Special Chapter

306 28 22
                                    

Sara yang baru sahaja pulang dari hospital diberi cuti rehat selama seminggu. Agensinya juga menasihatinya untuk berehat secukupnya. Andrew pula terpaksa pulang ke Melaka kerana ada hal majlis perkahwinan sepupunya. Dia mempelawa Sara untuk hadir bersama dan mungkin itu satu cara untuk Sara mengenali keluarganya. Tetapi Sara menolaknya dengan baik kerana dia masih merasa kepenatan. Sara sedang mengemas biliknya yang dihias cantik sebagai bilik pengantin. Perasaannya bercampur baur melihat barangan hantaran Shu Wu JI masih tidak berusik. Dia duduk di tepi susunan dulang hantarannya. Dia menyentuh satu persatu, sebentuk cincin platinum, sebuah jam tangan, sehelai sejadah dan jubah, minyak wangi kegemaran Shu Wu JI, kasut dan talipinggang dari Coach. Dia menahan airmatanya dari mengalir. Dia menghela nafas panjang sebelum mengeluarkan keluhan. Dia teringatkan detik-detik akhir dia terpisah daripada Shu Wu JI. Semua pergaduhan, semua kata-kata kasih sayang menerpa fikirannya. Airmatanya gugur juga. Dia mengesatnya cepat-cepat. 

"Ini adalah takdirku," bicaranya sendiri.  Walau bagaimana pun perasaan rindu itu begitu kuat. Dia rindukan jiaofu, Pipit, Syahida, Tengku Ishak, Mo LI Hua...mungkin juga LI Yang Jian, dia ketawa kecil. "Susahnya hidup di zaman itu. Tiada kebebasan, tanpa pangkat dan harta, kehidupan amatlah memeritkan,"katanya sendiri. Dia mencari rantai mutiaranya di dalam beg tangannya. Dia mengeluarkan rantai itu dan mengusap mutiara merah jambu yang semakin hari semakin cantik di matanya. "Terima kasih kerana telah memberikan satu pengembaraan yang hebat bagi aku. Menemukan aku dan Wu Hen dan juga memberi peluang aku mencintai Shu Wu JI. Dia mencium rantai itu dan memegang rantai itu di hatinya. Pintunya diketuk. Dia pergi membuka pintu dengan rantai masih di tangannya.

"Are you ok, Sara?"tanya Salina. Sara mengangguk.

"Alhamdulillah mak, masuklah," pelawa Sara memimpin ibunya ke katil.

"Apa Sara nak buat dengan barang-barang ni?"tanya Salina.

"Sara akan pulangkan balik ke kedai. Nasib Sara beli dengan Credit Card so it is returnable," jawab Sara. Ibunya mengusap rambut Sara perlahan. 

"Susah ke jadi perentas masa?"tanya Salina. Sara ketawa. Dia menggelengkan kepalanya.

"Strange tapi banyak Sara belajar tentang kehidupan purba,"jawab Sara tersenyum.

"Kalau mak tanya, jangan marah ya?"

"Mak nak tanya apa ni?"kata Sara.

"Shu Wu JI, selamat di sana?"tanya Salina. Sara mengangguk. 

"Dia berada di Melaka semasa Sara balik ke zaman ini dan Sara rasa dia pulang semula ke Ming. Kenapa mak tanya?"

"Semalam, ada courier datang. Sekejap mak pergi ambil kotak itu," kata Salina terus pergi ke ruang tamu. Seketika kemudian dia membawa satu kotak yang berbalut yang saiznya sederhana besar.

"Sapa bagi ni mak?"tanya Sara kehairanan.

"Entah, mak kena ke dapur ni ada asam pedas tu. Nanti hangit satu family kena makan kat luar," kata ibunya. 

"Ok, mak sekejap lagi Sara datang.," kata Sara. Dia mengoyak kertas bungkusan itu berhati-hati dan apabila dia ternampak jenis kotak di dalamnya, perasaan sebaknya kembali. Itu adalah kotak yang ditinggalkan oleh dirinya untuk Shu Wu JI. itu hanyalah satu ujikaji Sara sama ada dia kan menerima semula kotak itu di zaman moden. Di dalam kotak itu, ada menitipkan sesuatu dan kotak itu telah diberikan kepada jiaofu sebelum dia bertolak ke Melaka. Hatinya berdebar-debar. ADakah mungkin itu kotak warkah yang ditinggalkan untuk Wu JI? Dia menulis alamatnya dengan jelas di atas kotak itu. Dengan pantas dia mengoyakkan kertas balutan kotak itu. Airmatanya jatuh lebih deras. Ya, inilah kotak yang ditinggalkannya. Beratus tahun namun masih cantik. Sara mengesyaki, ini semua adalah sumbangan Jiaofu yang mengupah orang untuk menjaga kotak ini sehingga sekarang. Dia melihat ada sepucuk surat ditampalkan di tepi kotak. Dia mengambil dan membukanya. Isi kandungannya adalah di dalam Bahasa Inggeris.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now