93

186 26 0
                                    

Ann Di dan Sara menaiki kereta kuda tersebut bersama Tun Daim. Pipit duduk bersama pemandu kereta kuda di hadapan. Mata Tun Daim tertacap di leher Sara. 'Rantai itu,' bisik hatinya. 'Bukankah rantai itu sudah hilang?' bisik hatinya. Dia memandang gadis muda Ann Di dan dia perasan akan cucuk sanggul itu. Fikirannya bingung.

"Shu Furen," tegur Tun Daim. Sara memandang kepada Tun Daim. "Hamba minta maaf kerana berlaku biadap tadi malam," kata Tun Daim. Sara tersenyum.

"Lupakan sahaja. Bukan perkara penting," jawab Sara. "Terima kasih kerana menghantar kami pulang," kata Sara memandang Ann Di. Tiba-tiba kereta tersebut terlanggar batu dan mereka di dalam terhentak.

"Ijoi!" panggil Tun Daim dari dalam.

"Ampun Datuk tadi terlanggar batu.,"balas Ijoi. Mereka sampai ke rumah tumpangan tanpa banyak bicara. Tetapi Tun Daim hanya memerhatikan Sara. Hatinya tertanya-tanya mengapa dia begitu mahu mengenali isteri Shu Wu Ji ini. Cara Shu Wu Ji melindungi isterinya. Cara Shu Wu Ji memandang kepada Cempaka dan dirinya juga menimbulkan tanda tanya. "Datuk, kita sudah sampai,"beritahu pemandu kereta kuda. Tun Daim keluar dahulu dan diikuti dengan Ann Di. Pipit membantu Ann Di turun. Tiba giliran Sara Tun Daim menghulurkan tangannya. Shu Wu Ji yang sedang menantinya di pintu gerbang berlari ke arah mereka.

"Shuang er," panggil Shu Wu Ji tanpa berlengah menurunkan Sara sendiri.

"Tak tidur lagi?" tanya Sara manis. Shu Wu Ji memandang Tun Daim di sebelahnya.

"Terima kasih," kata Shu Wu Ji.

"Sama-sama. Hamba gerak dulu," kata Tun Daim. Sara dan Shu Wu ji menunduk hormat. Tun Daim masuk semula ke dalam kereta kuda itu dan berlalu.

"Kenapa balik lambat?" tanya Shu Wu Ji. Ann Di berdiri agak jauh tapi masih boleh melihat Shu Wu Ji dan Sara bercakap.

"Shu Daren akan mengalah kepada Cempaka," kata Pipit. Ann Di ketawa.

"Mengenali da ge, kali ini da ge akan menang," kata Ann Di pula.

"Baik, kalau Cempaka menang kau akan membuat sarapan telur rebus setiap pagi untuk aku," kata pipit.

"Kalau aku menang, kau mesti berpakaian seperti perempuan selama sehari," kata Ann Di. Pipit berfikir dan bersetuju.

"Apa yang Sara dah buat ni?" tanya Shu Wu Ji tak puas hati.

"Sara tak buat apa pun," balas Sara.

"Sara balik semula ke istana itu sebab hendak melihat Tun Daim kan?"

"Haish, tidaklah," bantah Sara.

"Habis tu kenapa Tun Daim yang menghantar balik bukan Tun Ishak," tanya Shu Wu Ji. Hatinya tidak tenang. Mungkin apabila melihat Cempaka dan Tun Daim.

"Cemburu tak membawa berkat," balas Sara memandang Shu Wu Ji.

"Sara ini bukan zaman moden yang membolehkan kau berbuat apasaja sesuka hatimu. Kau takkan buta? Sejak kita sampai ramai yang memerhatikan diri kau!" tegas Shu Wu Ji. Sara hanya membisu kerana dia malas hendak bertekak. "Kenapa senyap?" tanya Shu Wu Ji. Sara mengangkat bahunya. "Kau suka tengok aku gila macam ni kan?" tanya Shu Wu Ji.

"Penat.. Tolong dukung ke bilik," kata Sara masih bernada biasa.

"Sara, aku juga punya maruah diri. Kau tak tahu semua mengatakan aku ini dikawal isteri." Sara menjadi bengang dengan kata-kata Shu Wu Ji. 'Queen Control?! Dia kata aku queen control? Hai Wu Ji siapa yang tak mahu diceraikan?' bentak hati Sara. Tiba-tiba kereta kuda Tun Daim berpatah balik.

" Shu Furen, Shu Daren. Hamba datang kerana cucuk sanggul Cik Ann Di terjatuh dalam kereta," tegur Tun Daim sambil memberikan cucuk sanggul itu kepada Sara. Tun Daim mengenali cucuk sanggul itu dan memang itu milik Cempaka dahulu diberikan oleh Zheng He.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα