83

155 24 0
                                    

Wang He Lan berjalan mundar-mandir di biliknya. Swee Lan dari tadi memerhatikan tuannya tidak duduk diam.

"Xiaojie, kenapa ni? Nampak kerisauan sahaja?" tanya Swee Lan.

"Swee Lan,"panggil Wang He Lan mendapatkan Swee Lan." Kau rasa Shu Daren sukakan aku atau Zheng Xiaojie? "tanya Wang he Lan dengan mata terbuka besar. Swee Lan ketawa.

" Xiaojie, sudah tentulah xiaojie. Zheng Xiaojie itu sudah hilang semua kelembutan wanita. Swee Lan tengok apabila dia bercakap dengan lelaki tiada ciri-ciri kewanitaan. Xiaojie lain, cantik, lembut,suara pun sedap didengar,"puji Swee Lan. Wang He Lan merasa begitu teruja. Dia merenung wajahnya di cermin. Sudah masuk dua bulan dia di pelayaran ini dan hatinya begitu berkenan dengan Shu Wu Ji.

Ann Di dan Sara berjalan memghirup udara petang di atas kapal. Waktu ini memang ramai yang akan mengambil peluang bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Sara memandang laut lepas.

"Aku rindukan mamatok dan mak. My idiot boss as well," kata Sara. Ann Di ketawa.

"Aku rindukan klinik aku," ucap Ann Di.

"I missed my TT juga,"keluh Sara.

"Ya, lama tak drive. But you know what?" sambut Ann Di memandang Sara. "Anywhere with you aku senang hati," kata Ann Di. Sara memeluk bahu Ann Di.

"Terima kasih kerana datang kepada aku," balas Sara. Wang He Lan berjalan bersama Shu Wu Ji dan Swee Lan tidak jauh dari situ.

"Ann Di kunyang memang sangat baik dengan Zheng Xiaojie," tegur Wang he Lan kepada Shu Wu Ji. Shu Wu Ji hanya menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba suasana menjadi bising. Semua orang sedang melihat sekumpulan ikan lumba-lumba dari kejauhan. Sara melihat sekeluarga dari Goryeo. Dia mengambil sekeping kertas dan menggulungnya seperti sebuah megafon. Dia mengisyaratkan kepada seorang kanak-kanak untuk melihat sekumpulan ikan lumba-lumba itu. Dia mula menyanyikan lagu Arirang. Semakin lantang dia melantunkan lagu itu,semakin dekat ikan-ikan itu ke kapal dan melompat dengan gembira.

Semua terdiam mendengarkan nyanyian Sara. Dia teringatkan Xiao Lian yang menyanyi bersamanya di istana. Hatinya jadi rindu kepada Xiao Lian dan Zumu. Tentera laut di kapal-kapal pengawal terutama Liu Lu dan Zhen Hwang Di menumpukan perhatian mereka kepada Sara. Penumpang-penumpang itu bersorak melihat ikan-ikan itu bergerak rapat ke kapal mereka. Apabila ikan-ikan itu mengikut suara Sara, dia membawa ikan-ikan itu ke kapal pengawal di hadapan. Habis sahaja lagu itu, semua bersorak. Semua terhibur dengan persembahan Sara dan ikan-ikan itu.

Beberapa pemuzik Er-Hu dan Pipa memainkan lagu yang lebih rancak dan semua di situ menari mengikut muzik itu. Shu Wu Ji melihat betapa ceria Sara ketika itu. Hatinya sedikit gusar kerana mungkin ini sahaja ketikanya untuk dia melihat Sara begini. Sara akan pergi meninggalkannya bila tiba masanya.

Mereka menari beramai-ramai tanpa mengira bangsa dan darjat. Semuanya gembira ketika itu. Liu Lu memandang Zhen Hwang Di.

"Dia seorang yang istimewa bukan?" kata Liu Lu kepada Zhen Hwang Di.

"Zheng xiaojie? Ya, dia sangat luar biasa," kata Zhen Hwang Di perlahan lalu tersenyum.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now