70

185 27 0
                                    

Nalan Aisin melemparkan semua barang di hadapannya di rumah penginapan itu. Ke mana Mo Li Hua? Pengintip handalannya pun tiada jawapan di manakah Mo LI Hua sekarang. Fikirannya buntu Mo Li Hua hilang begitu sahaja.

LI Yang Jian begitu geram dengan Shu Wu JI yang menunjukkan sijil pernikahannya dengan Mo Li Hua begitu baran hinggakan pedangnya membelah meja-meja di bilik penginapannya. Bagaimana mungkin wanita selemah Mo LI Hua boleh hilang begitu sahaja? Dia sungguh tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.

Sara, Pipit dan Ann Di sudah bersiap-sedia untuk berlepas ke Melaka. Dengan kuasa yang ada pada Zheng gonggong, segalanya mudah dan cepat. Mereka sudah berada di titi masuk ke bahtera yang begitu besar.

"Jiaofu, Shuang er sangat sayangkan Jiaofu seperti bapa kandung Shuang er sendiri."

Laksamana Zheng He menyentuh wajah satu-satunya anak perempuan yang paling dia sayang.

"Dalam hidup ini, segala yang kita nikmati ada had masanya . Dan mungkin ini adalah had masanya Jiaofu menjalankan tugas jiaofu sebagai bapa Zheng Shuang." Sara memeluk orang tua itu dan menangis sepuasnya. "Sudahlah anakku, jangan menangis lagi. Ada masa keizinan Allah, kita berjumpa mungkin di dunia ini, mungkin di akhirat nanti," ucap Zheng gonggong. kata-kata Jiaofu itu meruntun perasaaanya. Biar betapa sayangnya dia kepada laksamana terbilang itu, dia hanya mahu pulang ke tempat asalnya. Sara ditenangkan oleh Ann Di. Laksamana Zheng He mengeluarkan saputangannya dan mengesat airmata Sara yang mengalir tanpa henti.

"Shuang er ai jiaofu dunia akhirat," dalam esakan Sara. Zheng He yang dari tadi dapat menahan sebak kita mengalirkan airmata juga. "Jangan beritahu Shu Wu Ji Shuang er pulang ke Melaka," pinta Sara. Zheng He mengangguk.

"Jiaofu berjanji." Kedengaran wisel ditiup dengan hebat menandakan bahtera akan bertolak. "Pergilah hao haizi. Doa jiaofu, agar Shuang er bertemu dengan ketenangan apabila pulang ke Melaka, ya?" pujuk Zheng He. Sara melangkah dengan kepayahan meninggalkan satu-satunya wajah yang paling disenangi sejak dia menjadi perentas masa.

"Jiaofu, wo ai ni!!!" jerit Sara. Laksamana itu melambai tanpa rela dia menitiskan airmata mendengarkan kata-kata Sara. "Jaga Shu Wu Ji untuk Shuang er," jeritnya lagi. Laksamana itu mengangguk. Dia merasa sangat belas terhadap Sara kerana dia tahu, Sara sudah tiada punya pilihan maka inilah jalan sebaik mungkin. Pulang ke tempat asal. Sudah sampai di titi, Sara berpaling dan berlari kepada Zheng gonggong. Dia memeluknya untuk kali terakhir. Mereka menangis di situ. Ann Di juga menitiskan airmatanya dan Pipit juga merasa sebak. Ann Di pergi mendapatkan Sara dan menariknya pergi.

"We have to go Sara," bisik Ann Di dan Sara melepaskan Zheng gonggong. Dia melambai tanpa henti. 'Ya Allah, kau lindungilah insan yang begitu baik ini,'doa Sara. Mereka adalah orang yang paling akhir naik ke kapal. Trumpet dibunyikan dan kapal itu bergerak meninggalkan dermaga. Sara masih melambai dan matanya tidak pernah meninggalkan bapa angkatnya yang sedang melihatnya pergi. 'Shu Wu JI, relakan aku pergi, hanya kau lelaki yang aku pernah cintai dan akan cintai sampai mati,'bisik hati Sara. Ann Di dan PIpit merasai setiap kesedihan Sara namun ini bukan tempat mereka. Sara berdiri di situ sehingga Zheng gonggong tidak lagi kelihatan dan tiba-tiba dia terkulai jatuh ke lantai.

"Cempaka!"jerit PIpit. Pipit mencempung Sara ke bilik penginapan mereka yang berada di tingkat atas. Zheng gonggong memberikan kabin terbaik untuk mereka bertiga.

"Taiyi, kenapa dengan kawan saya?"tanya Ann Di kepada tai yi yang bekerja di kapal itu. Taiyi itu tersenyum.

