20

287 31 4
                                    

"Kau tak main-main ke pasal perceraian tu?" tanya Wu Ji sambil menyenduk nasi ke mangkuk Sara.

"Puas aku berfikir kenapa aku di sini. Mesti ada yang perlu aku selesaikan. Jadi aku rasa mungkin aku mesti berbuat sesuatu untuk Mo Li Hua. Bukan aku yang minta perceraian itu, tetapi mereka yang memikirkannya," jawab Sara sambil menjamah nasi di hadapannya.

"Apa sebenarnya rancangan kau?"

"Aku nak bangunkan balik keluarga Mo. Tetapi sebelum itu aku kena siasat betul2 kenapa keluarga ini jatuh merudum," jawab Sara. Shu Wu ji mengangguk tanda memahami.

"Kalau macam tu, aku akan cuba membantu sebaik mungkin," kata Shu Wu Ji berjanji.

"Thank you,"balas Sara tersenyum.

"Nanti aku bawa Zheng gong gong berjumpa kau dalam dua tiga hari lagi," kata Shu wu Ji sambil meletakkan lauk dalam mangkuk Sara. "Makan, nanti aku hantar kau pulang," suruh Shu wu Ji. Sara mengangguk. Selepas makan Sara dibawa pulang oleh Shu wu Ji dengan kereta kuda. Sampai di pintu gerbang Shu Wu ji membantu sara turun dari kereta itu. Pada masa yang sama, Li Yang Jian tiba bersama Zhu wu.  Apabila melihat ada kereta kuda di hadapan rumahnya dia mempercepatkan kudanya. Apabila dia melihat Sara turun dan dibantu oleh shu wu Ji dia naik marah.

"Kau ke mana?!"tengking Li Yang Jian sambil menyentap tangan Sara. Shu wu ji menahan tangan LiYang Jian dari terus menyakiti Sara.

"Daren," tegur Shu Wu Ji. LiYang Jian menarik tangannya dan mencekak leher Shu wu ji.

"Li Yang Jian!"jerit Sara yang terkejut dengan tindakan liar Li Yang Jian. Dia langsung menendang tulang kering kanan LI Yang Jian membuatkan dia melepaskan Shu Wu JI. "Kau ni kenapa? Orang ramai ni," tegur Sara. Dia melihat Shu Wu Ji membetulkan bajunya. "Wuji...kau?"

"Aku tak apa-apa,"jawab Shu Wu JI.

"Kau masuk sekarang!" jerit Li Yang JIan yang masih mengurut kakinya. Sara memandang Shu Wu JI dan Shu Wu Ji mengisyaratkan dia supaya menurut sahaja arahan Li Yang Jian. Sara masuk walaupun hatinya tidak merelakan. 'Silap haribulan kau cari gaduh pula di sini Li Yang Jian,'desis hatinya. Selepas kelibat Sara tidak kelihatan dia berdiri di hadapan Shu Wu JI. "Aku bagi amaran pada kau, jauhkan diri dari isteri aku," kata Li Yang Jian sambil menuding jarinya kepada Shu Wu Ji. 

"Daren, ini adalah satu salah faham" balas Shu Wu JI cuba berlembut. Li Yang JIan masih lagi membuak-buak perasaan barannya

"Kau ingat aku bodoh?"soal LI Yang Jian.  'Memang bodoh,'jawab Shu Wu Ji di dalam hati.

"Kalau kami mempunyai hubungan lebih dari sahabat, takkan saya membawanya pulang mengikut pintu hadapan?"tanya Shu Wu Ji. 

"Aku tak suka kau berdua terlalu rapat!"bentak Li Yang Jian. Shu Wu Ji menghela nafas panjang. Dia tidak mahu melanjutkan pertengkaran ini kerana dia tahu Sara tidak sukakan situasi ini.

"Daren, LI Furen menganggap saya sebagai sahabat dan penyelamat nyawanya. Itu sahaja. Tak perlu Li Daren cemburu akan kami terlebih-lebih," balas Shu Wu Ji  tenang. Li yang Jian mendengus.

"Siapa yang cemburu?" jawab Li Yang JIan. 

"Habis yang marah-marah begini kenapa?" tanya Shu Wu Ji. Li Yang Jian memandang Zhu Wu di sebelahnya yang hanya memerhatikan mereka. "Maafkan saya. Memang saya tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan,"ucap Shu Wu JI.  Dia tidak mahu Sara menerima akibatnya jika dia tidak merendahkan dirinya begitu.

"Kau berdua ke mana tadi?"tanya Li Yang Jian.

