56

192 30 2
                                    

Zhu Wu sudah bangun awal dari biasa. Dia ada tugas hari ini. Tugas rahsia. Zhu Wu keluar dari kediaman Li dan mencari seorang pengemis yang berusia 12 tahun. Zhu Wu banyak membantu anak itu.

"Ming Tian. Ini untuk Shu Daren. Kau mesti berikan ke tangannya. Kau faham?"suruh Zhu Wu. Ming Tian mengangguk."Kau jaga pesanan ini dengan nyawa kau, faham?"kata Zhu Wu lagi. Dia mengeluarkan satu uncang wang dan diberikan kepada Ming Tian. "Kirimkan salam kepada ibumu,"ucap Zhu Wu dan terus pergi.

Ming Tian berlarian ke kediaman Shu yang boleh tahan jauhnya dari kediaman Li. Dia mencari sudut yang berbumbung bagi menanti kelibat Shu Wu Ji. Pagi masih awal. Kelihatan para penggerai sedang bersiap-siap untuk memulakan perniagaan. Matanya hanya tertacap di pintu gerbang. Hampir sejam dia merenung pintu masuk itu. Lamunannya terhenti apabila melihat seorang khadam membawa seekor kuda. Dan dia melihat Shu Wu Ji yang lengkap berpakaian panglima. Dia berlari dengan pantas dan memegang lengan Shu Wu Ji.
Dia cepat-cepat meletakkan kertas kecil yang dilipat ke tangan Shu Wu Ji dan berlari meninggalkannya.

"Ni-"panggil Shu Wu Ji tetapi Ming Tian terlalu pantas untuk dikejar.

"Shu Daren-" tegur Ah Chan. Shu Wu Ji meneliti kertas kecil itu.

"Li Yang Jian akan ke Hangzhao hari ini."

Shu Wu Ji membacanya dan terus menunggang kudanya.

"Shu Daren!"panggil Ah Chan terkejut melihat keributan Shu Wu Ji. Dia dapat merasakan ianya sesuatu yang berkaitan dengan pengemis tadi. Sesampai Shu Wu Ji ke kediaman Zheng gonggong, Dia terus ke rumah besar.

"Jiaofu,jiaofu,"panggil Shu Wu Ji dari luar. Zheng gonggong yang baru keluar dari kamarnya menyuruh pembantunya untuk melihat siapa di luar.

"Jika itu menantuku, bawa dia masuk ke ruang tamu,"suruh Zheng gonggong.

"Jiaofu,Jiaofu,"panggil Shu Wu Ji keresahan.

"Kamu ni kenapa WuJi? Pagi masih awal kamu begini kenapa?"tanya Zheng gonggong kehairanan.

"Ni,"tunjuk Shu Wu Ji kertas diberikan oleh pengemis tadi.

"Siapa yang berikan kepada kamu?"

"Seorang budak pengemis."

"Selepas kedatangan Li Laoye semalam, sebenarnya Jiaofu tidak dapat tidur lena. Jiaofu tak sedap hati."

"Jiaofu, izinkan-"

"Pergilah. Tapi berhati-hati Li Yang Jian sudah hilang pertimbangan. Selagi Shuang er tidak pulang bersamanya. Wu Ji, jiaofu akan uruskan tetamu dari Jurchen itu. Wu ji pergilah dahulu ke Hangzhao. Jiaofu akan menyusul kemudian,"kata Zheng gonggong. Shu Wu Ji tanpa berlengah bertolak serta merta ke Hangzhao.

"Shu Daren,"panggil Ah Chan yamg sedang menanti di pintu gerbang.

"Kita ke Hangzhao sekarang. Nyawa Shu Furen dalam bahaya!"balas Shu wu Ji dengan naik ke kudanya.

"Shu Daren, kita perlukan belanja,"beritahu Ah Chan. Shu Wu Ji memandang pembantunya.

"Shu Daren,"panggil pembantu Zheng gonggong. "Gonggong mahu memberikan ini kepada Shu Daren." Pembantu itu memberikan sekotak kayu yang dibalut oleh kain broked. "Ini wang pemberian Zheng gonggong."

Ah Chan memandang Shu Wu Ji seakan meminta persetujuan. Shu Wu Ji menyuruhnya mengambil bungkusan itu.

"Shu Daren, Ah Chan sila berhati-hati dalam perjalanan,"pesan pembantu itu.

"Katakan kepada Jiaofu yang aku akan membayarnya kembali,"kata Shu Wu Ji. Pembantu itu memberi salam hormat. Sederas kilat Shu wu Ji dan ah Chan bertolak ke Hangzhao.

Li Yang Jian pergi meminta keizinan untuk ke Hangzhao atas alasan ada barang Mo Li Hua yang tertinggal.

