64

178 26 0
                                    

"Nalan Daren,"panggil Sara ketika menjamah skon yang dihidangkan. "Saya mendengar ayah dan ibu Mo Li Hua telah dihantar ke pedalaman Hangzhao kerana harta mereka telah dirampas secara haram oleh adik Mo Cheng He sendiri,"kata Sara berterus-terang. Ann Di yang sedang memegang roti meletakkannya kembali. Dia sungguh tidak percaya Sara bertindak melulu begitu.

"Ma gongzhi kenal Mo Li Hua?"tanya majistret Nalan. Sara terpempan.

"Kami pernah berjumpa di Nanjing dan berbual. Dia amat sedih apa yang telah berlaku. Dia merasakan semua salahnya kerana keluarganya jatuh miskin ketika dia menjaga akaun keluarga itu,"terang Sara berhati-hati. Shu Wu Ji memerhatikan Sara. Biarpun Sara adalah isterinya yang sah dunia akhirat namun dia dapat merasakan yang Sara melakukan semua ini kerana dia mahu pulang ke zamannya. Shu Wu Ji menghela nafasnya. Sara mempunyai hasrat untuk meninggalkannya. Dia tahu, dan telah berjanji dengan Sara yang dia menerima hakikat itu tapi kenapa sejak diakadkan , hatinya begitu keras tidak mahu Sara pulang ke tempat asalnya.

"Saya tahu, tapi Ma gongzhi Mo Cheng He mempunyai surat pengakuan penyerahan harta secara sah. Saya adalah saksinya," beritahu Majistret Nalan. Sara memandang tepat kepada Nalan yang berada di hadapannya. Tinggi lampai, putih kuning bermata cantik. Ada sesuatu tentang Nalan yang menarik perhatiannya. Sara sendiri tidak tahu kenapa lelaki ini begitu menarik hatinya. 'Benarkah hubungannya dengan Li Hua begitu rapat? Adakah aku berperasaan begini kerana hati Mo LI Hua mahukan aku mengenalinya?'bisik hatinya. Nalan perasan akan tenungan Ma Shang Wu adalah pandangan yang serupa dengan Mo LI Hua ketika mereka menghabiskan masa bersama sewaktu mereka kecil hinggalah Mo LI Hua dikahwinkan dengan LI Yang Jian. Shu Wu JI merasa sangat ganjil dengan kelakuan Sara. Ann Di juga perasan akan keadaan itu. Dia memandang Shu Wu Ji, Nalan dan Sara berulang kali.

"Wu ge," tegur Ann Di. Sara mengembalikan perhatiannya kepada Ann Di."Nah minum," pelawa Ann Di memberikan teh hitam kepada Sara. Sara tersenyum dan menerima cawan itu. "Err, Nalan Daren sudah berkahwin?"tanya Ann Di tersenyum. Nalan yang sedang mengunyah skon terbatuk-batuk mendengar soalan itu. Dia cepat-cepat meminum teh di hadapannya. Ann Di ketawa. "Tak perlu jawab, Ann Di rasa Ann Di tahu jawapannya. Belum berkahwin bukan?"usik Ann Di lagi. Sara menyiku Ann Di supaya lebih beradab. Ann Di menjeling tajam. "Nalan Daren tak perlu risau. Ann Di hanya sukakan Wu ge. Kalau Wu ge tak sukakan Ann Di, Ann di ajak Shu Daren berkawin dengan Ann Di," pantas Ann Di atau Andrew atau Wuhen berkata-kata. Shu Wu Ji pula tersedak. Sara menggelengkan kepalanya sambil memicit dahinya.

"Nalan daren, Ann Di ini sedikit gila. Nama dia sendiri pun dia tak ingat. Nama Shu Ann Di itu saya yang berikan," kata Sara tersenyum dan menjeling kepada Ann Di supaya memberhentikan usikannya.

"Betulkah?"tanya Nalan.

"Betul!" jawab Xiao Lian dan Pipit serentak. 'Kenapa semua orang begitu stressed ni?'tanya Sara. Nalan mengangguk tanda dia faham. Ann Di ketawa. Oleh kerana dia begitu jelita, ketawanya pun sangat merdu didengar.

"Biarpun begitu, Ann Di sukakan semua yang cantik termasuklah lelaki-lelaki yang gagah dan tampan macam Wu Ge, Shu Daren dan Nalan Daren," kata Ann Di sambil ketawa.

"Nalan Daren, saya ingin tahu di manakah ibubapa Mo LI Hua sekarang?"tanya Sara masih lagi cuba mencungkil maklumat tentang keluarga Mo LI Hua. "Saya berbual dengan Shu Furen dan dia merasa sangat risau tidak berutus khabar dari ibubapanya," bohong Sara.

"Mereka berada di pedalaman Hangzhao. Saya sendiri yang carikan tempat tinggal dan mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan di pekan kecil itu."

