82

167 27 0
                                    

Shu Wu Ji menanti Sara di pintu biliknya. Dan dia melihat Sara masuk dengan 'cape' milik Liu Lu.

"Seperti orang berkasih menikmati kecantikan bulan nampaknya," sindir Shu Wu ji

"Uih, seperti baru sahaja bergaduh dengan kekasih hati saja lagaknya," usik Sara. Dia menyuruh Pipit balik ke biliknya. "Shu Daren tengok ni..." Sara mengajuk Wang He Lan. Shu Wu Ji merenung Sara tajam.

"Apa tujuan kau bawa Liu Lu ke mari?"

"It's the polite thing to do. Sudah masa makan malam, Sara ajak dan dia terima. Oklah tu. Tetamu kan datang bawa berkat," jawab Sara. "Wu Ji, kau datang dengan that He Lan girl kan? SO?"tanya Sara kembali. Dia cuba melangkah ke biliknya tetapi ditahan oleh Shu Wu ji.

"Kau ingat kau siapa Sara? Kau tu isteri aku," kata Shu Wu Ji keras. Sara memandang Shu Wu Ji yang berang.

"Sekejap sekarang ni kau marah pasal apa Wu Ji?"

"Kau tak patut buat begitu kepada Wang He Lan," jawab  Wuji.

"Dan dia tak patut memandang rendah kepada Ann Di dan Pipit," balas Sara.

"Kau tak patut terlalu rapat dengan Liu Lu," ucap Shu Wu Ji. Sara melihat mata Shu Wu Ji yang penuh dengan emosi. Sara menarik nafas panjang.

"Sara tak rapat dengan dia pun. I am trying to work with him," terang Sara.

"Tapi dia sukakan kau!" balas Shu wu Ji.

"Jadi?"

"Jangan terlalu rapat kerana aku tak mahu dia jatuh cinta dengan kau, Sara," terang Shu Wu Ji lagi.

"Wu Ji, satu kau terlalu cemburu. Dua, dia sukakan aku mungkin satu kelebihan. Tiga, aku tak mungkin akan ada apa-apa dengan dia, Empat-" bicara Sara terhenti di situ. "jika kau terus begini Wu Ji mungkin kita patut bawa haluan masing-masing sebab aku penat. Setiap hari selepas kita nikah, kita akan bergaduh," kata Sara pasrah. "Sudahlah, aku nak rehat. Selagi kita dalam pelayaran, hidup aku takkan tenang. Kau buatlah kerja kau. Jaga keselamatan Wang Xiaojie baik-baik. Dan aku harap kau benarkan aku membuat kerja aku. Menjaga keselamatan semua anak kapal dan penumpang. Aku mohon, "kata Sara tanpa mendengar apa-apa dari Shu Wu Ji dia masuk ke biliknya. Dia memeluk Ann Di dan menangis semahunya." Why am I here? WHY is he here?" tanya Sara dalam pelukan Ann Di.

"Sudahlah, rehat ya. Jangan fikir apa-apa lagi," pujuk Ann  di. Sara meleraikan pelukan mereka dan bersiap untuk tidur. Dia tak mahu dengar, lihat apa-apa lagi tentang Shu Wu ji. Shu Wu Ji benar-benar mengujinya. Sara yang emosi tadi lebih tenang. Dia menyikat rambutnya sambil melihat di cermin lepas tu ketawa. Ann Di menjeling ke atas.

"Kau memang gila kan. Sekejap menangis sekejap ketawa," tegur Ann Di menyembat pakaian di hadapannya.

"Aku tak patut emosi macam tu, kan? . Shu Wu Ji is a textbook husband."

"Hah, tau pun kau," sambut Ann Di. Sara bangun dan mencapai baju luarnya. "Nak ke mana tu?"

"Pujuk textbook husband lah. Aku janji mulai hari ni aku takkan emo lagi,"kata Sara.

"Hmm, janji atok kau," kata Ann Di berbisik kepada diri sendiri. Sara keluar bilik dan terus ke bilik suaminya. Dia mengetuk dan Ah Chan membuka pintu.

"Shu Daren?" tanya Sara tersenyum. Ah Chan merasa serba-salah.

"Siapa tu?" tanya Shu Wu Ji.

"Shi wo," jawab Sara terus masuk ke bilik dan dia merasa terkejut kerana ada Wang He Lan sedang menangis di meja makan. Wajah Shu Wu Ji berubah melihat Sara di situ. Dia begitu bimbang takut Sara naik marah. Sara menarik nafas panjang dan dia mengulangi janjinya tadi dalam hatinya. 'Jangan emo 100x.'

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now