52

213 29 0
                                    

Selesai mandi, Sara siap berpakaian tidur dan Ann Di berada bersamanya. Andrew terkial-kial hendak menanggalkan pakaiannya dan dia rimas dengan rambutnya yang panjang.

"Di meimei, kau perlukan pertolongan aku tak?"tanya Sara tersenyum. Andrew mengangguk lemah.

"Bagaimana aku boleh melepasi ujian ini. Aku ini lelaki dan sekarang aku perempuan. Satu hal pun aku tak tau ni," komen Andrew ketika Sara menanggalkan pakaiannya satu persatu. Kemudian Sara memberikan pakaian tidur untuk Andrew.

"Ann Di jatuh dari kuda tadi boleh tahan teruk. So, kau tak payah mandi. Basuh muka dan cuci gigi. Itu baju tidur kau," kata Sara. "Xiao Lian," panggil Sara ketika Xiao Lian melangkah masuk.

"Li Hua, ini yifu Ann Di kunyang. Ada pedagang pakaian sutera menginap di sini. Bayarannya sudah aku selesaikan," kata Xiao Lian memberikan 4 set pakaian berwarna pastel kepada Andrew.

"Xiao Lian, panggil saja Ann Di," ucap Andrew ketika menerima pakaian tersebut. "Macam mahal yifu ni," tegur Andrew.

"Sepatutnya la aku kan anak saudara Zheng gonggong, Ma Shang Wu. Dan kau akan menjadikan lakonan aku lebih berkesan," balas Sara mencubit pipi Andrew. Andrew hanya menjeling. Dia semacam menyesal menuruti Sara ke zaman ini kerana dia sekarang seorang gadis.

"Aku nak balik!" jerit Andrew menghentakkan kakinya seperti budak kecil.

"Pintu tu tak pernah berkunci. Di mei rasa hendak pergi ke mana-mana silakan," ucap Sara menunjukkan ke pintu. "Pipit, masuk kita mesti tidur awal," jerit Sara dari dalam. "Kau, pergi ke sana dan tidur di tempat kau!"arah Sara serius kepada Ann Di. Ann Di atau Andrew memberikan jelingan maut kepada Sara. Sara menyimpan senyum dan menggelengkan kepalanya. 'Hailah, kau tak payah berpura-pura Ann Di. Kau dah pun menjadi baby girl dengan perangai suka merajuk bila ada yang tak kena," Pipit masuk dan tidur di tepi pintu. Xiao Lian di tepi meja makan dan Sara di katil. Ann Di ditempatkan di atas kerusi panjang yang sudah dialas selimut tebal.

Shu Wu JI menjalankan tugasnya sebaik mungkin dan malam itu dia hanya menemani Zheng gonggong melayan tetamu dari Jurchen. Dia seperti kelongsong. Kosong di dalam. Di mana Sara sekarang? Sihatkah dia? Makankah dia? Selamatkah dia? Dia mengeluh panjang. Dia amat merindukan isterinya. Selepas dia menghantar tetamu maharaja ke rumah penginapan, dia balik ke rumah kediaman Shu.

"Daren?"panggil Wei Young yang merasa hairan apabila pengawal pintu memberitahu Shu Wu JI pulang ke rumah.

"Wei Young," sapa Shu Wu JI. Wei Young melihat wajah Shu Wu Ji yang begitu tidak bermaya.

"Shu Furen di mana?"tanya Wei Young. Shu Wu Ji tersenyum.

"Shu Furen sudah dalam perjalanan ke Hangzhou."

"Shu Daren tidak menemani Shu Furen?"tanya Wei Young lagi.

"Aku terpaksa menjaga tetamu maharaja dari Jurchen. Mereka di sini selama sebulan dan hari ini baru hari yang pertama," jawab Shu Wu Ji mengeluh. Wei Young mendiamkan diri dan memerhatikan sahaja Shu Wu Ji meneguk teh di meja dalam bilik bacaannya. "Yi er sudah tidur?"tanya Shu Wu JI. Wei Young mengangguk "Wei Young, kau pergilah berehat. Tentu keletihan hari ini," kata Shu Wu Ji.

"Shu Daren, Wei YOung telah pun keluar dari bilik tidur utama. Shu Daren boleh bermalam di situ," beritahu Wei Young. Shu Wu Ji memandang Woo Wei Young. Wanita yang beberapa tahun lebih tua dari Sara.

"Apa yang Shu Furen katakan pada kau bila aku tiada hari tu?"tanya Shu Wu JI. Wei Young mengambil tempat di hadapan meja Shu Wu Ji.

"Shu Furen, suruh Wei Young jaga Yi er dan Shu Daren macam dulu. Dan Shu Furen meminta Wei Young terus berada di rumah ini," kata Wei Young. Shu Wu JI menundukkan kepalanya. 'Kau memang kejam Sara. Kau sememangnya sudah merancang untuk tidak balik lagi ke sini,'bisik Shu Wu JI.

"Kau boleh balik ke bilik sekarang. Aku mahu berehat," ujar Shu Wu Ji.

"Shu Daren hendak mandi? Wei Young akan minta hamba menyediakan air hangat," tanya Wei Young. Shu Wu Ji mengangguk tanda dia bersetuju. Wei Young meminta diri dan meninggalkan Shu Wu JI keseorangan di bilik itu. Dia memicit dahinya. Hatinya ingin mengejar Sara tetapi permintaan Zheng gonggong tidak boleh ditolak. "Kau tunggu aku datang Shuang er. Aku takkan sesekali akan menuruti kehendak kau yang mementingkan diri sendiri ini," ucapnya sendiri.

Zheng gonggong baru sahaja selesai menulis memorial kepada maharaja mencerita perkembangan tetamu dari Jurchen apabila ada suara meminta kebenaran untuk mengadap.

"Salam Zheng gonggong," ucap pengawal itu.

"Di mana anak gonggong?"tanya Zheng gonggong.

"Mereka berada di Xi Zhen berhenti rehat."

"Berhenti rehat? Kalau mereka bermalam di situ, mereka akan kerugian satu hari.," balas Zheng gonggong.

"Shi gonggong, tapi tadi ada satu kejadian," balas pengawal itu. Dia pergi kepada Zheng gonggong dan menceritakan kejadian di kedai makan itu pagi tadi.

"Ada seorang gadis?"tanya zheng gonggong.

"Ya, Zheng xiaojie mengaku yang gadis itu adiknya dan dia tidak dapat meneruskan perjalanan kerana gadis itu memerlukan rehat yang lama sedikit." 'Apa yang Shuang er hendak lakukan ni?'tanya Zheng gonggong kepada dirinya sendiri.

"Baiklah terima kasih. Berita ini tidak perlu ada orang lain tahu, faham?"arah Zheng gonggong. Pengawal itu meminta diri meninggalkan bilik itu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now