24

261 27 0
                                    

Sara berlari dengan pantas ke biliknya dan Xiao Lian menuruti di belakang. Sampai sahaja di depan pintu, Sara berhenti dan ketawa sepuas-puasnya. Xiao Lian yang termengah-mengah itu juga ketawa bersama Sara. Sakit perut Sara mengenangkan muka Li Yang Jian yang tak tentu arah dikenakan olehnya malam ini. 

"Hah, baru padan muka kau! Nak marahkan aku, habis satu keluarga marahkan kau. Ambik," kata Sara dalam baki ketawanya. 

"Li Hua, kau ni! Sejak bila jadi nakal ni?" tanya Xiao Lian yang selesai ketawanya. Sara tersenyum kepada Xiao Lian.

"Sejak kemalangan itu,' kata Sara ketawa.

"Li Hua kau tak takut ke, Li Daren akan bertindak dengan lebih ganas lagi selepas ini?"tanya Xiao Lian. Sara memandang gadis remaja yang setia di sebelahnya. Sara menggelengkan kepalanya. 

"Dia boleh buat apa yang dia nak, tapi kau harus tahu, aku juga tahu untuk membalasnya," jawab Sara. "Aku tidur di bilik kau malam ni," beritahu Sara. Xiao Lian terkejut.

"Kenapa pula?"tanya Xiao Lian hairan.

"Hiiiii kau ni. Aku kan cantik ibarat dewi malam ni. Tengok kulitku yang putih mulus,"ucap Sara sambil menanggalkan baju luar menampakkan bahunya. " Bibir bak ume merah jambu," tambah Sara memuncungkan mulutnya. "Dan rambut lurus cantik menawan,"katanya sambil membelai rambutnya yang panjang, "Aku takut, LI Yang Jian tak lena tidur dan akan cuba untuk membuat aku tidur bersamanya," jawab Sara mengelip-ngelipkan matanya kepada Xiao Lian.

"Ah...Li Hua," jerit Xiao Lian sambil menutup telinganya. Sara tergelak.

"Kau yang tanya, aku jawab je!" usik Sara. "Oh!Ya, sebelum tu. Aku nak atur bantal macam aku tengah tidur di katil," kata Sara membuka pintu.

"Perlu ke? Kenapa?"tanya Xiao Lian. Sara menjeling Xiao Lian dalam kesamaran lampu-lampu lilin di hadapan pintu itu.

"Betul ke kau nak tahu ni?"tanya Sara. 

"Ok, Ok, Ok...aku tak mahu tanya dah," jawab Xiao Lian. "Aku pergi mengemas bilik supaya kau boleh bermalam di bilik aku," sambungnya lagi dan terus berlalu. Sara tergelak kecil. 'Cute,' desisnya di dalam hati. Selesai mengatur bantal dan menyelimutkan bantal itu, Sara berdiri memeriksa. 'Ok, bila lampu padam taklah nampak fake sangat,'kata hati Sara.  Dia terus pergi ke bilik Xiao Lian dan tidur di situ.

Li Yang Jian bergerak ke biliknya. Satu hari ini, dia tidak merasa aman dan tenteram seperti selalunya. Hidupnya ibarat dilanda ribut. Hatinya gelisah dan fikirannya berserabut. 'Kenapa aku jadi begini?'tanya Li Yang Jian. Dia membersihkan dirinya dan memakai baju persalinan untuk tidur. Dia cuba melelapkan matanya tetapi dia hanya tergambarkan Mo Li Hua masuk ke rumah besar malam tadi. Rambutnya,jelingan matanya, bibirnya dan segalanya tentang Mo LI Hua seperti berada di hadapannya. Dia bangun dari katil. 'Kenapa aku ni?' tanya Li Yang Jian kepada dirinya sendiri. Dia mengusap wajahnya.  Tiba-tiba dia terdengar suara Su Lee.

"Li Daren, ini Su Lee. Yuan Yuan xiaojie menghantar nubi ke sini," kata Su Lee.

"Beritahu Yuan Yuan, aku masih banyak kerja. Esok pagi sahaja aku berjumpa dengannya," jawab Li Yang Jian. Su Lee akur dan balik ke kediaman Yuan Yuan.  Li Yang Jian berdiri dan mencapai baju luarnya. Dia membuka tingkap dan ternampak bilik Mo Li Hua dari situ. Segalanya gelap. 'Li Hua sudah tidur agaknya,' bisik hatinya.  Dia mundar-mandir di situ. Dia merasakan yang dia perlu berjumpa dengan LI Hua untuk menenangkan hatinya. Banyak yang hendak diperkatakan tetapi setiap kali bertemu, dia akan menjadi seorang yang panas baran dan mengenali Mo LI Hua yang baru ini, dia akan melawan. Li Yang Jian mengeluh panjang. 'Aku tak boleh tidur tanpa melihat wajahmu Li Hua,'bisik hati LI Yang Jian. Desis hatinya mengejutkan dirinya sendiri. "Apa yang aku cakapkan ni?"soal Li Yang Jian. Hatinya menjadi berdebar-debar tak keruan. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke kediaman Mo Li Hua. Selagi tidak dapat berjumpa dia merasakan dia tidak akan dapat tidur malam itu.

