4

342 36 0
                                    

Sara sudah siap mandi dan segalanya berjalan lancar. Tiada apa yang menghairankan baginya kerana semua ini ibarat dejavu.

"Li furen," panggil Xiao Lian.

"Ya Xiao Lian," jawabnya berseloroh.

"Dayang sudah panggilkan Lau Taiyi dan beliau berada di luar," kata Xiao Lian. Sara mengangguk dan bergerak ke katilnya.

Li Laofuren dan Li Yang  Jian masuk ke kediaman itu bersama Lau Taiyi. Sara yang duduk bersandar menanti sahaja apa yang akan muncul di depan matanya.

"Hua er, kamu sudah bangun," tegur Laofuren menerpa dan memeluknya. Sara tersenyum. 'Mesra sungguh wanita 70an di hadapannya,'kata hati Sara.

"Laofuren, Li furen tidak mengingati apa-apa," beritahu Xiao Lian. Semua yang berada di situ terkejut. Cepat - cepat Lau Taiyi mengambil nadi dan melihat dalam matanya.

"Lao Furen, nadinya stabil dan matanya juga menunjukkan Li furen secara jasmaninya sihat."

"Tetapi kenapa dia tidak mengingati?" tanya Li Yang Jian.

"Li jiangjun, Li furen koma 3 hari 3 malam dan gaung itu dalam. Mungkin ada kecederaan di otak yang membuatkan Li furen tidak mengingati apa-apa. Tetapi pendapat saya Li furen sedar dan sihat itu sudah satu keajaiban."

Laofuren memeluknya dan menangis. "Hua er, ini semua salah zumu. Kalau Zumu tidak mengajak kamu mengikut Zumu sudah tentu-"

"Li Hua mei shi," potong Sara. "Betul tak apa-apa," kata Sara menepuk-nepuk belakang Laofuren. Laofuren melepaskan pelukannya. "Zumu, wo zhende mei shi ba. Mungkin ini lebih baik tidak mengingati kisah silam,hmm?"pujuk Sara tersenyum.

" Baiklah. Mulai hari ini, kita bina hidup baru, "kata Laofuren. Sara mengangguk."Ini Li Yang Jian, suamimu," perkenal Laofuren. Wajah Li Yang Jian tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Li Daren. Maaf telah menyusahkan," kata Sara.

"Li Daren? Kamu patut memanggilnya xiankong," tegur Zumu. Li Yang Jian langsung tidak memberikan apa=apa reaksi.

"Zumu, Hua er keletihan. Hua er perlu berehat," kata Sara lembut memegang tangan wanita itu. Laofuren tersenyum. Dia memegang wajah Sara.

"Terima kasih kerana kembali kepada kami," ucap Laofuren. Sara sungguh terharu dengan kasih sayang itu lalu memeluk erat wanita itu.

"Zumu, boleh tak Lau Taiyi tinggal sekejap. Hua er hendak bertanya sesuatu," pinta Sara. Zumu berdiri dan tersenyum.

"Baiklah. Berehat ya, esok kita bertolak balik," kata Zumu. Sara mengangguk.

Laofuren dan Li Yang Jian meninggalkan mereka bertiga di situ.

"Lau taiyi," panggil Sara.

"Ya, Li furen."

"Saya ingin meminta bantuan Lau taiyi untuk menulis yang saya perlu memakan sayur dengan banyak dan hanya boleh memakan makanan laut. Semua ayam, itik, segala jenis daging, babi terutamanya dalam bentuk apapun tidak boleh berada dalam makanan. Telur ayam dan itik sahaja yang boleh dimakan. "

" Kenapa Li furen? "

" Saya mahu menyediakan diri untuk menjadi vegetarian, "jawab Sara berbohong.

"Ve- apa?" soal Lau Taiyi.

"Hanya sayur?" kata Sara.

"Oh... Saya faham," kata Lau Taiyi mengerti. Dia meminta diri.

" Dan satu lagi. Tolong sarankan aku berada di sini 3 bulan,. "

" Tiga bulan? "tanya Lau taiyi hairan. Sara ketawa.

" Saya dengar kawasan pergunungan ini sangat elok untuk orang sakit seperti saya. Mana tahu saya boleh mengingati sesuatu di sini, "kata Sara. Lau Taiyi tersenyum kerana puas hati dengan jawapan itu.

" Baiklah. Itu adalah cadangan yang baik. Saya akan sarankan kepada Li Daren,"kata Lau Taiyi dan meminta diri.

