91

172 24 6
                                    

Selesai makan malam Tun Ishak menjemput semua yang hadir ke anjung untuk menikmati persembahan silat yang dirancangnya. Sara mencari peluang untuk duduk bersama Syahida.  Mereka duduk di anjung yang luas dan cantik dijaga rapi. Obor api dinyalakan di empat penjuru dan persembahan silat daripada hulubalang-hulubalang mahligai Tun Ishak memulakan acara dengan iringan pemuzik tradisional.

"Cik puan," tegur Sara. Syahida menyentuh tangannya.

"Panggil sahaja Syahida,"sapa Syahida tersenyum.

"Kita jadi kawan nak?"tanya Sara selamba. Syahida terketawa kecil. 'Unik sungguh Cik Zheng ini,'bisik hatinya. Dia mengamati wanita muda ini. Senyumannya, matanya dan kata-katanya mengimbau kenangan bersama Cempaka semasa mengambil Puteri Hang LI Po. Delima dari jauh hanya memerhatikan sahaja Sara mendekati Syahida. Ada perasaan dengki di situ. Syahida itu hanyalah orang kebanyakan kenapa anak pelaut Cina terkenal itu mendekati Syahida? "Kenapa Syahida tengok Shuang er macam tu?"tanya Sara. Syahida menggelengkan kepalanya. 

"Terasa segar dapat berjumpa dengan Cik Zheng," jawab Syahida. Sara ketawa.

"Panggil Shuang er sahaja,"kata Sara. Shu Wu JI sesekali mencuri pandang kepada Sara. 'Nampaknya kau rindukan tempat asalmu, Sara,'bisik hatinya. 'Tapi aku akan menjadi orang yang mementingkan diri Sara, aku sesungguhnya tidak mahu kehilanganmu,'kata Shu Wu Ji kepada dirinya sendiri. Tun Ishak mengejutkan lamunannya.

"Nampaknya Wu JI benar-benar menyayangi Shu Furen," kata Tun Ishak seumpama berbisik. Shu Wu JI tersenyum dan mengangguk. "Kau jagalah Sara sebaik mungkin,"bisik Tun Ishak. Dan itu mengejutkan Shu Wu JI. Tun Ishak mengangguk. "Mungkin bila masanya sesuai aku akan ceritakan kepada kau bagaimana aku tahu itu adalah adikku  yang telah lama meninggalkan aku,"kata Tun Ishak lagi tersenyum. Shu Wu Ji masih keliru bagaimana Tun Ishak boleh mengetahui Shuang er ialah Sara Cempaka Sari.

Tun Daim datang selepas sahaja persembahan silat bersama Cempaka. Sara terpegun melihat Cempaka yang sedang sarat.

"Assalamualaikum, ampunkan dinda berdua lewat ke sini kanda Ishak,"tegur Tun Daim dia melihat Zheng Shuang duduk bersama Syahida. Sara memandang Syahida yang tidak memberikan apa-apa reaksi. 'Apa sebenarnya yang terjadi ni?'soal Sara dalam hatinya.

"Naiklah Daim dan dinda Cempaka,"jemput Tun Ishak. Sekilas Shu Wu Ji memandang Sara di sudut anjung. Kembang Cina turut hadir bersama mereka. Hati Sara merasa gembira melihat gadis remaja sudah menjadi wanita muda yang menawan. Sara memandang Pipit dan memandang kepada Kembang Cina silih berganti. 'Baru semalam aku rasakan rupanya sudah 5 tahun,'keluh hati Sara.

Apabila mereka sudahpun duduk di bangku di tepi anjung, Tun Daim memandang Shu Wu Ji.

"Dinda, masihkah dinda ingat Panglima Shu Wu Ji. Panglima banyak membantu dinda semasa dinda di tanah Ming,"tanya Tun Daim. Sara menghela nafas panjang. 'Daim kau memang tak berubah,kan?'bisik Sara dalam hatinya. Menyakitkan hati sungguh fikir Sara.

"Maafkan hamba,panglima selepas kemalangan itu hamba tidak mengingati apa-apa,"bicara Cempaka lembut. Shu Wu Ji mengangkat hormat.

"Tidak apa. Asalkan Cik Muda selamat,"ucap Shu Wu Ji. 'Wow,sememangnya kau dan aku berbeza Cempaka,'detik hati Sara. Cempaka menjeling kepada Syahida.

"Syahida pun dijemput?"tanya Cempaka. Sara terpukul dengan nada itu. 'Ops,bitch alert,'kata hati Sara. 'Nampak lembut tapi boleh tahan sombong,mungkin berjangkit dari Tun Daim. Sajaklah kau berdua tu,'bebel Sara dalam fikirannya. "Ini Cik Zheng yang berani itu?"tanya Cempaka tersenyum.

