47

227 29 0
                                    

"Pipit faham tidak?"tanya Zheng gonggong kepada Pipit berkenaan tentang tugasnya di Hangzhao.

"Pipit faham,"sambut Pipit mengangkat hormat.

"Cempaka ada Pipit jangan risau,"kata Sara. "Jiaofu, kami minta diri,"kata Sara lagi memandang lelaki akhir 50an itu.

"Baiklah,haizi. Jaga diri baik-baik,"pesan Zheng gonggong. Sara dan Pipit balik ke rumah penginapan mereka.

"Kau Pit, kau dilarang beritahu apapun kepada Wu Ji. Faham?"pesan Sara ketika melangkah keluar dari pintu gerbang.

"Shi,"pendek sahaja jawapan Pipit. Sara tersenyum. Dia merasa senang dengan sikap Pipit yang menuruti dan mempercayai dirinya sebagai ketua. Mereka sampai di bilik dan Xiao Lian sudah menanti.

"Xiao Lian, aku lapar. Sediakan makanan!"jerit Sara dari pintu ceria. Xiao Lian bergegas ke dapur mendapatkan makanan tadi untuk Sara. Dia memanaskan makanan tersebut dan membawa keluar makanan itu dibantu Pipit. Sara sudah menanti di meja. Dia menopang dagunya sementara menanti makanan. Pipit dan XiaoLian masuk serentak. "Lapar-lapar! Cepat aku lapar ni," kata Sara mengusik Xiao Lian. Pipit dan Xiao Lian berpandangan sesama sendiri. Mereka duduk bersama di meja.

"Betul Xiao Lian mendengar yang kita akan ke Hangzhao tanpa Shu Daren?" tanya Xiao Lian sambil menuang air untuk Sara. Sara mengangguk. "Kau ni kenapa Li hua? Bahaya perjalanan kita nanti."

"Xiao Lian, tu sebelah kau tu pahlawan terbilang. Kalau kau nak tahu," jawab Sara sambil menyuap nasinya. Dia seperti selalu makan dengan tangan kalau tiada tetamu. Pipit juga makan dengan tangan apabila melihat Sara begitu. Xiao Lian memberi sekilas pandangan kepada Pipit. Jejaka tinggi lampai berkulit perang dengan perawakan menarik. "Kau tak percaya?" tanya Sara. Xiao Lian menggelengkan kepalanya perlahan. Sara dengan pantas membaling cawan teh ke arah Pipit dan Pipit menyambutnya tanpa menumpahkan teh. Tindakan itu mengejutkan Xiao Lian. "Kan aku kata dia pahlawan terbilang," usik Sara. "Bagi sini balik teh tu," arah Sara. Pipit membaling cawan itu dan Sara menyambutnya tanpa ada tumpahan. Xiao Lian terdiam. Sara dan Pipit tersenyum. "Sekarang kau percaya?" usik Sara lagi. "Satu lagi, kau dilarang beritahu Shu Daren tentang rancangan aku ni kau faham. Kalau kau pecahkan rahsia, aku tinggalkan kau di sini," kata Sara separuh mengusik.

"Xiao Lian janji,"kata Xiao Lian sambil makan. 'Sejak bila Mo li Hua tahu wukong?' tanya Xiao lian kepada diri sendiri. Shu Wu Ji masuk ke ruang makan itu.

"Sayang, airen dah balik,"sapa Shu Wu Ji ceria. Sara mengambil tangan kanan Shu wu Ji menggunakan tangan kirinya dan bersalam mencium tangan. Hati Shu Wu Ji tersentuh   kerana  seorang isteri di zaman Sara berbuat begitu kepada suami mereka sebagai tanda hormat.

"Nak makan?" tanya Sara.

"Airen dah makan bersama penjaga rumah tadi," jawab Shu wu ji.

"Tak makan bersama Shu Furen?" tanya Sara. Shu Wu Ji terdiam kerana soalan itu.

"Selain dari ibu kepada Yi er, Airen tak anggap dia lebih dari itu," jawab shu wu ji mengambil buah pir yang sudah dipotong dan menyuapnya ke mulut.

"Hao... Wu Ji bukan mudah nak bersalin zaman ini. Kau mesti melayan Shu Furen dengan lebih baik," balas Sara.

"Shu Furen tu kau," kata Shu Wu Ji tidak puas hati. Sara tahu jika dia terus berbicara Shu Wu Ji takkan mahu menerima alasannya. Sara memberikan senyuman manis untuk Shu wu Ji. Dia tidak mahu bergaduh di hari terakhir dia berada di situ. Baru sahaja Shu Wu Ji mahu meneguk air, pesanan dari Zheng gonggong diberikan oleh pengawal peribadi Zheng gonggong.