"Li Hua, aku tak faham" kata Xiao Lian.

"Apa yang kau tak faham?"

"Kenapa 3 bulan? Kenapa dengan makanan-makanan itu?"

"Aku mahu menyembuhkan diri aku di sini," jawab Sara. "Aku benarkan kau pulang dengan Zumu-"

"Mei you mei you. Kalau kau mahu tinggal di sini berpuluh tahun pun aku akan ikut," potong Xiao Lian. Sara ketawa. 'Baik, Mo Li Hua slimming down project is commencing,' kata hatinya.  Sara terpaksa berbuat begitu jika mahu menjadi tangkas seperti Cempaka. Biarpun Mo Li Hua comel sekali bak buah pic yang sedang ranum, dia tidak boleh berlari dan berlawan dengan cemerlang dengan tubuh ini. Dapat mengurang separuh dari berat yang sedia ada cukup baginya. Dia mahu Mo Li Hua menjadi wanita yang lebih cergas macam Cempaka. Teringat Cempaka dia menjadi sedih. 'I guess Cempaka died with me semasa penculikan itu,'bisik hatinya. Dia mengeluh sendirian.

Li Yang Jian dan Laofuren bertolak balik ke Nanjing dan tinggallah Mo Li Hua atau Sara bersama Xiao Lian dan 3 orang lagi pembantu.

Hidup Sara tenang kerana apa yang dia mahukan seperti makanan halal dan dapat tinggal di pergunungan itu selama 3 bulan sudah cukup membahagiakan. Dia memyembuhkan dirinya, mendaki gunung hampir setiap hari dan singgah di kawasan air terjun untuk belajar balik seni mempertahankan diri. Mo Li Hua menjadi bualan masyarakat setempat kerana berjaya menjadi seorang lebih kurus dan lebih sihat dan kecantikannya mendapat perhatian di daerah itu. Dia duduk di bawah air terjun itu dan berzikir. Tiga bulan seperti tiga puluh tahun. Tiada telefon bimbit, tiada astro, tiada internet. Setiap hari dia bertanyakan dirinya apa yang popo mahu dirinya selesaikan di sini.

"Li Hua,"panggil Xiao Lian membawa persalinan dan makanan tengahari. Sara membuka matanya dan pergi kepada Xiao Lian.

"Ni lai le...wo e le,"kata Sara ceria kepada Xiao Lian. Dia bangun bajunya gang basah itu terasa sejuk ditiup bayu lembut.

"Ada perutusan dari Lao Furen,"balas Xuao Lian menghulurkan surat kepada kepada Sara. Sara membukanya dan menarik nafas.

"Nampaknya kita mesti balik ke Nanjing secepat mungkin."

"Ada apa-apa yang berlaku?"tanya Xiao Lian.

"Li Yang Jian naik pangkat, zumu nak adakan majlis di kediaman dan Mo Li Hua mesti menghadirkan diri,"jawab Sara melipat balik surat itu. "Baju!"kata Sara meminta persalinan itu daripada Xiao Lian. Dia menyalin pakaian di balik batu besar.

"Mari makan,"jemput Xiao Lian duduk di tanah lapang. Kerana memang sepagi setiap hari di situ, Mo Li Hua mengupah orang membuat pondok kecil untuk dia dan Xiao Lian berteduh.

"Memang kelaparan ni,"kata Sara terus duduk dan menikmati  makan tengahari.

"Li Hua, sejujurnya aku takut nak balik,"kata Xiao Lian. Sara yang sedang menjamah sayuran itu memberhentikan kunyahannya.

"Takut? Takutkan apa?" tanya Sara dan menyambung menyuapkan makanan ke mulutnya.

"Mungkin kau tak ingat, tapi Gundik Yuan sangat kejam," balas Xiao Lian memandangnya.

"Ok dalam skala 1 hingga 10 berapa kejamkah Gundik Yuan?" tanya Sara masih menikmati makanannya.

"100,"jawab Xiao Lian. Sara ketawa.

"Wah, berapa gundik Li Yang Jian ada?" tanya Sara lagi. "Oh, aku ingat. Dua. Cantik tak?"

"Cantik sangat tapi tak berhati perut."

"Ok, jom bersiap. Esok sebelum keluar matahari kita bertolak," ajak Sara sambil menarik tangan Xiao Lian untuk berdiri.  Mereka berjalan pantas ke rumah tumpangan yang berada tidak jauh dari situ.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now