25

281 28 0
                                    

Lao ye, Da Nyangzi, Lao Furen, Li Yang Jian yang ditemani oleh Han Mei dan Yuan Yuan sedang minum pagi. Lao Furen masih tidak menjamah apa-apa kerana menanti Sara sampai.

"Zaoshang an," tegur Sara ceria. Dia masuk ke rumah besar itu bersama Xiao Lian. 

"Li Furen begitu cantik hari ini," puji Han Mei. Li Yang Jian yang sedang menjamah sarapan hanya memerhatikan sahaja Mo LI Hua di hadapannya.

"Sudah tentu, bila seorang perempuan bakal mendapatkan kebebasan abadi, dia akan gembira seperti ini," balas Sara. Jawapan itu membuatkan Yuan Yuan tersenyum.

"Selamat pagi Lao Ye, Da Nyang zi dan Zumu. Maaf Li Hua lewat sedikit," kata Sara sopan.

"Mari makan, Zumu menunggu Li Hua," sapa Lao Furen. "Nah, pau," kata Lao Furen meletakkan Pau di piringnya. 

"Terima kasih Zumu," ucap Sara ceria.

"Li Furen, minyak wangi ini tidak pernah Han Mei jumpa. Sangat wangi dan lembut pada masa yang sama," tegur Han Mei.

"Ehmm, minyak wangi ini dari Peranchis," jawab Sara.

"Li Hua membelinya di pasar pedagang asing?"tanya Lao Furen.

"Shu Daren yang menghadiahkannya," jawab Sara ikhlas. Wajah Li Yang Jian terus berubah mendengar nama Shu Wu Ji disebut. "Lao Ye, Da Nyangzi dan Zumu, nampaknya Li Hua mesti keluar sebentar hari ini. Tempoh hari Li Hua menempah kain untuk dibawa balik kampung,"beritahu Sara. Lao Ye dan Da Nyang zi tidak membantah akan permintaan itu.

"Baik, aku temankan," kata Li Yang Jian. 

"Tak perlu, Li Hua akan keluar sebentar sahaja. Kalau risaukan keselamatan Li Hua, bolehlah meminjamkan Zhu Wu kepada Li Hua sebentar," balas Sara tersenyum. 

"Err Lang, Yuan Yuan banyak lagi persediaan bayi yang belum disiapkan," tegur Yuan Yuan segera.

"Aiyoh, Yuan Yuan, saya minta maaf tidak dapat membantu sebab saya pun sibuk ni. Daren, boleh ya menemani Yuan Yuan,"pinta Sara sambil tersenyum. Li Yang Jian langsung tidak membalas kata-kata itu. Dia memandang Yuan Yuan dan mengangguk.

"Banyak lagi yang perlu disiapkan Li Hua," tanya Da Nyang zi.

"Tinggal beberapa sahaja lagi Nyang," jawab Sara. Tiba-tiba Zhu Wu masuk dan membawa pesanan dari Istana.

"Kenapa Zhu Wu?"tanya Li Lao Ye.

"Ini surat makluman, yang Zheng gonggong akan berkunjung esok pagi," beritahu  Zhu Wu.

"Apa halnya?"tanya Lao Ye sendiri.

"Zheng gonggong ingin bertemu LI Furen sebelum Li Furen pulang ke Hang Zhou," beritahu Zhu Wu.

"Betul ke? Sudah lama Li Hua tidak bertemu dengan Zheng gonggong," kata Sara. Han Mei membisikkan sesuatu kepada Yuan Yuan.

"Macamana wanita yang tiada status itu mengenali menteri ternama?" Yuan menggelengkan kepalanya. Sara tahu ramai yang terkejut apabila mendengar berita itu.

"Li Hua mengenali Zheng gonggong?"tanya Lao Furen. Sara mengangguk.

"Zheng gong gong selalu datang ke rumah waktu Li Hua kecil," jawab Sara. 

"Baguslah begitu. Elok juga bertemu dengan legenda seperti dia," kata Lao Furen.  Li Yang Jian memandang sahaja Sara melayan Lao Furen dan  Da Nyangzi makan. Sara langsung tidak mempedulikan dia di meja makan itu. Hatinya begitu sakit setiap kali melihat Sara tersenyum manis kepada orang lain tapi bukan dirinya. 

"Na, LI Hua minta diri dulu Zumu, Lao Ye dan Da Nyang zi. Nanti lama pula tuan kedai itu menunggu,"kata Sara meminta diri. Hari itu, Sara kelihatan seusianya. Tiada baju yang berlapis, berenda berat. Rambutnya pula ditocang satu. Wajahnya ayu dengan solekan yang lebih kebaratan. Musim panas, memang pakaian akan menjadi sedikit nipis kerana cuaca yang panas.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now