" Jian er, apa perlu kamu ke Hangzhao? Kirimkan sahaja dengan pengangkutan. Tak perlu bazir tenaga," tegur Zumu. Li Yang Jian tersenyum.

"Zumu, Jian er dan Li Hua bercerai dengan cara yang paling buruk. Jadi, Jian er hendak bertemu dengan Mo Li Hua dan memohon maaf. Jian er tak mahu kami menjadi musuh,"balas Li Yang Jian sopan. Lao Furen menarik nafas panjang. Kedengarannya sangat ikhlas tapi melihatkan perangai egois cucunya, Li Yang Jian akan cuba membawa balik Mo Li Hua.

"Baiklah Jian er, nyang izinkan,"kata ibunya pula.

"Jian er akan balik secepat mungkin,"beritahu Li Yang Jian sambil mengundurkan diri. Zumu menggelengkan kepalanya. Sesungguhnya Li Yang Jian seorang yang degil.

Sara merasa seperti balik ke zamannya dengan menginap di kediaman zheng gonggong. Dia bermenung di situ. Berapa lama lagi dia harus berada di sini? Separuh hatinya berada di sini kerana jiaofu, Shu Wu Ji, Pipit, Xiao Lian. Tapi separuh hatinya berada di tempat asalnya. Mana mungkin aku terus di sini? Kata hati Sara. Dia melihat suasana di luar tingkap. Dia sukakan persekitaran yang telah ayah angkatnya ilhamkan. Tiba-tiba matanya melirik kepada jari manis kirinya. Cincin perkahwinan yang ditempah khas untuk dirinya. Hatinya merindui suaminya. Dia tersenyum sendiri.

"Li Hua," panggil Xiao LIan yang membawa masuk sedikit kudapan dari dapur.

"Xiao LIan," sapa Sara lalu terus duduk di meja marmar di bilik itu. "Apa yang kau bawa tu?"

"Kuih, aku takut kau lapar. Sehari dua ni kau seperti tidak berselera," jawab Xiao Lian. 

"Begitu sekali kau memerhatikan aku, Xiao LIan?"tanya Sara bergurau.  Dia mengambil kuih yang dibawa oleh Xiao Lian. Berwarna ungu, lemak manis rasanya.

"Bagaimana? Sedap tak?"tanya Xiao LIan. Sara mengangguk sahaja tanpa berkata. Dia mahu menikmati hidangan yang dibawa oleh Xiao Lian. "Apa yang kau kenangkan?"tanya Xiao LIan menuangkan teh bunga ke cawan Sara.

"Shu Wu JI," jawab Sara. Xiao LIan tersenyum lebar.

"Rindu juga ya?"tanya Xiao Lian mengusik.

"Ei, jaga sikit mulut kau tu," balas Sara masih lagi menyuap tersenyum.

"Wu ge." panggil PIpit seraya masuk ke bilik mewah itu. "Pipit sudah pun menyiasat. Betul cakap Wu Ge, pakcik ketiga Mo LI HuA banyak berada di rumah judi."

"Hmm, permainan apa yang dia selalu bermain?"tanya Sara masih lagi sedang asyik menikmati kuih yang dibuat oleh Xiao Lian.

"Roulette," jawab Pipit.

"Roulette?" tanya Sara kembali. Dia terdiam seketika. "Dia selalu menang ke?"tanya Sara lagi. Pipit mengangguk. "Na, di meja roulette tadi, siapa yang kalah berkali-kali?"

"Berkali-kali?" tanya Pipit menggaru kepalanya. "Ah, Yew Hong."

"Yew Hong? Esok bawa dia ke mari, beritahu dia aku akan menawarkan pekerjaan," beritahu Sara. Pipit mengangguk tanda memahaminya.

"Wu Ge, tadi Pipit menerima berita Li Daren akan ke mari," beritahu Pipit. Sara menghela nafas panjang. Untuk ketika itu apa saja yang tidak munasabah tentang Li Yang JIan bukanlah sesuatu yang luar biasa.

"Apa kena mengena dia dengan aku, huh?"tanya Sara. Pipit memandang Sara.

"Pipit takut, dia akan berbuat gila pada Wu Ge."

"Pipit, aku di sini ialah lelaki. Say, dia pernah nampak kau bersama aku dak?"tanya Sara. Pipit mengangguk. "Kalau macam tu, aku nak kau menginap di luar PIpit. Kalau tak pecah rahsia yang aku ini ialah perempuan."

"Baik, ada rumah penginapan di belakang kediaman ini. Pipit akan gunakan pintu belakang tiap kali Cempaka memanggil."

Sara tersenyum. Lain yang aku fikirkan lain pulak yang mengejar aku di sini. Detik hati Sara.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now