28

284 39 6
                                    

Sara sudah bersiap seadanya. Dia melihat imej dirinya di cermin. 'Jiaofu, dapatkah kau melihat Mo Li Hua adalah Sara?'tanya hatinya. Ada titisan airmata jatuh ke pipi. Rindunya Sara kepada laksamana itu, kata-katanya yang lembut tetapi bermakna, kasih sayang seorang ayah sentiasa dapat dirasakannya.

"Li Hua, Lao Furen sudah memanggil Li Hua ke rumah utama," beritahu Xiao Lian. Sara mengalihkan pandangannya dari cermin kepada Xiao Lian.

"Zheng gonggong dah sampai?"tanya Sara kepada Xiao Lian.

"Sedikit masa lagi," jawab Xiao Lian.

"Sarapan sudah boleh dihidangkan?"tanya Sara lagi. Xiao Lian tersenyum.

"Ya sudah Li Hua, jangan risau," balas Xiao Lian. "Berdiri," arah Xiao Lian. Dia memusingkan tubuh Sara dua tiga kali. "Ok, semuanya cantik," puji Xiao Lian. Sara ketawa dan memeluk Xiao Lian.

"Ayuh!"ajak Sara. Mereka beriringan ke rumah utama. Dia melihat macam sudah ada tetamu yang hadir.

"Zheng gonggong," panggil Lao Furen.

"LI Lao Furen, lama tidak ketemu," balas Zheng gong gong. Dia ditemani oleh Shu Wu JI dan beberapa pengawal. "Li Lao ye, Li Da Nyang zi, Li Daren," tegur Zheng gong gong. Semua memberikan salam hormat ketika itu.

"Selamat datang Zheng gong gong," kata mereka serentak.

"Zheng gong gong, silakan duduk. Shu Daren," pelawa LI Lao Ye. Li Yang Jian yang kurang senang melihat Shu Wu Ji di situ menyembunyikan perasaannya dengan baik. Zheng gong gong duduk di sisi LI Lao ye. "Sudah lamakah berada di sini?"tanya LI Lao Ye.

"Sebenarnya saya hendak ke tempat lain tapi sudah lama tidak bertemu Mo LI Hua, jadi saya singgah untuk berjumpa," jawab Zheng gong gong.

"Selamat pagi semua," ucap Sara melangkah masuk. Semua mata tertumpu kepadanya. Dia memandang Shu Wu Ji dan langkahnya terberhenti apabila melihat panglima di sebelah Shu Wu Ji. Itu adalah Pipit. Pengawal peribadinya ketika dia menjadi Cempaka Sari. Dia tersenyum dan melihat Zheng gonggong yang paling dirinduinya. "Zheng gonggong, Mo LI Hua masuk berjumpa,"tegur Sara sambil menunduk hormat. Zheng gonggong memandang MO LI Hua sedalamnya. Dia mengilas pandangannya kepada Shu Wu Ji. Shu Wu ji menganggukkan kepalanya. Zheng gong gong berdiri dan menghampiri Sara. Daripada berdiri dia berlutut di hadapan Zheng gong gong dan memberikan salam hormat sekali lagi.

"Mo Li Hua?"tanya Zheng gonggong yang sudah berada di hadapannya. Sara mengangguk. "Lama tidak berjumpa apa khabar"tanya laksamana itu perlahan.

"Alhamdulillah," jawab Sara. Zheng gong gong terkejut mendengarkan perkataan itu keluar dari mulut Mo LI Hua.

"Shuang er, kamukah ini?"tanya Zheng gong gong seperti berbisik. Tiada siapa yang dapat mendengar perbualan mereka kerana Zheng gong gong merendahkan suaranya. Menitis airmata Sara mendengarkan panggilan itu.

"Jiaofu,"panggil Sara. Dia bangun dan memeluk laksamana 50an itu erat.

"Anakku Shuang er," panggil Zheng gonggong yang sama menitiskan airmatanya. Baginya Sara adalah tersangat istimewa, perentas masa yang bijak dan sangat bertimbangrasa. Semua yang berada di situ merasa kehairanan melihat betapa rapatnya Mo LI Hua dan Zheng gonggong. Sara melepaskan pelukan itu. dan mengesat air mata Zheng gonggong dengan saputangannya.

"Jiaofu sihat?"tanya Sara. Zheng gonggong mengangguk. "Jemput duduk Jiaofu," kata Sara sambil mengiringi Zheng gong gong ke kerusinya.

"LI Lao Ye, bolehkah ambil sebuah kerusi lagi untuk MO LI Hua duduk di sini?"pinta Zheng gongong. Han Mei dan Yuan Yuan hanya melihat dengan hati yang dengki. Li Laoye memberi isyarat kepada pembantunya untuk berbuat demikian.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz