72

171 30 2
                                    

Sudah seminggu mereka belayar dan seminggu itu jugalah Sara sekejap ceria sekejap murung sekejap berduka sekejap termenung. Sara duduk di dek menanti senja. Waktu yang paling disukainya selain subuh matahari terbit. Ann Di duduk di sisi Sara.

"Maafkan aku," sapa Ann Di tiba-tiba. Sara memandangnya hairan.

"Kau buat salah dengan aku ke?" tanya Sara. Ann Di melihat warna jingga menyimbah mereka di situ.

"Kerana idea aku, kita di sini," jawab Ann Di. Sara tersenyum.

"Aku sebenarnya teringin pulang ke Melaka kerana aku nak tengok Cempaka, Kembang Cina, Abang Ishak, Tun Daim dan juga Syahida yang khabarnya menjadi isteri abang Ishak."

"Shu Wu Ji?" tanya Ann Di.

"Andrew, aku mencintainya separuh mati tapi aku ni praktikal orangnya. Dia milik zaman ini dan kita...di sini hanyalah sementara."

"Kau tak rasa lari dari masalah?" tanya Ann Di.

"Lari? Kita tak tau masalah jenis apa bila mendarat nanti," keluh Sara. Mereka terdiam seberapa ketika kerana menikmati matahari yang sedang terbenam. Angin laut menyamankan. Sara sukakan situasi itu. Damai. "Aku percaya pada jodoh, jika betul Shu wu Ji adalah jodoh aku, Allah akan bukakan jalan."

"Kau dah nikah dengan dia, bukan jodoh ke?"

"Maksud aku, tidak adil untuk aku mengharapkan dia bersama aku balik ke zaman kita dan tak adil bagi aku untuk terus di sini sedangkan hidup kita di zaman milenium. I missed my phone, my coffee my Lazada."

Ann Di ketawa mendengarkan keluhan Sara. Sara tersenyum.

"Tanpa kau di sisi, aku tak tahu kekuatan aku akan  berkurangan," kata Sara perlahan.

"Aku tak tahu bagaimana aku akan handle situation di KL tanpa kau bersama," balas Ann Di.

"You're my best friend Wu Hen aka Andrew aka Ann Di," usik Sara. "Jom kita dinner. Aku rasa aku nak shopping baju kat dek bawah. Ada saudagar pakaian. Kau ikut ya?" ajak Sara. Ann Di mengangguk.

"Sudah tentu!" kata Ann Di.

"Tapi aku risau satu benda," kata Sara sambil memandang Ann Di di sebelahnya.

"Apa dia?"

"Sekiranya kita balik ke masa depan tubuh kau di China," kata Sara mengerutkan dahinya. Ann Di ketawa. "Kenapa kau ketawa? Aku serius ni," tegur Sara. Ann Di mengangkat bahunya.

"Aku percaya kepada takdir."

"So?"balas Sara merasa hairan dengan sikap acuh tak acuh Ann Di.

"Takdir bawa ke sini. I am sure takdir akan menguruskan segalanya. Don't you think?" balas Andrew tersenyum. Lama Sara menatap Ann di di keheningan senja itu dan apa yang diperkatakan oleh Ann Di banyak benarnya. Dia mengangguk tanda dia bersetuju. "Begitu juga Shu Wu Ji. Walau kau lari jauh darinya tapi kalau kau berdua ditakdirkan bersama, tiada apa yang dapat menghalangnya."
Sara mengeluh panjang.

"Dan, aku tak sabar hendak melihat Melaka. Aku ingin sekali berbual panjang dengan Abang Ishak."

"Tun Ishak?"

"Kenapa?" tanya Sara tersenyum.

"Kau sukakan dia?"

"Aku berkenan sebab dia sangat gentleman untuk seorang Melayu" jawab Sara.

"Hai baru seminggu tinggalkan Shu Wu Ji dah nak cari yang lain. Kau kejam. Aku yang sanggup datang semula ke sini kau tak hiraukan," kata Ann Di merajuk. Sara membuat muka.

"Ei kau tu perempuan,"usik Sara. Ann Di ketawa.

"Sekiranya kita balik ke masa depan. Aku akan minta mama carikan seorang isteri untuk aku," kata Ann Di serius. Sara terdiam. Dia memandang Ann Di sedalamnya.

