78

156 25 0
                                    

Sudah sebulan pelayaran dan Shu Wu Ji sibuk dengan perihal sepupu Puteri Hang Li Po. Sara pula sibuk dengan pakaian yang direka dan dijahitnya sendiri. Mereka hanya berjumpa awal pagi ketika sarapan dan  malam sebelum tidur. Mereka sangat berhati-hati dengan merahsiakan identiti mereka.

"Ann Di kenapa Cempaka mesti merahsiakan hubungannya dengan Shu Daren?"tanya Pipit seraya membantu Ann Di menggunting pakaian.

"Untuk memberi advantage kepada Shu Daren dan Sara,"jawab Ann Di.

"Ad.."

"Ad-van-tage,"kata Ann Di mengajar Pipit. "Maksudnya lebih kurang lebih peluang,"terang Ann Di.

"Peluang untuk menang?"tanya Pipit.

"Lebih kepada peluang untuk selamat,"jawab Ann Di. "Satu benda yang aku belajar di zaman ini, jika kita ada musuh, mereka akan menyerang orang yang kita sayang seperti keluarga atau yang kita cintai dulu kerana mereka tahu jika orang-orang yang kita sayang lebih dulu terkorban, maka mereka sudah separuh menang. Kau kan pahlawan takkan itu pun kau tak tahu?"tanya Ann Di kembali.

Pipit masih memproses kata-kata Ann Di. Ann Di dapat melihat Pipit sedang berfikir.

"Pepatah melayu ada mengatakan 'musuh dalam selimut'. Kau tahu apa maksudnya?"tanya Ann Di. Pipit mengangguk.

"Musuh itu adakalanya sangat dekat dengan kita,"jawab Pipit.

"Bingo!"kata Ann Di tersenyum. "Jadi kita mesti berhati-hati. Kedua Sara dan Shu Wu Ji mempunyai misi mereka yang tidak boleh gagal. Shu Wu Ji menjaga keselamatan sepupu Puteri Hang Li Po dan Sara menjaga hadiah maharaja dan barang-batang permintaan Puteri Hang Li Po."

"Sekarang Pipit faham. Err Ann Di pandai membuat baju?"tanya Pipit. Ann Di ketawa.

"Aku dipaksa oleh Sara. Semoga baju-baju ini cantik dipakai. Kami belajar dari makcik dek aras 2,"terang Ann Di tersenyum.

"Cempaka di mana ya?"tanya Pipit menggaru kepalanya. Tiba-tiba mereka hilang keseimbangan. Dan mendengar bunyi bising di  luar. Dia melihat luar tingkap. "Lanun! Lanun!Kita diserang lanun!"kata Pipit cemas. Ann Di cepat-cepat mengangkat peti yang berisi duit dan barang kemas di bawah tilam.

"Ann Di menyorok dalam almari cepat!"suruh Pipit. Ann Di mengambil pedang dan meluru keluar. "Ann Di!"

"Mari kita cari Sara,"jerit Ann Di berlari ke atas. Pipit dan Ann  Di bergegas ke dek atas sekali dan bertembung dengan Sara yang baru sahaja keluar dari dek aras 1.

"Ann Di, ada lanun," beritahu Sara dengan mata bersinar-sinar.

"Kau-"

"Wow, bayangkan kita akan bertentang mata dengan suku-sakat Jack Sparrow," sampuk Sara dengan perasaan bahagia.

"Ei, mereka ni merogol wanita, merompak harta benda dan memusnahkan kapal-kapal dagang dan kapal milik maharaja tau!"bentak Ann Di. "Dah jom, kita pergi menyorok."

"Hoi! Ini Sara. Aku nak jumpa Kapten Jack Sparrow. Kau tak nak kau dan Pipit bolehlah menyorok di mana-mana, ok?" kata Sara  berlari ke atas. Ann Di menepuk dahinya dengan perangai Sara yang tidak mengenal erti takut. Ann Di memandang Pipit.

"Pit, kita datang bersama Sara, jika kita mati hari ini, kita mati bersama," kata Ann Di. Pipit mengangguk. Mereka berlari mengikut Sara dari belakang. Suasana hingar-bingar dengan bunyi pedang bertemu pedang, suara wanita menangis dan anak-anak menjerit. Lanun-lanun ini menyerang ketika semuanya tidak menjangka. Sara melihat lanun-lanut sudah membanjiri seluruh ruang dek. Dia mengira dengan sekilas pandangan.

"Pipit, siapa ketua, kau boleh teka?"bisik Sara. Pipit dan Ann Di meneliti satu persatu. 

"Tu, ketua mereka masih berada di kapal mereka," tunjuk Ann Di. 

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now