60

208 29 0
                                    

Sara agak tertekan melihatkan sikap keanak-anakan Shu Wu Ji. Mereka menaiki kereta kuda itu bersama.Ren ji menaiki kereta di belakang.

"Wuji, Ren ji hanya membantu tak lebih dari itu,"tegur Sara. Shu Wu Ji tidak berkata apa-apa hanya memandang ke luar jendela. Lama dia tidak mempedulikan Sara.

"Maafkan airen, aku tak dapat mengawal perasaan. Bukan senang untuk kita bersama,"kata Shu Wu Ji perlahan. Dia tahu akan sikapnya tetapi dia memang tidak dapat mengawal kelakuannya tadi.

"Wu Ji, aku datang beribu tahun hanya untuk memastikan kau pulang dengan selamat," balas Sara dengan nada yang lembut. Shu Wu Ji memeluk bahunya dan mencium tepi kepala Sara.

"Aku tahu, aku tahu," ulang Shu Wu JI. "Wo ai ni," katanya lagi. Sara bukanlah marah tetapi dia hanya ingin menegur.

"Aku hanya untuk kau. Selepas ini jangan begini ya. You will blow my cover," tegur Sara.

"Ok, sayang Wu JI berjanji," balas Wu Ji lembut. Sara tersenyum manis kerana Shu Wu JI mengikuti permintaannya.

"Na, Ann Di mei mei tidak tahu Ma Shang Wu ialah Mo Li Hua," beritahu Sara berbohong. "Shuang er hendak rahsiakan ini sampai misi ini selesai," kata Sara lagi.

"Ok, er tapi kenapa Wu JI rasa Ann Di xiaojie seperti menyukai Wu Ji?"tanya Shu Wu Ji.

"Baguslah begitu, sekurang-kurangnya dia takkan mengganggu penyiasatan Sara," jawab Sara. Shu Wu JI memandang Sara seperti tidak percaya.

"Apa maksud Sara?"

"Maksudnya Wu Ji, er, Sara akan minta tolong entertain Ann Di sekali sekala, boleh?"

"Tak mahu!" bantah Shu Wu Ji. Sara ketawa.

"Ok, ok, ok," jawab Sara tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Tiba-tiba kereta kuda mereka berhenti. Shu Wu Ji menyelak langsir dan melihat mereka sudah sampai ke pusat bandar.

"Ma xiaoye,"panggil Renji. "Kita sudah sampai,"katanya lagi.

"Hao,"jawab Sara dan turun ke dari kereta itu dengan dibantu oleh Shu Wu Ji.

"Xiaoye, sepanjang jalan ini adalah kedai-kedai yamg bermutu,"beritahu Ren Ji.

"Wah!Cantik sungguh bandar ini,"tegur Ann Di. "Shu Daren mari." AnnDi menarik Shu Wu JI tanpa segan-silu dan Shu Wu JI tidak sempat untuk berkata apa-apa. Dia memandang Sara dan Sara hanya melambai. Ah Chan yang menuruti SHu Wu JI tidak berani meleraikan pegangan Ann Di kerana terlalu jelita dan begitu comel ketika menarik Shu Wu Ji pergi.

"Wu ge," panggil Pipit. Sara menoleh kepada Pipit dan dia tahu apa yang mahu disampaikan.

"Xiaoye, pusat perjudian itu ikut sini. Mari saya tunjukkan," kata Ren Ji. Mereka sampai di bangunan kayu yang berwarna terang dan kelihatan ramai lelaki yang keluar masuk.

"Perniagaan nampak bagus," komen Sara terketawa sendiri.

"Semua yang berada akan menghabiskan banyak masa dan wang di sini. Pertama kerana wanita-wanita di sini sangat cantik dan mereka datang dari pelbagai negara," terang Ren JI. 'Oh, international prostitution. Sib baik tak pakai baju uniform macam di Bangkok. Tapi memang inilah perniagaan yang paling turun-temurun,'bisik hati Sara. Dia menggelengkan kepalanya. Namun dia tidak menyalahkan wanita-wanita muda yang bekerja di sini kerana kebanyakan adalah hamba yang diculik dan dijual dan ada juga yang mempunyai penaja. Mereka masuk ke dalam dan Sara dapat melihat lelaki-lelaki di situ sedang diamuk cinta dan hiburan. "Itu pusat perjudiannya," bisik Ren Ji. "Ini Ma Shang Wu, pewaris keluarga Zheng He,"kata Ren Ji memperkenalkan Sara. Sara menunjukkan Yupe yang diberi oleh jiaofu. Pengawal itu menunduk hormat. Ada pelbagai meja judi di situ dan suasana hingar-bingar dapat dilihat oleh Sara dan Pipit.

"Ren JI, aku mencari Ma Cheng He," kata Sara perlahan. Ren JI mengangguk.