"Maafkan aku, aku tak-"

"Itu kerugian kau. Puas aku mencuba memikat kau, kau tak pernah anggap aku seorang yang patut dijadikan suami," sampuk Ann Di. Sara menyentuh lengan Ann Di.

"Cinta tak boleh dipaksa biarpun cinta itu derita," kata Sara. Ann Di menarik tangan Sara bangun.

"Dan kau tak boleh memaksa aku melupakan cinta aku kepada kau. Sebab cinta itu tak boleh dipaksa dan tak boleh dipadamkan ikut sukahati kau,faham?" ucap Ann Di mengibarkan rambutnya yang panjang dan terus berlalu. Sara menggelengkan kepalanya.

Shu Wu Ji kembali kepada dirinya yang dahulu. Jarang tersenyum, jarang bercakap dan sekarang dia hanya tahu menjalankan tugasnya tanpa merehatkan dirinya terlalu lama. Dia mahu melupakan penderitaan jiwanya. Zheng gonggong memerhatikan sahaja keadaan Shu Wu Ji tanpa berkata apa-apa.

"Churen," tegur Zhu Liang. Lamunan Zheng gonggong terhenti. "Maafkan saya mengganggu. Shu daren berada di luar mahu bertemu Churen sebentar," beritahu Zhu Liang. Zheng gonggong memberikan kebenarannya.

"Jiaofu, izinkan Wu Ji bercakap dengan jiaofu sebentar," sapa Shu Wu Ji seraya masuk ke bilik itu. Zheng gonggong duduk dan bersedia untuk mendengar kata-kata Shu Wu Ji. "Jiaofu, Wu Ji merasa hairan kerana Shuang er sempat memerdekakan Xiao Lian dan mengirim wang kepada keluarga Mo Li hua,."

Bicara Shu Wu Ji itu mengejutkan dirinya kerana pasal wang itu adalah rahsia sepatutnya.

"Ada mungkin itu khabar angin semata?" tanya Laksamana Zhrng He.

"Mo Cheng he bercerita di pasar betapa abangnya sudah membesarkan perniagaannya kerana Mo Li hua mengirimkan sejumlah wang yang besar.,"terang Shu wu Ji. Kepala Laksamana Zheng He terasa berdenyut-denyut." Xiao Lian sekarang sudah menjadi penyelia di sini kerana telah merdeka. Selama ini Shuang er kembali ke masa depan atau datang dari situ tiada siapa dapat menjangkakan. Kenapa sekarang dia semacam tahu bila dia akan meninggalkan kita semua?" wajah Shu Wu Ji menjadi semakin keruh setiap kali dia berkata. Laksamana Zheng He menarik nafas panjang.  Dia bangun dan mengambil surat cerai yang Sara titipkan untuk Shu Wu Ji. Dia menghulurkan surat itu kepada Shu Wu Ji. Shu Wu Ji terkejut kerana itu adalah surat cerai daripada Sara. "Apa semua ni?"

"Shuang er sudah tiada jiaofu  harap hari ini di hadapan Jiaofu, Wu Ji lafazkanlah cerai talak 1 kepada Shuang er," pinta Zheng gonggong. Seluruh tubuh Shu Wu Ji menggigil membaca surat itu. "Kalau kau benar cintakan dia, lafazkan cerai itu kerana dia berkahwin dengan kamu sebagai Sara."

Shu Wu ji terduduk di lantai. "Shuang er, kau masih sempat menulis surat ini sebelum pergi?" bisik Shu Wu Ji sendiri. Zheng He menghampiri Shu Wu Ji dan memegang bahu kanannya.

"Kalau tidak lafazkan cerai itu,  susah untuk dia menerangkan kepada orang di zamannya yang dia belum diceraikan padahal, di zamannya dia masih belum dikahwinkan dengan sesiapapun,"pujuk laksamana itu. Shu Wu Ji bingkas berdiri." Wu Ji,"panggil Zheng He." Kau nak ke mana tu? "

"Wu Ji bersumpah, dunia akhirat Shuang er adalah isteri Wu Ji walau apapun," kata Wu Ji dalam menahan airmatanya keluar. "Wu Ji pergi dulu jiaofu," kata Shu Wu Ji bergegas keluar dari situ

"Wu Ji!" panggil Laksamana Zheng He. Dia tersenyum sendiri. "Aku tidak pilih salah orang untukmu anakku Shuang er," bisiknya sendiri.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now