48

201 29 0
                                    

Salina dan Makcik Salmah duduk di gazebo di pagi yang hening. Lagi beberapa jam cukup 24 jam Sara masih tidak dijumpai. Andrew atau Wuhen yang baru tiba dari Johor Bahru menziarahi mereka berdua.

"Mak, mamatok," panggil Andrew. Mereka berdua yang asyik termenung berpaling ke arah suara itu.

"Andy?" panggil Mamatok.

"Andy berpatah balik dari JB bila mommy sampaikan berita. Mak dan mamatok macamana? Dah makan?" tanya Andrew sambil duduk di sisi mereka. Salmah dan Salina berpandangan. Mereka menggelengkan kepalanya. "Janganlah macam tu," pujuk Andrew. Kalau Sara tahu mesti dia susah hati. "Nah! Ini nasi mendy. Andy singgah beli kat restoran yang mamatok dan mak suka. Mari makan. Lepas makan biar Andy sendiri pergi cari Sara. Andy janji," kata Andrew. Doktor gigi yang berkacamata, lembut percakapannya dan telah bersama mereka seperti anak mereka sendiri. Pujukan Andy melembutkan hati mereka.

"Sara memakai rantai dan juga cincin jed putih mamatok tetapi dia tak pakai yang ini," tunjuk mak sambil menjamah makanan yang terhidang.

"Cucuk sanggul?" kata Andrew meneliti cucuk sanggul jed putih yang masih nampak seperti baru. Bila Andrew menyentuhnya, dia merasakan getaran. "mak cuba pegang," kata Andrew. Salina menyentuh cucuk sanggul itu lagi.

"Kenapa?"tanya Salina.

"Mak tak rasa apa-apa ke?" tanya Andrew. Salina menggelengkan kepalanya. Andrew terus bangun.

"Andy ke Templar Park dulu mak,"kata Andrew bergegas keluar dari rumah itu.

"kenapa dengan Andy tu mama?" tanya Salina.

"Mama dapat rasakan yang Andy akan menjumpai Sara," jawab Mamatok. "Apapun kita tunggu saja. Sara ialah seorang perentas masa begitu juga Andrew," bicara mamatok terhenti di situ.

Andrew atau Wu Hen keluar dari keretanya lengkap berjaket dan berlampu suluh.  Jam menunjukkan jam 4 petang. "Shuang er aku takkan tinggalkan tempat ini selagi tidak menemuimu," bicaranya sendiri. Dia memegang  cucuk sanggul Sara. "Ok, tunjukkan di mana Shuang er," katanya kepada cucuk sanggul itu. Dia berjalan di lorong-lorong kecil di situ. Dekat sejam dia berlegar-legar di situ. Tiba di satu tebing curam, cucuk sanggul merenjat kuasa statik. Itu mengejutkan Andrew. "Shuang er....!" panggil Wu Hen. "Shuang er...!" panggil Wu hen atau Andrew lagi. Dia menyuluh tebing curam itu dan ternampak kasut. "Shuang er!" panggil Andrew cemas dia cepat menuruni tebing itu dan melihat Sara tertiarap. "Shuang er!" panggil Wu Hen. Dia merasa gelabah. Duduk di tepi Sara dia membuat panggilan kecemasan. Dia memeriksa nadi Sara dan merasa lega kerana Sara masih lagi bernafas. Dia  menanggalkan jaketnya dan menyelimuti Sara. Kakinya terasa kaku, dia tidak boleh ke mana-mana. 20 minit selepas itu, ambulan sampai dan membawa Sara pergi. Andrew yang masih lagi panik juga dibawa pergi dengan ambulan yang sama. "Shuang er, ni zhenme le?"bisik wu Hen. "Ni zai nar?" Dia memegang tangan Sara yang masih tidak sedarkan diri. Dia menelefon Puan Salina dan Puan Salmah. Wajah Salina pucat apabila dia memutuskan talian.

"Kenapa dengan kamu ni Sal?" tanya mamatok. Salina menangis di situ. 

"Mama betul! Andy menjumpai Sara tapi Sara tidak sedarkan diri. Andy jumpa Sara tertiarap di tebing yang curam," beritahu Salina sambil memegang dadanya yang terasa ingin pecah.

"Dah jom, kita ke hospital. Syukur alhamdulillah kita dah jumpa Sara," ucap Puan Salmah. Sampai di hospital, Andrew telah membuat semua untuk memasukkan Sara ke wad. Andrew duduk di bangku bersendirian.

"Andy," panggil mamatok. Andrew segera bangun dan mendapatkan mamatok. Dia membawa mamatok ke bangku supaya mamatok boleh duduk. Seorang doktor keluar dari unit kecemasan.

"Waris kepada pesakit yang diusung masuk dari Templar park siapa?"tanya doktor itu.

"Kami," balas Salina segera mendapatkan doktor berkenaan. "Anak saya bagaimana doktor?"tanya Salina cemas.

"Nasib anak puan baik kerana dapat dijumpai kurang dari 24 jam. Dia tidak sedarkan diri tapi vital stats dia stabil. Kalau lambat sikit lagi dia boleh dalam state of shock dan itu merbahaya," terang doktor itu tadi.

"Boleh saya berjumpa anak saya?"tanya Salina.

"Untuk malam ini kami masukkan dia ke CCU untuk pemerhatian rapi. Saya nasihatkan puan untuk pulang sahaja malam ini. Kalau ada apa-apa nanti kami call," kata doktor itu. Andrew berjabat tangan dengan doktor itu dan mengucapkan terima kasih berkali-kali.

Sara yang melihat sahaja kegelisahan Shu Wu JI merasakan untuk julung kalinya dia akan mengengkari perintah Zheng gonggong. 

"Lao kong, boleh tak duduk diam dan makan. Naik pening kepada Shuang er tengok berdiri duduk berdiri duduk jalan satu bilik. Marilah makan, Shuang er lapar!" tegur Sara. Shu Wu JI berhenti berjalan dan duduk di sisi Sara.

"Batalkan perjalanan esok," desak Shu Wu JI.

"Wuih, orang dah siapkan habis nak batalkan. Bukan senang dan simpan nak kemas balik," kata Sara berleter. Shu Wu Ji memandang wajah isterinya.

"Shuang er, Sara, Cempaka," panggil Shu Wu JI. "Kau aku tak izinkan pergi ke Hangzhao tanpa aku,faham?" 

"Faham, ok ikut suka. Esok kita batalkan aje. Mari makan. Malas aku nak fikir perangai kau ni," kata Sara sambil menuang air dan meletakkan lauk-lauk ke dalam mangkuk Shu Wu Ji. Selesai makan malam Shu Wu Ji duduk di katil. Dia menarik Sara untuk duduk bersamanya.

"Betul ke ni nak batalkan perjalanan?"tanya Shu Wu Ji lembut. Sara tersenyum. "Kita baru dua hari berkahwin, dah jiaofu suruh kita berpisah. Ingat senang ke hendak menjadi suami Sara Cempaka Sari yang juga Zheng Shuang ini?"usik Shu Wu JI. Sara ketawa kecil. Shu Wu JI menguap. "Hari ini terlalu banyak kerja, lao kong merasa sangat mengantuk biarpun malam masih muda," katanya lagi mamai.

"Kalau macam tu, mari kita tidur. Shuang er pergi padam lilin," kata Sara sambil bangun dari katil. Dia menjengah keluar pintu bilik dan melihat Pipit di situ. Dia memberikan isyarat yang rancangan mereka akan berjalan seperti yang dirancang.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now