59

210 26 3
                                    

Sara masuk ke biliknya dan melihat Shu Wu JI sudah tidak berada di katilnya. Dia meninjau-ninjau keluar jendela. "I guess Wu Ji sudah pun kembali ke biliknya," bisik Sara.

"Li Hua!" panggil Xiao Lian ceria. Dia juga sudah berpakaian seperti lelaki. "Mari mandi, nanti sarapan dengan Shu Daren," kata Xiao Lian.

"Shu Daren, ne?"tanya Sara.

"Sudah balik ke bilik dan selepas berpakaian akan datang semula ke sini untuk sarapan," beritahu Xiao LIan.

"Okay! Aku pun nak pergi mandi. Siapkan pakaian aku Xiao LIan," arah Sara dan terus berjalan ke bilik air yang siap dengan air terjun buatan kecil. Sara sangat menyukai bilik mandi mewah yang dibuat oleh ayah angkatnya. Selesai berpakaian dia terus ke meja makan. Kelihatan sarapan yang diperkatakan oleh Xiao Lian siap terhidang cantik.. Shu Wu JI masuk dengan berpakaian biasa. "Shu Daren, segak sungguh hari ini," puji Sara. Shu Wu Ji merapati Sara untuk mencium dahinya tetapi ditolak oleh Sara. Shu Wu JI menjeling ke atas. Dia mengerti Sara ialah Ma Shang Wu seorang lelaki. "Ma Shang Wu berbesar hati dapat menerima kedatangan panglima terkenal Shu Wu JI," kata Sara tersenyum.

"Saya berbesar hati," balas Shu Wu Ji mengikuti rentak Sara.

"Silakan duduk. Xiao Liang yang memasak untuk sarapan pagi ini," kata Sara tersenyum. "Err..Ann Di meimei di mana?"tanya Sara meninjau keluar.

"Ann Di lai le," tegur Wuhen atau Andrew. Dia melihat Shu Wu JI di situ cuba melakonkan watak yang diberi oleh Sara. "Wu Ge," sapa Ann Di menunduk hormat dengan begitu feminin. Sara menyimpan senyumnya. Dia tahu drama sudah bermula.

"Meimei, mari duduk. Wu ge kenalkan orang kepercayaan jiaofu, Shu-"

"Wu Ji," sampuk Ann Di melirik kepada Shu Wu Ji dan itu membuatkan Shu Wu JI agak tidak selesa dipandang oleh seorang gadis sejelita Ann Di. "Shu Daren, Ann Di merasa sungguh bertuah dapat bertemu muka. Ann Di ingatkan sudah berumur tetapi Shu Daren masih muda dan tampan," sapa Ann Di menunduk hormat kepadanya pula.

"Ehem," Wu JI membetulkan suaranya.

"Shu Daren, ini adik saya Ann Di," perkenal Ma Shang Wu. Shu Wu Ji memandang Sara dan cuba meneka apakah permainan sedang berlangsung. "Mari duduk di sini," jemput Sara. Ann Di mengambil tempat di sisi Sara.

"Wu Ge," tegur Ann Di langsung memegang tangan Sara.

"Mei mei ini kenapa?"tanya Sara. Ann Di melihat kepada Shu Wu JI. Dia pun berlakon berbisik kepada Sara. "Oh? Nanti Wu ge tanyakan," kata Sara. "Shu Daren, mahukah Shu Daren mengikut kami ke bandar dan melihat sekeliling Hangzhao?"tanya Sara.

"Sudah tentu," jawab Shu Wu Ji masih memandang isterinya sebagai seorang lelaki. Agak janggal dirasakannya. Ann Di bertepuk tangan.

"Shu Daren, nanti temankan Ann Di ke kedai ya?"pinta Ann Di. Shu Wu Ji menggaru kepalanya yang tidak gatal dan memandang Ah Chan dan Pipit di situ. Xiao LIan yang menahan perasaan hendak ketawa melihat Shu Wu Ji terkial-kial mahu menyelamatkan dirinya. "Wu Ge, Wu Ge rasa Ann Di seorang sahajakah yang merasakan Shu Daren ini sangat tampan?"tanya Ann Di tersenyum. Sara melihat Shu Wu JI yang sudah kemerah-merahan mukanya.

"Dangren le. Mei mei jangan terburu-buru, banyak lagi masa untuk mengenali Shu Daren," jawab Sara.

"Err..Shu Daren sudahpun mempunyai seorang cahaya mata bukan?"tanya Ann Di kepada Shu Wu JI. Shu Wu JI mengangguk. Shu Wu Ji meneguk teh di hadapannya. "Ann Di sangat sukakan budak-budak," beritahu Ann Di dan Shu Wu JI hampir tersembur teh yang hampir ditelannya. Sara menahan ketawanya melihat suaminya begitu.

"Bagaimana Ann Di xiaojie boleh mengenali Ma xiaoye?"tanya Shu Wu JI mengubah topik.

"Oh, Wu ge menyelamatkan Ann Di dari orang jahat dan Ann Di bersumpah akan menjadi adik kepada Wu ge," cerita Ann Di sambil memandang Sara yang sekarang seorang lelaki yang cantik. "Wu ge," tegur Ann Di. Sara memandang Ann Di. "Terima kasih kerana menyelamatkan Ann Di,ya?"kata Ann Di sambil meletakkan kepalanya ke bahu Sara. Sara menepuk pipi Ann Di sambil tersenyum.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now