16

273 30 0
                                    

Selepas makan bersama Xiao LIan di dapur, mereka berdua ke bilik. Sara menyalin bajunya kepada yang lebih selesa. Dia duduk di tingkap sambil mengambil diari dan pena. Xiao Lian masuk ke dalam bilik bacaannya dan meletakkan teh yang baru dibuat.

"Li Hua," tegur Xiao Lian. Sara memandangnya. "Gundik Yuan Yuan berada di ruang tamu,"beritahu Xiao LIan.

"Dia nak apa?"tanya Sara. Xiao Lian menggelengkan kepalanya. Dalam hati Sara dapat mengagak sudah tentu kejadian tengahari tadi. Dia bangun dan pergi ke ruang tamu dan diikuti oleh Xiao Lian.

"Li Furen," ucap Yuan Yuan sambil menunduk hormat.

"Duduklah," pelawa Sara dan dia duduk di kerusi hadapan. Yuan Yuan dipimpin oleh Su Lee duduk di hadapan Sara.

"Li Furen," kata Yuan Yuan. Sara hanya menanti sahaja apa yang hendak Yuan Yuan sampaikan. "Adakah Yuan Yuan salah melihat? Err Lang mengendong Li Furen tengahari tadi?"

"Tak salah." jawab Sara pendek. Yuan Yuan memandang Su Lee.

"Na...LI Furen tidak apa-apa?"tanya Yuan Yuan perlahan.

"Tidak apa-apa, apa?"tanya Sara menguji.

"Nampak Err Lang begitu marah semasa dia membawa Li Furen masuk ke bilik bacaannya," beritahu Yuan Yuan. Sara masih memerhatikan sahaja perempuan cemburu di hadapannya.

"Sebelum aku jawab pertanyaan itu, jawab soalan aku ini?"balas Sara. Yuan Yuan mengangguk. "Kau benar-benar mahu menjadi isteri rasmi Li Yang Jian?"tanya Sara. Yuan Yuan mengangguk. "Kenapa?"tanya Sara lagi.

"Yuan Yuan mengenali Err Lang sejak berumur 12 tahun. Yuan Yuan sangat menyayanginya."

"Kalau Li Yang JIan jatuh miskin, kau bagaimana?'tanya Sara masih lagi tidak tersenyum.

"Err....Yuan Yuan akan tetap bersamanya," jawab Yuan Yuan.

"Ok Yuan Yuan. Kau boleh balik sekarang," kata Sara.

"O? Ok? Apa tu?"tanya Yuan Yuan kehairanan.

"Wo zhi dao, Hao...."jawab Sara.

"Tapi Li Furen tidak menjawab lagi pertanyaan Yuan Yuan," balas Yuan Yuan. 

"Aku masih lagi isteri rasmi rumah ini. Sebarang apa yang Li Yang Jian dan aku lakukan atau yang berlaku kepada kami, bukan tempat kau menanyakan apa-apa," jawab Sara. Wajah Yuan Yuan sudah kemerahan menahan geram.

"Err Lang, sayangkan Yuan Yuan,"bentaknya. Sara mengangguk.

"Jadi apa masalahnya di sini?"tanya Sara semula.

"Err Lang ialah milik aku," jawab Yuan Yuan nadanya keras kembali. Sara ketawa menyindir.

"Habis Han Mei tu apa?" tanya Sara. "Kau tak cemburu pun pada Han Mei,"kata Sara lagi.

"Kau!"tempik Yuan Yuan. Su Lee memegang lengannya cuba menenangkannya. "Kau kata kau akan jadikan aku isteri rasmi rumah ini. Dan lagipun laoye mahukan aku jadi isteri rasmi Err Lang."

"Betul," Sara akui.

"Kau ni kenapa?"

"Kau tu kenapa?"tanya Sara melihat sahaja Yuan Yuan di hadapannya. "Ya, Daren ada membawa aku masuk ke bilik bacaan tetapi aku keluar selepas itu. Tiada apa yang berlaku,"jawab Sara. Yuan Yuan masih lagi mendiamkan dirinya dan memandang tepat ke wajah Sara. "Kalau betul Li Yang JIan mahu aku melayaninya sebagai seorang isteri yang sebenar, kau ingat kau berhak hendak menghalang?"soal Sara. "Hmm?" Yuan Yuan berdiri dan berjalan keluar dari situ. Xiao Lian berjalan menghampiri Sara.

"Xiao Lian, bila kau kahwin nanti-"kata Sara.

"Li Hua!" potong Xiao Lian. Sara ketawa. Fikirannya melayang kepada kejadian awal tengahari tadi. Tak mustahil Li Yang Jian akan menggunakan status suaminya untuk membuli dirinya. 'Popo, apa yang sepatutnya aku selesaikan di sini?'tanya Sara di dalam hati.

Pada waktu subuh, ada yang mengetuk pintu bilik Sara. Xiao Lian yang membuka pintu dan orang suruhan itu menyampaikan pesanan LI Lao Ye. Xiao Lian segera mengejutkan Sara. Mereka berdua bergegas ke rumah Yuan Yuan.

