu!"balas Sara seumpama merajuk. Laksamana itu ketawa. Dia mengeluarkan tag diri jed berwarna pink berbentuk bunga, jed yang sama ketika Sara ialah Cempaka.

"Nah, yupe ini Cempaka beri semula kepada Jiaofu selepas dia sedar dari koma,"kata Zheng gonggong sambil meletakkannya di atas tapak tangan Sara. "Pada masa itu Shuang er sudah kembali ke sana. Jiaofu hilang anak perempuan Jiaofu,"kata Zheng gonggong sambil melepaskan keluhan.

"Shuang er ai jiaofu,"balas Sara. Zheng gonggong tersenyum dan memberikan pelukan seorang ayah. Dia menepuk-nepuk belakangnya.

"Jiaofu zhen ai wo de hao haizi,"sambut Zheng gonggong. Pipit yang dua meter jauhnya melihat keakraban itu. Dia faham perasaan laksamana Zheng He kerana dia juga merasa kehilangan Sara yang dia anggap sebagai penyelamat hidupnya. Shu Wu Ji datang dan melihat Zheng gonggong dan Sara ketawa dan berbual bersama. Dia menarik nafas lega.

"Pipit, kau mesti menjaga cik muda dengan sehabis baik,"tegur Shu Wu Ji. Pipit mengangguk. "Perjalanan pulang ke Hang Zhou dan di Hang Zhou sendiri boleh diibaratkan berjalan atas kaca. Nyawa dia dalam bahaya. Pipit mengangkat hormat kepada Shu Wu Ji tanda dia mengerti.

"Shi, daren. Pipit sanggup korbankan nyawa untuk cik muda,"akui Pipit. Shu Wu Ji mengangguk dan menepuk bahu Pipit.

"Janji ya. Aku tak dapat bersama tetapi jika perlukan bantuan kau kirim sahaja berita,"kata Shu Wu Ji lagi. Dia bahagia melihat Zheng gonggong mempunyai keluarga lagi sekali biarpun tidak lama.

"Wu Ji, Pipit, ke mari,"panggil Zheng gonggong. Mereka pergi kepada Zheng gonggong dan duduk di meja batu itu. "Wu Ji surat penyerahan harta kepada Shuang er ada di tangan majistret Wu. Esok kau ambil dan berikan kepada penjaga rumah Cheng Min."

"Baik gonggong,"jawab Shu wu Ji.

"Pipit, nanti ambil barang di rumah rehat dan kau datang di sini untuk Zheng xiaojie,"arah Zheng gonggong. Pipit mengangkat hormat.

"Hmm semua sudah ada di sini apa kata Shuang er bermain guzheng untuk semua?"tanya Sara ceria.

Mereka di situ gembira menerima tawaran itu. Sara pergi mengambil guzheng di biliknya.

Bunyi muzik membawa keluarga Li bergerak perlahan ke bilik Sara. Mereka terkejut kerana Mo Li Hua boleh bermain alat muzik.

"Zumu,sejak bila Mo Li Hua boleh bermain alat muzik?"tanya Li Yang Jian.

"Dia belajar masa di pergunungan. Taiyi yang menasihatkan untuk melatih pergerakan,"jawab Lao Furen. Sara pernah memainkan guzheng itu untuk dirinya sebab itu dia mengetahuinya. Li Yang Jian terpegun melihat bakat Mo Li Hua. 'Kau benar-benar mahu mengujiku atau mahu aku terus mengejarmu?'detik hati Li Yang Jian. Yuan yuan dan Han Mei yang sakit hati melihat Mo Li Hua kerana hari itu adalah hari kecemerlangan Mo Li Hua.

"Yuan yuan penat. Err lang hantarkan Yuan yuan pulang,"kata Yuan Yuan.

"Marilah lao ye dan da nyangzi menghantar Yuan Yuan. Kau pun Han Mei balik ke bilik kamu,"sampuk Li Lao ye.

"Tapi-"Yuan Yuan cuba membantah.

"Ikutlah cakap Tiye,"potong Li Yang Jian.

"Err lang.."kata Yuan Yuan cuba memujuk.

"Jian er, mari kita ke sana,"ajak Lao Furen sambil berlalu meninggalkan Yuan Yuan di situ.

"Sudahlah, bahaya kalau kamu terlalu letih,"sapa Da Nyangzi. "Mari, kami hantarkan,"ajak da Nyangzi menarik Yuan Yuan perlahan.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now