"Saya membawanya ke kedai ubat isteri saya untuk melihat beberapa herba yang dicari oleh Li Furen," jawab Shu Wu Ji. Keyakinan dirinya berhadapan dengan Li Yang Jian membuatkan kegusaran LI Yang Jian hilang sedikit demi sedikit.

"Untuk apa dia mencari semua itu?" tanya LI Yang Jian. Shu Wu Ji hanya memandang LI Yang Jian dan tersenyum.

"LI Furen mahu membawa balik sedikit cenderamata ubat herba untuk ibubapanya. LI Furen memberitahu dia mempunyai rancangan untuk pulang menjenguk keluarganya," jawab Shu Wu Ji panjang lebar. Li Yang Jian menenangkan kemarahannya kerana nampaknya Shu Wu Ji tidak menipunya.

"Itu sahaja?"tanya Li Yang Jian.  Shu Wu Ji mengangguk.

"Na, jika tiada lagi perselisihan saya minta diri dulu," kata Shu Wu JI memberi hormat dan berlalu dari situ. Walaupun hatinya agak sakit namun kerana Sara dia mengasuh hatinya supaya bersabar. Dia terus  berlalu tanpa melihat ke belakang. Dia tidak mahu menyesal sekiranya dia hilang kesabaran dengan sikap tidak senonoh Li Yang Jian.

Sara melangkah masuk ke kediaman itu dan meninggalkan dua orang lelaki di hadapan pintu gerbang. Dia tidaklah terlalu risau kerana Shu Wu Ji adalah orang yang paling matang yang dia kenali. Cuma dia tidak mahu LI Yang Jian mencabar kesabaran Shu Wu Ji. 

"Furen!" panggil LI Yang Jian yang berlari di belakang Sara. "Furen," panggil LI Yang Jian lagi sekali. Sara menoleh ke belakang dan melihat LI Yang Jian berlarian mendapatkannya.

"Furen?"tanya Sara kehairanan. "Siapa furen?"sindir Sara. Dia memandang LI Yang Jian di hadapannya.

"Kau masih isteri rasmi rumah ini. Jadi kau akan tetap aku panggil Furen," jawab Li Yang JIan.

"Kenapa kau hendak memburukkan lagi keadaan?"tanya Sara. 

"Aku memburukkan lagi keadaan?"

"Yalah. Takkan aku?"balas Sara.

"Aku berhak untuk menghukum atau merasa marah kerana kau melarikan diri dengan suami orang!" jerit Li Yang Jian. Sara memandang Li Yang Jian dengan perasaan bercampur. Terasa ingin meluku kepala Li Yang Jian berkali-kali.

"Tolong jaga sikit bahasa itu. Siapa yang kata aku ini tiada perasaan malu? Bukan Daren?"

"Mulai hari ini jangan panggil aku Daren. Aku suami. Xiankong," kata Li Yang jIan membetulkan panggilan untuk dirinya. Sara mengerutkan keningnya.

"Untuk apa? Kau dan aku tidak pernah menyukai. Kita akan bercerai. Kenapa hendak mulakan sesuatu yang akan berakhir tidak lama lagi?" tanya Sara dengan nada mencabar.

"Kenapa kau jadi biadap sangat ni Mo Li Hua. Kau jangan ingat kau setaraf dengan aku. Keluarga kau jatuh miskin tau!"jawab Li Yang Jian. Sara yang menjadi semakin hangat mendengarkan caci maki Li Yang Jian menahan dirinya agar tidak menampar muka Li Yang Jian yang sungguh sombong itu.

"Daren cakap benda yang betul. Mo Li Hua memang orang yang miskin dan hina. Dan tidak layak untuk berada di sini. Li Hua sedar. Daren boleh bertenang sekarang kerana Mo Li Hua mahu memberitahu yang Mo LI Hua sedar siapa Mo LI Hua," balas SAra. Kata-kata itu membuatkan Li Yang Jian terkedu. "Kerana sebab itulah, perceraian ini tidak dapat dielakkan. Aku minta diri dulu," sambung Sara dan terus meninggalkan Li Yang Jian termangu-mangu di situ. Li Yang JIan tidak tahu hendak bereaksi kerana dia sendiri menyesal menghambur kata-kata kesat seperti itu. 'Apa aku dah buat ni?'tanya Li Yang Jian kepada dirinya sendiri. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia menjadi begitu marah dengan apa saja tentang MO LI Hua kerana sebelum ini, tiga tahun yang lampau dia sedikitpun tidak mempedulikan Mo Li Hua kesayangan Zumu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now