"Dia selalu berada di bilik khas kerana dia hanya bermain dengan orang kenamaan dan yang terkaya di sini," terang Ren JI. Sara menjeling kepada Pipit. Mereka sampai ke hujung bangunan dan suasana semakin senyap. "Ini Ma Shang Wu, anak saudara Pelaut Diraja Zheng He," kata Ren Ji mengenalkan Sara. Sara membawa keluar Yupe dan mereka dapat masuk dengan senang. Bilik itu sangat besar dan selesa. Gadis-gadis duduk di tepi dinding dan melayan tuan masing-masing apabila mereka meminta minuman dan makanan. Dia meneliti setiap lelaki yang ada di situ. Ada lebih kurang 10 orang yang sedang berjudi dan bergelak ketawa. Tiba-tiba mereka memandang Sara yang baru saja sampai dan Sara menyembunyikan perasaan terkejutnya apabila melihat LI Yang JIan di situ. Pipit menyentuh siku Sara dan Sara berpaling.

"Yew Hong, yang memakai baju biru bercorak kuning,"bisik Pipit. "Ma Cheng He berada di sebelahnya,"katanya lagi.

"Bila lelaki gila tu sampai ke sini?"soal Sara masih lagi berbisik. Pipit menggelengkan kepalanya. Li Yang JIan memandang Sara dan dia menjeling kepada Zhu Wu. Dia merasa lelaki itu seperti pernah dilihatnya.

"Ma xiaoye, silakan. Kami di sini selalu bertanya bilakah dapat berkenalan dengan Ma xiaoye," tegur seorang lelaki 50an. Sara dapat mengagak itu adalah tuan punya kasino. Sara mengangkat hormat.

"Maafkan saya menganggu," ucap Sara. "Tempat ini terlalu terkenal untuk tidak saya lawati," kata Sara.

"Silakan," jemput lelaki 50an itu. Sara memandang Pipit dan Pipit membisikkan yang itu adalah salah seorang pemilik pusat perjudian itu. Lao Zhu Ding. Sara mengangguk. Sara ditempatkan selang dua orang dari Li Yang Jian.

"Na, Ma gongzhi, kita pernah berjumpakah sebelum ini? Kerana wajah gongzhi seperti biasa dilihat," tegur LI Yang Jian yang mengesyaki ada yang tidak kena dengan Ma Shang Wu. Pipit menarik nafas menahan gundah di hatinya. "Begitu juga pengawal peribadi gongzhi," kata Li Yang Jian. Sara ketawa kecil.

"Ini bukan pengawal peribadi saya. Ini adalah adik saya," kata Sara menoleh kepada Pipit.

"Adik?"

"Ya, Pit pernah menyelamatkan saya dari perompak dan saya menjadikan dia sebahagian dari keluarga saya," kata Sara. LI Yang Jian terdiam dan tersenyum. 'Hai aku pasti aku pernah ternampak lelaki ini,'kata LI Yang Jian dalam hatinya. Sara memandang kepada Zhu Wu yang berada di sudut bilik. Sara gembira melihat pengawal setia LI Yang Jian itu sudah sihat dan boleh bekerja. Dia terlalu terhutang budi kepada Zhu Wu kerana selalu melindunginya dalam diam. Cuma dia belum pernah dapat berbual dengan Zhu Wu tanpa gangguan. Dia ingin sekali bertanyakan keadaan Mo LI Hua sebelum dia menjadi Mo LI Hua. Pandangannya beralih kepada Yew Hong. Lelaki yang sangat tenang dan selalu tersenyum. 'Sangat hot, kalau kau KL ni mau dah jadi selebriti,'bisik hatinya. Yew Hong terperasan yang Ma Shang Wu memerhatikan dirinya.

"Ma xiaoye, mahu bertaruhkah?"tanya Lao Zhu Ding. Sara tersenyum.

"Na, Lao gongzhi. Hari ini saya bermain untuk beberapa pusingan sahaja kerana saya ada temujanji di tempat lain," jawab Sara.

"Kalau macam itu, ambil saya giliran saya untuk seketika," kata Yew Hong.

"Saya jarang berjudi. Kalau saya kalah-"

"Samalah kita," sampuk Yew Hong dan menjemput ketawa dari sekeliling meja.

"Itu betul, tetapi kita tahu Yew Gongzhi hanya buat-buat kalah kerana dia mahukan kemenangan yang terbesar," kata Lao Zhu Ding. Yew Hong tersenyum dan meneguk teh yang dibawa oleh seorang gadis cantik. Sara memerhatikan mereka semua meletakkan taruhan di meja. Li Yang Jian meletakkan taruhannya ke atas nombor yang paling besar dan yang lain-lain banyak bertaruh di nombor ong iaitu 9.

"Yew Hong gongzhi," panggil Sara. "Saya meminjam giliran tuan, kalau tuan bermain tuan mahu bertaruh nombor berapa?"tanya Sara tersenyum.

"7," jawab Yew Hong pendek. Sara mengangguk. Dia melihat Ma Cheng He meletakkan taruhannya di nombor 10. Sara tanpa berfikir panjang dia meletakkan taruhannya di nombor 7. Dan penjaga roulette di situ memulakan pusingannya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now