Li Yang Jian pergi berseorangan ke kediaman Sara. Zhu Wu yang hendak mengikutnya dilarang kerana tidak mahu Yuan Yuan mengesyaki yang dia bukan di biliknya. Sampai di bilik Sara, dia mengetuk lembut.

"Furen," dia memanggil. Tiada jawapan. Xiao Lian juga tidak datang membuka pintu. "Furen?"panggil Li Yang Jian lagi. Masih lagi senyap. "Mo Li Hua," panggil Li Yang Jian sambil meninjau-ninjau sekeliling bilik itu. Dia menekan daun pintu dan pintu itu terbuka. 'Mo Li Hua berani kau tidur tanpa mengunci pintu?'desis hatinya. "Xiao Lian?" dia memanggil Xiao Lian pula. Masih tiada jawapan. Dia membawa sebatang lilin yang sudah ternyala dan berjalan ke bilik Sara. Dia melihat Mo Li Hua berselimut dan sedang tidur dengan nyenyak. Dia meletakkan lilin itu di meja tepi katil dan dia mengambil bangku dan duduk di sisi katil. "Furen?" panggil Li Yang Jian lembut. Tetapi Sara masih tidak menunjukkan sebarang reaksi. "Li Hua," panggil Li Yang Jian beralih kedudukan di katil pula. Dia memegang Sara tetapi dia merasa pelik kerana tubuh itu terlalu lembut. Dia menyelak selimut itu dan yang dia nampak hanyalah susunan bantal. "Li Hua!" tempik Li Yang Jian. Dengan marah dia keluar dari bilik itu dan terus ke biliknya. 

Sara bangun pagi dengan bahagianya kerana mendapat tidur yang cukup. Bilik Xiao Lian pula sangat selesa. Xiao Lian sudah lama bangun dan sengaja tidak mengejutkannya. Dia menggeliat dan bangun dari katil. Jam menunjukkan jam 7 pagi. Jam poket yang diberi oleh Shu Wu Ji. Tiba-tiba dia merasa rindu akan Shu Wu Ji walaupun baru semalam berjumpa. 'Susah hendak berjumpa buah hati zaman ni. Kalau tidak dengan whatsapp mesej, facebook dan panggilan telefon boleh mengubat rindu,'kata Sara sendirian.

"Dah bangun?"tanya Xiao Lian. "Lao Furen menyampaikan pesan untuk kau bersarapan di rumah besar,"beritahu Xiao Lian.

"Ok, no problem. Aku bersiap sekarang," kata Sara sambil mengambil peralatan mandi dan diikuti oleh Xiao Lian. Selesai mandi dan lengkap berpakaian dia berada di meja solek. "Hari ni aku nak bertocang aje macam kau," kata Sara.

"Mana boleh. Kau puan besar rumah ini. Dari hujung kaki hingga hujung rambut mestilah melebihi orang lain," balas Xiao Lian. 

"Tak lama dah aku puan besar rumah ini. So siapkan rambut aku seperti yang aku hendak," arah Sara. Solekannya lebih ketara hari ini kerana dia mahu kelihatan seperti dunia ini indah.  "Oklah tocang satu, kalau tocang dua dilarang sama sekali,"katanya lagi.

"Furen, kau bersolek secantik ini mahu ke istana?"tanya Xiao Lian. Sara ketawa.

"Xiao Lian, solekan sebegini membawa maksud aku gembira dengan hidup aku. Dan aku berdandan kerana aku bukan kerana orang lain faham. Oh ya, nak minyak wangi yang Shu Wu Ji beri hari tu,"balas Sara.

"Minyak wangi dari Peranchis itu kah?"tanya Xiao Lian.

"Ya, aku gilakan bau ini dan bila ianya hadiah dari seseorang istimewa seperti Shu Wu Ji. Baunya lebih wangi," jawab Sara.

"Li Daren boleh membeli dua kotak minyak wangi itu tanpa perlu mengikat perut, Li Hua," usik Xiao Lian.

"Dia boleh membelikannya untuk Yuan Yuan dan Han Mei yang sombong itu," kata Sara ketawa. Xiao Lian memberikan botol minyak wangi itu kepada Sara. Sara menyembur sedikit ke lehernya. Bau begamot, bunga melur dan bunga mawar dan lemon memberikan kesegaran dan kesan romantis yang luar biasa. "Ok, dah siap! Aku sudah merasa lapar," kata Sara sambil berdiri dan mengamati dirinya di cermin. "Wow, Li Hua kau memang cantik. Walaupun Yuan Yuan dikatakan tercantik di tempat ini, tapi kau, kecantikan kau memang luar biasa," puji Sara kepada tuan punya badan iaitu Mo Li Hua.

"Kau memuji diri sendiri?"tanya Xiao Lian dan itu mengejutkan dirinya.

"Apa salahnya? Nak tunggu kau puji macam tak ikhlas," usik Sara. Xiao Lian ketawa.

"Hao hao hao. Li Furen sememangnya cantik dari dulu lagi," puji Xiao Lian.

"Xiao Lian juga cantik," puji Sara sambil tersenyum. "Ayuh, kau takut Zumu tunggu lama pula," ajak Sara. Mereka beriringan ke rumah besar dan sepanjang jalan khadam dan hamba-hamba yang sedang bekerja berhenti melihat Li Furen yang nampak begitu terserlah kecantikannya. 



Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now