"Bolehkah Nalan Daren membawa saya ke situ? Sekiranya saya pulang ke Nanjing saya bolehlah menenangkan Shu Furen dengan membawa berita keluarganya," ucap Sara. Nalan memandang Sara sedalam-dalamnya.'Mo LI Hua, kaukah itu?'soal hati Nalan. 'Kalau kau benar Mo LI Hua, maka di sebelah kau itu adalah suamimu Shu Wu JI?'bertingkah soalan dalam pemikiran Nalan. Dia menghela nafasnya.

"Apakata kita nikmati minum petang ini dulu. Saya mesti balik ke mahkamah kecil untuk memastikan bila saya ada kelapangan kerana tempat itu memerlukan kita berkuda selama beberapa jam dan kita mesti bermalam di situ," jawab Nalan tersenyum. 'Oh, bijak-bijak ini orang,'puji Sara di dalam hatinya. Dia tahu Nalan akan menyiasatkan latar belakangnya. 'Wow, just wow.'puji Sara lagi. 'Nalan aku rasa aku tahu kenapa aku begitu tertarik dengan kau, you created this mystery,'kata hati Sara. Sara tersenyum dan mengangguk. Nalan masih memandang Ma Shang Wu di hadapannya. Dia dapat merasakan Ma Shang Wu ini bukan orang yang biasa-biasa.

"Excusez moi," tegur Geoffrey yang datang bersama sebiji kek.

"Kek!" jerit Ann Di dan Sara serentak. Mereka berpandangan dan bertepuk tangan. Itu mengejutkan semua di situ termasuk Nalan dan Shu Wu JI.

"Itu untuk kami?"tanya Ann Di. Geoffrey ketawa dan mengangguk.

"Merci boucoup Monsieur Geoffery," ucap Sara menundukkan sedikit kepalanya.

"Bu keqi," jawab Geoffrey. "Ini hasil terbaru kedai ini. Silakan merasa," jemputnya lagi. Sara dan Ann Di mengucapkan terima kasih berkali-kali. Kek itu begitu cantik berperisa vanila dan buttercream yang sungguh sedap. Geoffrey memotong kek untuk semua yang ada di situ. Sara dan Ann Di menjamah kek itu dengan penuh rasa kesyukuran kerana ada juga kuih zaman moden. Sara menyuapkan Ann Di dahulu dan Ann Di menyuapkan kek kepada Sara dan kemudian mereka ketawa bersama. Semua di situ merasa sedikit hairan dengan kemesraan Sara dan Ann Di yang seperti sudah terlalu mengenali.

"Ma gongzhi dan Ann Di xiaojie nampak begitu mesra," tegur Nalan tersenyum. Ann Di dan Sara sama-sama mengangkat bahu dan membalas senyuman itu. Ann Di berbisik yang Shu Wu JI seperti terganggu ketika itu kerana dia begitu senyap dari awal tadi. Sara memberi isyarat kepada Ann Di supaya membiarkan sahaja Shu Wu JI begitu. "Shu Daren begitu senyap dari tadi apa Shu Daren merindui Shu Furen di Nanjing?"tanya Nalan. Shu Wu Ji mendengar soalan itu dan memandang Nalan Daren.

"Shu Furen saya seorang yang istimewa sudah tentu saya merinduinya. Biarpun bila kami bersebelahan saya akan merinduinya," kata Shu Wu Ji. "Mungkin dia tidak tahu yang perasaan saya sangat dalam kepadanya," akui Shu Wu JI lagi.

"Oh, kenapa Shu Daren begitu? LI- er Shu Furen orang yang sangat lembut dan hatinya sangat baik. Saya mengenalinya dari kecil dan saya sangat menyenanginya," akui Nalan. "Tapi saya gembira kerana LI Yang JIan menceraikannya. Saya dengar banyak cerita yang sedih tentang Shu Furen," kata Nalan.

"Nalan Daren jangan bimbang. Shu Furen bahagia sekarang," sampuk Sara. "Shu Daren seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Percayalah, Shu Furen benar-benar bahagia," tekan Sara lagi. Wajah Nalan berubah mendengarkan pengakuan itu. Shu Wu Ji yang terasa tersisih terubat kelukaannya mendengarkan kata-kata itu. "Nalan Daren, terima kasih kerana minum petang ini sangat meyelerakan. Terutama kek itu. Saya dan Ann Di sangat sukakannya. Kami akan kembali ke sini lagi untuk makan kek ini," kata Sara ketawa. Nalan tersenyum. "Na, saya dan rakan-rakan minta diri dulu ya?" Sara bangun dan memberikan hormatnya kepada Nalan.

"Saya harap kita akan berjumpa selalu selepas ini," kata Nalan. Sara mengangguk dan meninggalkan Nalan di situ. Selang seberapa langkah dia berpaling kepada Nalan dan melambai. Itu mengejutkan Nalan kerana lambaian itu hanya Mo LI Hua suka berbuat begitu kepadanya. Nalan membalas lambaian itu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now