6

335 31 1
                                    

"Errlang," panggil Yuan Yuan seraya menghantar bubur manis dan teh.  Li Yang Jian yang sedang membaca di meja bacaan tersenyum melihat wanita cantik yang paling dicintainya. Anggun, lembut, cantik dan berpendidikan. Semua ciri-ciri wanita idaman ada pada Yuan Yuan.  Nasib mereka berdua, zumu dan ibubapanya tidak mahu mengiktiraf Yuan Yuan sebagai isteri yang sah dan Yuan Yuan berkorban hidupnya dengan menjadi hanya seorang gundik di istana itu. "Mari makan," ajak Yuan Yuan lembut.  Li Yang Jian menutup buku dan bergerak ke meja marmar di hadapannya. "Errlang, Li Hua jie jie katanya telah sampai ke sini," kata Yuan Yuan menelah ekspresi wajah Li Yang Jian.

"Dia perlu berada di majlis Maharaja esok malam di Istana," jawab Li Yang Jian bersahaja.

"Na...Yuan Yuan boleh ikut tak?" tanya Yuan Yuan menduga. Li Yang Jian mengangguk. 

"Zumu benarkan kau ikut tapi Mo Li Hua mesti hadir bersama," balas Li Yang Jian. Yuan Yuan berpuashati dengan jawapan itu. 

"Kalau macam itu, Yuan Yuan hendak keluar sebentar hendak beli perhiasan," pinta Yuan Yuan.

"Aku temankan," kata Li Yang Jian.  Yuan Yuan merasa gembira kerana keprihatinan Li Yang Jian ke atas dirinya.

Laofuren dan Zhang momo membawa Sara dan Xiao Lian ke kamarnya.

"Wah, zumu. Bilik ini sangat cantik!"puji Sara sambil melihat sekeliling bilik. Dia terpandang ada patung2 buddha dan dewa dewi di beberapa tempat.

"Hua er sukakannya? Zumu ubah sedikit perabut yang ada,"kata Zumu terbatuk kecil. Sara cepat menuang secawan teh untuk Laofuren. Wanita itu tersenyum menyambut cawan yang dihulurkan.

"Suka! Na...zumu kalau Li Hua nak tambah sedikit barang di sana sini boleh?"tanya Sara ceria.

"Dangren la. Buatlah apa yang Hua er nak buat. Zumu serahkan semuanya kepada Hua er."

Sara memeluk wanita yang sentiasa lembut pertuturannya erat. "Terima kasih zumu. Wo ai ni!"kata Sara. Lao furen terketawa mendengar kata-kata itu. Baru balik tak berapa lama sudah terasa keceriaannya.

"Makan malam di bilik zumu malam ini,"kata Laofuren berdiri.

"Sayuran sahaja zumu,"balas Sara.

"Hao hao, berehat ya!"kata Laofuren dan semua di situ menunduk hormat. Tinggallah Sara dan Xiao Lian di situ.

"Xiao Lian, kau pergi simpan itu, itu, itu dan ini,"arah Sara sambil meniarap di katilnya.

"Kenapa Li Hua?"tanya Xiao Lian. Ligat kepala Sara berfikir.

"Ada benda lain yang aku nak letak di situ,"jawab Sara. Xiao Lian menunduk hormat dan terus menjalankan tugasnya. Sara berbaring terlentang pula dan memandang atap. 'haiya, identiti islam aku terpaksa aku sorok selama mana aku berada di rumah ini,'bisik hatinya.

Tapi itu tak perlu dirisaukan pada pendapat Sara kerana dia sudah membiasakan pembantu2nya untuk tidak menganggu pada waktu zohor asar dan maghrib.

Malam itu Sara menikmati makan malam di bilik Laofuren. Sara mengagumi kerana Laofuren seorang minimalist. Tak banyak perabut tapi sangat santai.

"Wah zumu, bilik ni lagi cantik dari bilik Li Hua," kata Sara meninjau-ninjau. Laofuren menggelengkan kepalanya tanda dia memaafkan kekhilafan Mo Li Hua kerana Li Hua amnesia.

"Hua er suka," tanya Laofuren.

"Sudah tentu. Er zumu, Li Hua  tak mengadap Tiye dan Nyang lagi," akui Sara.

"Dari sampai tadi?" tanya Laofuren. Sara mengangguk. "Kenapa?"

"Err.. Malas," jawabnya berterus-terang. Laofuren dan Zhang momo ketawa.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now