"Kawan kunyang hanya keletihan. Nadinya seperti biasa tetapi pernafasannya perlahan itu maksudnya tubuh kawan kunyang ini sangat keletihan. Berehatlah ya, saya nampak kunyang dan juga gongzhi juga kepenatan. Ini adalah bilik terbaik, tak bising dan pemandangan juga cantik. Sila nikmati pelayaran ini ya."

"Taiyi, berapa lama kita akan belayar?"tanya Ann Di.

"Oleh kerana, kapal ini adalah utusan maharaja, jadi kita hanya akan berhenti dua kali sahaja. Dan kerana ini, jika cuaca baik dan laut juga tida terlalu bergelora, dalam masa 12 minggu kita akan sampai ke Melaka. Oh, ya! Ini Zheng xiaojie bukan? Anak Zheng gonggong?"tanya taiyi yang peramah itu.Ann Di mengangguk. "Baguslah. Saya Lee Yi Song, saya akan bekerja dengan Zheng xiaojie."

"Haa?"balas Ann di tidak faham. Lee Taiyi tersenyum.

"Zheng xiaojie akan menguruskan perniagaan Zheng gonggong bukan?" tanya Lee Taiyi. Ann Di mengangguk. "Gonggong mempunyai satu farmasi, satu perdagangan rempah di Melaka dan Zheng gonggong mengarahkan saya untuk bekerja dengan Zheng xiaojie."

Ann Di memandang Pipit dan dia tersenyum. Sememangnya laksamana itu seorang yang hebat dan Sara amat bertuah menjadi orang yang disayangi oleh Laksamana Zheng He. Lee Taiyi berkata dia akan menghantar seorang pembantu untuk merawat Sara. Ann Di dan Pipit bersandar ke dinding kerana mereka juga sudah 48 jam tidak tidur. Pipit tidur di bilik kecil dalam kabin itu dan Ann Di tidur di kawasan berdekatan untuk menjaga Sara. Ann Di ketawa kecil. Zheng gonggong, mengarahkan ada dua orang pengawal berkawal di depan pintu sepanjang 12 minggu ini. Ann di atau Andrew merasa begitu tenang. Dia menatap wajah Sara yang tenang dan dalam melihat Sara, Andrew atau Ann di itu juga terlelap di sisi Sara. Pembantu taiyi juga berada di situ memantau kesihatan Sara.

Laksamana Zheng He, mengesat saki baki airmatanya. Zhu LIang pembantu peribadinya yang setia berada di sisinya dan menyaksikan segalanya.

"Zhu Liang, kau jangan sekali-kali bocorkan maklumat ini atau aku sendiri akan bunuh kau," kata Laksamana Zheng He bersahaja. Zhu Liang mengangguk. "Kita bertolak ke Hangzhao sekarang. Aku pasti ada insan di sana yang sudah separuh gila," kata Zheng gonggong mengeluh. Mereka jalan beriring ke balik ke kereta kuda. Laksamana Zheng He mengambil keputusan itu terus ke Hangzhao bersama Zhu Liang dan beberapa pengawal peribadinya. Perjalanan itu dirasakan sangat cepat oleh Zheng gonggong kerana tanpa dia sedari, dia sudahpun berada di Hangzhao. Ren Ji pergi menyambutnya di pintu.

"Gonggong," sapa Ren JI. "Selamat pulang," ucapnya lagi.

"Shu Daren ne?"tanya Zheng gonggong.

"Shu Daren sudah berhari-hari mengurungkan diri dalam bilik Ma xiaoye," terang Ren Ji.

"Ma xiao ye ne?'tanya Zheng gonggong berlagak seperti tidak tahu apa-apa.

"Ren JI tidak dapat mencari Ma xiaoye di mana-mana. Semalam, Ma xiaoye mengarahkan Ren Ji pergi menghadiahkan wang 5 juta kepada keluarga Mo Ching De yang jatuh miskin tiba-tiba itu," terang Ren JI.

"Kau ada beritahu Shu Daren maklumat ini tidak?"tanya Zheng gonggong tegas. Ren JI menggelengkan kepalanya.

"Ren Ji tidak berpeluang untuk berbicara apa pun kerana Shu Daren tidak mahu berjumpa sesiapa."

"Kalau begitu, kau jalankan sahaja tugas itu dan kau mesti lupakan tentang ini,faham?"tanya Zheng gonggong. Ren JI mengangguk. "Baik aku letih, sediakan air mandi dan makan malam untuk dua orang," arah Zheng gonggong lagi. Ren Ji meminta diri untuk menyelesaikan arahan itu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now