"Kau siapa?"tanya Sara tegas.Shu Wu Ji perasan akan tona suara itu. Sara merasa tidak senang dengan pertanyaan tentang Syahida tadi. Dia berdiri dan memandang tepat kepada pasangan bangsawan di hadapannya. Tun Daim tidak berpuas hati dengan cara Sara menegur isterinya.

"Masuk kandang harimau mengaum,masuk kandang kambing mengembek,"kata Tun Daim tersenyum mengejek. Kata-kata itu mengandaikan Sara tidak tahu berbudi-bahasa. Shu Wu Ji dan Pipit menggelengkan kepala mereka dan mengurut dahi mereka serentak. Ini semua boleh jadi tragedi.

"Bodohlah begitu, masuk kandang harimau mengaum. Kita kalau sudah terkepung oleh harimau..mengucaplah. Datuk kan orang Islam. Ingat harimau itu nak beramah-mesra?"balas Sara dan itu menjemput semua yang ada di situ ketawa. Tun Daim, Delima dan Cempaka tidak senang dengan kata-kata Sara.

"Cik Zheng fasih berbahasa Melayu, sungguh bijak. Tapi walau bijak bagaimana pun jika tiada adab, tidak akan ada yang berkenan,"ucap Tun Daim. Shu Wu Ji hendak menjawab tetapi Sara mendahuluinya.

"Apa guna berkain batik,
 Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik?
Kalau tidak dengan budinya?

Kata tua kata adat,
Adat berisi penonton adab; Ada tuah ada sifat,
Sifat sejati santun bercakap."Kata Sara sambil berjalan mendekati Shu Wu Ji. Tun Daim memerhatikan Sara mendekati Shu Wu Ji. 'Pembawaan diri Cik Zheng ini seperti Cempaka selepas sakit,'syak Tun Daim.

"Ah, dinda Cempaka inilah Cik Zheng Shuang. Ketua pelayaran dari Tanah Ming,"kata Tun Ishak mencelah.

"Maafkan hamba, hamba ialah Cempaka Sari,Cik Muda,"kata Cempaka berdiri. "Hamba cuma merasa hairan bagaimana kanda Syahida berada di sini kerana kanda Syahida sarat mengandung,"kata Cempaka kedengarannya manis. Sara ketawa. "Kenapa Cik Zheng ketawa?"tanya Cempaka.

"Datin paduka bukankah sedang hamil? Rumah dinda Syahida hanya sepelaung. Istana datin paduka sepenanak nasi. Sebab itu hamba ketawa. Lagipun datin paduka lebih sarat daripada dinda Syahida,"jawab Sara. Tun Daim dan Cempaka saling  berpandangan. Shu Wu Ji berdiri di sebelah Sara. "Ann Di, Pit, Ah Chan,"panggil Sara.

"Shi,"balas mereka berdua meminta laluan untuk turun ke bawah.

"Datuk Tun Ishak, bolehkah sekiranya hamba bersiar-siar sekitar kota dengan dinda Syahida?"tanya Sara kepada Tun Ishak. Tun Ishak bangun dan memandang Syahida. Syahida mengangguk.

"Boleh apa salahnya. Nanti hamba akan menghantar dinda Syahida sendiri,"jawab Tun Ishak. Delima ternanti-nanti akan jemputan Sara tetapi Sara hanya menunduk hormat. Sara memandang Tun Ishak dan Cempaka di hadapannya lalu memandang Shu Wu Ji. Shu Wu Ji mengangkat hormat kepada semua.

"Terima kasih atas jemputan. Makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Datin Paduka mungkin jika berkesempatan bolehlah kami pula menjemput untuk menjamu selera. Shu Furen juga suka memasak,"kata Shu Wu Ji.

"Cik Zheng ialah isteri panglima?"tanya Cempaka. Shu Wu Ji mengangguk. Sara melihat betapa terperanjat Cempaka. "Puteri Hang Li Po tahukah?"tanya Cempaka lagi. Shu Wu Ji tersenyum.

"Ya, Yang Mulia mengetahuinya cuma hamba belum dapat memberitahu Cik Zhenglah isteri hamba,"jawab Shu Wu Ji memegang tangan Sara. Sara tersenyum. Tun Daim memerhatikan sahaja wanita secantik Hang Li Po di hadapannya.

"Datuk, datin, dinda Syahida terima kasih atas jemputan. Kami minta diri dulu,"kata Sara membongkokkan badannya sedikit.

"Mari, hamba hantar ke pintu gerbang,"sapa Tun Ishak.

"Hamba juga,"sampuk Tun Daim. Sara memandang Tun Ishak.

"Daim baru sahaja tiba, masuk dulu ya. Kanda sebentar cuma,"kata Tun Ishak mengajak Sara dan Shu Wu Ji pergi.


Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now