"Tiye, nyang. Kenapa ni?" tegur Sara yang masih mamai.

"Jian er, dia-" jawab Li Lao ye sambil memandang Yuan Yuan yang berada di tepi katil. Sara cepat-cepat ke situ. Hanya sekilas dia sudah tahu apakah masalah mereka pagi itu.

"Yuan Yuan, bangun," arah Sara kepada Yuan Yuan yang menangis. 

"Li Hua kenapa dengan Daren?" bisik Xiao Lian. 

"Demam campak, Daren demam panas dan nampak ada bintik2 merah," jawabnya perlahan. "Panggilkan Liang Taiyi, Xiao xiao," arah Sara kepada pembantu Li Yang Jian malam itu. "Tiye, kem Daren ada yang dijangkiti demam campak minggu ini. Yuan Yuan, Tiye, Nyang, Zumu mesti meninggalkan bilik ini sekarang kerana ini sangat senang berjangkit."

Mendengar sahaja kata-kata Sara mereka semua panik. 

"Habis siapa yang akan menjaga Jian er?"tanya Nyang sudah menangis.

"Hua er dan Xiao Lian dan beberapa orang dari kediaman ini. Xiao Lian kau sudah pun mendapat demam ini bukan?" tanya Sara kepada Xiao Lian. "Aku?" bisiknya kepada Xiao Lian.

"Juga sudah waktu kita berumur 10 tahun. Kau dapat lepas tu aku pulak sakit," bisik Xiao LIan. Sara menggangguk.

"Tapi-" bantah Yuan Yuan .

"Yuan Yuan kalau kau kena demam ini anak dalam kandungan kau tu?"balas Sara. Mereka semua berpandangan sesama sendiri. "Tiye, perintahkan kawasan bilik bacaan ini adalah kawasan larangan untuk 3 minggu ini."

"Tiye setuju. Mari semua pergi. Hua er ada untuk menjaga Jian er."

"Hua er," panggil Da Nyangzi. Sara menghampiri wanita itu. "Nyang ucapkan terima kasih,"katanya lagi.

"Xie shenme? Ini tugas Hua er. Bagi masa kepada Daren untuk sembuh. Er Nyang, Hua er memerlukan lebih kurang 10 orang untuk membantu."

"Nyang akan sediakan," kata Da Nyangzi memegang tangan Sara. Mereka semua keluar dari bilik itu dan Sara melihat yang Li Yang Jian merah mukanya dan kulitnya terasa bahang panas.

"Xiao LIan , kumpulkan 10 0rang yang nyang beri tadi, aku ada sesuatu hendak cakap kepada mereka," suruh Sara. Xiao Lian cepat-cepat menjalankan arahan tadi. Sara pergi kepada LI Yang JIan. "Li Yang Jian, kau boleh dengar tak?"panggil Sara. Li Yang JIan membuka matanya dan tidur semula. Sara mengambil kain basah dan mengelap wajah dan tangan LI Yang Jian.

"Furen," panggil satu suara.

"Liang Taiyi," balas Sara. "Li Daren terkena demam campak," beritahu Sara. Liang Taiyi seorang doktor muda yang selalu datang ke rumah itu kerana merawat Lao Furen. Dia pergi mendapatkan Li Yang Jian dan melakukan pemeriksaan.

"Hari ini hari pertama bukan?"tanya Liang Taiyi. Sara mengangguk. "Ini senarai ubatan. Pastikan badannya sentiasa sejuk untuk menurunkan kepanasan," pesan Liang Taiyi. Sara mengangguk tanda faham. "Saya balik dahulu," pinta Liang Taiyi.

"Jangan balik. Duduk di sini rawat LI Daren. Saya akan bayar tiga kali ganda," kata Sara. Liang Taiyi mengamati  puan besar di hadapannya dan mengangguk. "Bagus, mari ikut saya ke luar," ajak Sara. "Xiao LIan bawa LIang Taiyi ke bilik tamu," suruh Sara. Xiao Lian tanpa berlengah terus mengikut arahan itu. Sara melihat sepuluh orang di hadapannya. "Li Daren mendapat demam campak. Siapa di antara kamu yang sudah mendapatnya?"tanya Sara. Mereka berpandangan sesama sendiri dan ada 2 orang sahaja yang pernah mendapat demam campak. "Hao, yang dua orang itu siapa

"Saya Kong Yuan," kata serang lelaki pertengahan dua puluhan.

"Saya Yang Yi Liu," jawab seorang anak gadis lebih kurang sebaya Xiao Lian.

"Hao, Kong Yuan dan Yi Liu akan bertugas di dalam bilik. Yang lain akan membantu membersihkan kawasan dan semua kain baju di sini. Faham?"tanya Sara. Semua di situ memahaminya. "Baik nanti, Kong Yuan dan Xiao Lian akan memberi jadual bertugas. Jika kamu bertugas sebaik mungkin kau akan aku beri ganjaran," janji Sara.

"Xie Furen," jawab mereka serentak.







Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now