"Shu Daren, ayah mertua Shu Daren memanggil Shu Daren ke kediamannya."

Shu Wu Ji memandang Sara.

"Kenapa ya? Saya perlu pergi ke?" tanya Sara.

"Hanya Shu Daren," jawab pengawal peribadi itu.

"Baik, aku pergi sekarang," kata Shu Wu Ji bangun. Sara mencium tangan Shu wu Ji sekali lagi ketika bersalaman. Shu wu Ji menyentuh pipi Sara. "Makan ya, Airen pergi sebentar sahaja," kata Shu Wu Ji. Sara mengangguk. Dia melihat Wu Ji pergi dan memandang kepada Xiao Lian dan Pipit. Dia mengeluh.

"Cempaka kalau berat di dada kenapa hendak melakukan juga?" tanya Pipit. Sara tersenyum.

"Bila kau sudah ada cinta yang kekal di hati. Kau akan mengerti," jawab Sara. Dia menjamah lauk yang dihidangkan. Namun seleranya hilang serta-merta. Dia membasuh tangannya dengan air perahan limau dan  mengambil pinggan buah dan menghabiskannya.

"Tak sedap ke masakan itu?" tanya Xiao Lian. Sara menggelengkan kepalanya.

"Aku terlalu gementar untuk makan, Xiao Lian. Kau dan Pipit habiskan ya," jawab Sara lembut. Sara mengambil pinggan buah itu dan keluar ke tepi kolam. "Nanti dah habis makan bawakan aku teh ros ya Xiao Lian," pinta Sara.

"Jiaofu ada hal apa memanggil Wu Ji ke mari," tanya Shu Wu Ji dengan hormat.

"Mari minum bersama Jiaofu dulu," kata Zheng gonggong sambil menuang teh  untuk Shu Wu Ji. Shu wu Ji meneguk teh itu dan menanti Zheng gonggong memberikan maklumat. "Delegasi jurchen baru sampai sebentar tadi dan Jiaofu tidak percayakan orang lain untuk menjaga mereka. Jiaofu minta Wu Ji, menerima tugas ini."

"Tapi Jiaofu, WuJi mesti ke Hangzhao bersama Shuang er," kata Shu Wu Ji.

"Untuk beberapa hari sahaja," pujuk Jiaofu.

"Tapi-"

"Wu Ji itu tanggungjawab kepada maharaja. Tiada apa yang lebih penting dari menjalankan titah diraja selagi bergelar pegawai kerajaan," kata Zheng gonggong. Shu Wu JI terdiam. Bukan kerana dia tidak mengetahui tapi hatinya hanya mahu membantu Sara menyelesaikan misinya. Dia mengeluh sendiri.

"Jiaofu kami baru bergelar suami-isteri baru dua hari. Jiaofu tentu kenal Shuang er, kalau dia kata itu, itulah yang dia akan dapatkan. Dalam hal ini, Shuang er mahu bertolak esok."

"Aku percaya dalam banyak-banyak orang, Shuang er akan memahami jika kau mesti berada di Nanjing untuk tugas rasmi."

"Tapi jiaofu, melepaskan Shuang er pergi tanpa Wu Ji, Wu JI takut ada perkara yang tidak diingini berlaku," ucap Shu Wu Ji. Zheng gonggong berkata dalam hatinya, hati Shu Wu Ji memang sudah diisi oleh Sara. 

"Jiaofu faham, balik nanti terangkan kepada Shuang er. Pujuk di baik-baik," nasihat Zheng gonggong. Shu Wu Ji meminta diri untuk pulang. Sara telahpun bersedia untuk makan malam. Dia menanti Shu Wu JI di meja makan.

"Airen, kata sebentar sahaja kenapa dekat waktu makan malam baru balik," tanya Sara.  Shu Wu JI memimpin Sara ke meja makan.

"Airen pergi cari pengganti untuk menjaga delegasi Jurchen yang baru tiba. Malangnya tiada yang dapat menggantikan," terang Shu Wu JI.

"Shuang er tak kisah untuk ke Hangzhou bersama Pipit dan Xiao LIan," kata Sara.

"Tidak!"

"Wu ji," pujuk Sara. "Ini tugas rasmi," kata Sara lagi.

"Tidak, sama sekali tidak," balas Shu Wu JI, lalu masuk ke bilik tidur. Sara mengeluh. 'Terpaksa juga aku menggunakan ubat tidur itu,'bisik hatinya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now